Panduan Menggunakan Serbuk FP1

Serbuk FP1 Untuk Kudis Atau Luka Besar

Serbuk FP1 adalah serbuk herba anti bakteria dan anti fungus, Guna untuk cepatkan kering kudis yang besar dan berair dan cepatkan proses sembuh. Oleh itu tidak semua kudis atau luka kena guna Serbuk FP1

Antara contoh masalah kudis atau luka besar, kudis sporo (sprotrichosis) atau jangkitan fungus lain, kudis sebab bakteria atau luka. 

Contoh Kudis kecil

Kudis kecil, anggaran kurang daripada 1cm, berair  memadai guna ubat Spray F7, tetapi tiada masalah untuk guna FP1 bagi cepatkan keruping. 

Kudis atau infeksi kecil dan kering atau luka atau kudis di permukaan kulit (pada kulit ari) sahaja, serbuk tidak perlu.

Cara Guna

Jika Kudis Kotor

Jika kudis kotor,  cuci kudis dengan air masak suam dicampur setengah sudu garam bagi setiap cawan air. Flush dan tekap dengan kain kasa untuk bersihkan. Jangan gunakan kapas mentah. Kemudian lap supaya kering sebelum tabur serbuk.

Letak Serbuk

Sembur kudis dengan Spray F7 supaya lembab dan tabur (lekatkan) serbuk FP1. Tidak perlu tebal. Sekadar cukup untuk menutup luka.

Serbuk tidak perlu dibasahkan atau dicampur dengan unsur lain. kering pada kudis dalam sehari. 

Sembur dengan Spray F7

Selepas sehari, spray kudis dengan Spray F7 keluaran PS Herbs sekali sehari. Jika serbuk tertanggal, ulang tabur serbuk.

Periksa kudis. Jika terdapat nanah atau cecair dibawah kuping serbuk, cuci luka. Jika tidak, biarkan.

Cuci kudis empat atau lima hari sekali atau jika kelihatan terlalu kotor dan ulagi kaedah tabur serbuk.

Jika kudis sudah kering, berhenti tabur serbuk. Teruskan sembur Spray f7 sahaja sekali atau dua kali sehari sehingga sembuh.

Jangan Balut

Jangan balut kudis atau luka. Biar terbuka supaya kering.

Pakaikan Corong Kepala

Elakkan haiwan menjilat luka atau serbuk dengan memakaikan corong kepala (e-collar). Pemakaian corong bukan kerana serbuk itu mudarat jika ditelan, tetapi supaya ubat sempat menyerap dan melekat pada kulit.  Pakaikan corong untuk beberapa jam. Lebih lama lebih baik, 

Pakaikan corong kepala supaya haiwan tidak segera menjilat ubat
Scroll to Top