Pokok Rempah padang

Pokok rempah padang sering dianggap sebagai pokok yang menumpang di sesuatu kawasan disebabkan ia mudah tumbuh dan memenuhi sesuatu kawasan bersama pokok yang lain. Akan tetapi, pokok yang juga dikenali sebagi jarum mas masih boleh dikira tumbuhan herba atas banyak khasiat yang ada di dalamnya seperti meredakan demam kuning, mengurangkan sakit kepala, merawat buasir, melegakan sakit sendi dan sebagai ramuan jamu. Dalam rawatan tradisional menggunakan pokok rempah padang,  ke semua bahagian pokok digunakan kerana mempunyai bahan aktif yang mampu merawat dan melegakan kesihatan.

Klasifikasi

Family: Scrophulariaceae

Genus: Scoparia

Species: Dulcis

Nama Saintifik

Scoparia dulcis

Nama lain

Rempah padang (Perak, Kedah), ketumbar (Perak)

habitat

Tumbuh meliar di kawasan terbiar, kawasan tepi jalan, kawasan padang atau kawasan sawah padi yang kering sehingga 700 m altitud

sifat

Rempah padang merupakan herba semusim atau tahunan, tumbuh menegak, dan boleh mencapai ketinggian sehingga 0.6 m.

Batangnya berbentuk glabrus dan mempunyai cabang yang banyak. Daunnya tersusun secara bertentangan atau berpusar dalam 3-4 daun dan permukaan bawah daun mempunyai tompokan kelenjar.

Ia mempunyai jambak bunga pada aksilari. Bunga biseks korola bunga berwarna putih

Buahnya jenis kapsul, mempunyai empat ruang, berkulit nipis, berwarna perang kekuningan dan berbiji banyak. Biji berbentuk globos panjang hingga ovoid, berwarna perang.

 

cara pembiakan

Biji benih

Pokok rempah padang juga dikenali sebagai jarum mas
Rempah padang mempunyai warna bunga yang menarik

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Hasil penemuan kajian untuk pokok rempah padang menunjukkan ia mempunyai sekitar 115 bahan aktif yang dikaitkan dengan sindrom metabolisma. Ekstrak pokok ini mempunyai kesan dalam menurunkan aras glukosa, meningkatkan paras plasma insulin dan bagi merawat diabetes.

Komposisi bahan seperti glutinol dan glutinone boleh menurunkan aras koleterol badan dan meningkatkan high density lipoprotein (HDL) iaitu kolesterol yang mampu meningkatkan kesan anti-artherosclerosis.

Analisis kimia bagi pokok ini menemui komponen flavonoids, diterpenoids, triterpenoids, steroids, phenolic yang memberi kesan farmakolog dalam rawatan.  

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti alkaloid, flavanoids, steroids, diterpenoids, phenolic

Farmakologi Tradisional Pokok Kari

Pokok rempah padang popular di kalangan masyarakat Melayu untuk mengurangkan sakit atau tidak selesa badan.

Buahnya jenis kapsul, mempunyai empat ruang, berkulit nipis, berwarna perang kekuningan dan berbiji banyak. Biji berbentuk globos panjang hingga ovoid, berwarna perang.

Dalam komuniti etnomedicine, ia digunakan untuk merawat masalah gastrik, odema, masalah berkaitan hati, dan juga masalah pernafasan.

Cara guna (perubatan traditional)

Meredakan sakit kepala

Akar pokok rempah padang dicencang dan dikeringkan. Segenggam akar kering direbus dan air rebusan diminum tiga kali sehari selepas makan.

Merawat buasir

Akar dua pokok rempah padang, sepokok terung belanda, dan sepokok senduduk dibasuh sehingga bersih dan dipotong kecil. Ramuan direbus menggunakan satu jag air sehingga air rebusan menjadi ½ jag. Air rebusan diminum dua kali sehari.

Melegakan sakit sendi

Satu pokok rempah padang sejengkal kulit halban, dan kulit beka direbus di dalam 2 L air sehingga air rebusan menjadi ½ L. Air rebusan diminum dua kali sehari pada waktu pagi sebelum sarapan dan malam selepas makan malam (Perak).

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan dilaporkan setakat hari ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top