Laman Utama

PS Herbs

Natural Remedies

Manusia bertemurun mengguna bahan alami untuk rawatan. Kami sempurnakan untuk manfaat sejagat.

Kami Yakin Bahan Alami Menyembuhkan,

Kami Istiqamah Dengannya

(We Believe Natural Remedies Cures Illness,

We Are Committed To What We Believed).

Hari kelahiran PS Herbs

PS Herbs didaftarkan secara rasmi pada 15 Mac 2017. Bertujuan mengkaji dan mengeluar ubat daripada bahan alami bagi manfaat sejagat. 

Kumpulan Pengurusan

Mohd Amin Founder and researcher PS Herbs

Mohd Amin

Pelopor dan Penyelidik
(Founder dan researcher)

Muhammad Alif Pengurus Perolehan PS Herbs

Muhammad Alif

Pengurus Perolehan
(Procurement manager)

Rdila Zeete Pengurus Pemasaran PS Herbs

Nur Rdila

Pengurus Pemasaran
(Marketing Manager)

Muhammad Hanzalah biotech researcher

Muhammad Hanzalah

Penyelidik Bioteknologi
(Biotechnology Researcher)

Rosnani Harun Pengurus Logistik PS Herbs

Rosnani Harun

Pengurus Logistik
(Logistic manager)

Anis Najihah

Penyelidik Teknologi Makanan
(Food Technology Researcher)

Sejarah Permulaan PS Herbs

PS Herbs Terlahir Daripada Hikmah Dugaan


Syarikat ini telah terlahir secara tidak sengaja. Saya sebagai pelopor syarikat ini dahulunya seorang anti perubatan tradisional. Sentiasa menasihati orang ramai agar tidak menggunakan ubat kampung. Bagi saya ubat tradisional hanya mengarut dan merbahaya kerana tiada kajian saintifik dan tiada ujian klinikal. Walaupun masa zaman kanak dan remaja, sebagai orang kampung, ayah saya gunakan ubat kampung untuk merawat saya. Tetapi, bila mendapat pendidkan akademik, saya jadi tidak boleh terima ubat tradisional.

Ditakdirkan saya telah terkena tiga jenis penyakit. Walaupun telah berusaha merawat dengan kaedah konvensional dan mendapat rawatan pakar di hospital, tetapi tidak juga sembuh. Anehnya, penyakit ini sembuh dengan ubat kampung

Pengalaman ini telah menarik minat saya terhadap potensi ubat kampung  yang berasaskan bahan alami. Setelah dua tahun mengkaji dan sempurnakan ramuan serta kaedah keluaran, maka pada tahun 2018, lahirlah ubat herba pertama untuk pasaran. 

Jenis penyakit

Penyakit Beku Bahu (Frozen Shoulder)

Tahun 2014 saya mendapat penyakit beku bahu akut (severe frozen shoulder). Tangan (arm) tidak boleh digerakkan, sangat sakit, aktiviti terganggu, susah pakai baju, bawa kereta pun sebelah tangan.

Berbulan menerima rawatan pakar orthopedic di HPPZ II Kota Bharu. Saya diberi ubat tahan sakit. Saya juga mengguna khidmat tukang urut Melayu dan Cina. Namun tidak berkurang. 

Suatu hari, saya ternampak makjun di kaunter kedai Kopi Che Wel. Label ada tertulis untuk sakit urat. Walaupun saya anti ubat kampung, tetapi entah kenapa hari itu tergerak hati untuk mencuba. Harganya hanya RM1.20 dua biji untuk sekali makan. Saya makan dua biji sehari untuk tujuh hari berturut-turut. Macam magik, lima hari sahaja sembuh. Saya teruskan dua hari lagi untuk habiskan ubat yang saya beli. Sehingga kini masih tidak sakit (kemaskini terakhir: 28 Fab 2021).

Nota: Saya ada buat kajian kepustakaan melalui internet, didapati penyakit beku bahu belum ada ubat berkesan. Penyakit ini boleh kena sesiapa sahaja dan bila-bila masa tanpa sebab, dan hilang pun tidak bersebab.

Kena Penyakit Sporotrichosis (Sporo)

Pada awal tahun 2016, saya terkena penyakit sporo (sporotrichosis), kerana digigit kucing yang saya rawat. Walaupun sudah mendapat rawatan klinik, tetapi kudis semakin marak, biji tumbuh sepanjang lengan hingga ke dalam ketiak. Ada yang pecah dan berdarah.

Saya takut dan terdesak. Lalu  mencari tumbuhan herba merawat kudis yang saya ingat sikit-sikit semasa hidup sebagai budak kampung dulu. Pokok herba ini saya guna untuk merawat kudis saya.

Selepas enam bulan merawat, kudis sporo sembuh. Doktor perubatan telah sahkan bahawa fungus sudah hilang sepenuhnya.

Penyakit Fungus Pada Muka

Pada tahun 2016 juga, saya kena pula penyakit kulit di muka. Doktor pakar kulit di HPPZII Kota Bharu kata penyakit akibat fungus. Muka saya gatal, kering dan berhabuk. Bila nak keluar rumah, saya terpaksa letak minyak agar tidak kelihatan.

Doktor beri saya 4 jenis ubat. Tiga krim dan satu ubat makan tahan gatal. Siang letak dua jenis dan malam satu jenis, tetapi tidak sembuh. Sebaliknya semakin melarat hingga ke kepala.

Berasaskan pengalaman lalu, saya menggunakan daun-daun kayu sebagai penawar dan didapati sembuh hingga kini.

Keyakinan Terhadap Ubat Alami

Tiga kes ini telah meyakinkan saya bahawa sumber alami berupaya menyembuh penyakit. Atas keyakinan ini, saya membuat kajian lanjut dan menghasilkan ubat herba.

Setelah dua tahun membaiki teknik penyediaan ubat dan ujian penggunaan, maka pada tahun 2018, keluarlah ubat 100% herba pertama untuk pasaran.

Terima Kasih Sukarelawan

PSHerbs terhutang budi kepada sukarelawan yang sudi menguji produk kami. Ada yang cuba pada diri sendiri atau pada haiwan peliharaan.

Scroll to Top