jerawat kucing (jerawat dagu kucing)

Tahukah anda, kucing juga boleh kena jerawat? Sama seperti manusia, kucing boleh mengalami masalah kulit yang dipanggil feline acne, atau lebih dikenali sebagai jerawat dagu kucing.
Apa itu jerawat dagu kucing?
Jerawat kucing ialah keadaan di mana terdapat bintik hitam kecil (blackheads) atau jerawat pada bahagian dagu, sekitar bibir dan kadang-kadang di mulut. Ia berpunca daripada kelenjar minyak yang tersumbat.
Tanda-tanda
- Titik-titik hitam kecil di dagu (nampak macam kotoran).
- Kulit dagu jadi merah atau bengkak.
- Kadang-kadang keluar nanah jika jangkitan teruk.
- Kucing mungkin kerap menggaru atau menggosok dagu.


Punca berlaku jerawat kucing
Punca sebenar berlaku jerawat tidak dapat dipastikan dengan pasti. Antara faktor yang mungki boleh menyebabkan jerawat kucing termasuk:
- Bekas makanan plastik yang menyimpan bakteria.
- Kurang kebersihan di kawasan dagu.
- Alahan makanan atau persekitaran.
- Stres yang menjejaskan kesihatan kulit.
Adakah merbahaya
Penyakit ini sebenarnya tidak berbahaya dan selalunya tidak memerlukan rawatan khusus. Keadaannya hampir sama seperti jerawat pada manusia, dan tidak menjejaskan kualiti hidup kucing selagi tiada jangkitan berlaku. Namun, jika muncul tanda keradangan atau jangkitan bakteria sehingga kucing kerap menggaru, maka ia perlu diberi perhatian dan rawatan segera disarankan.
Cara merawat & mencegah
Berikut adalah kaedah menangani:
- Tukar bekas makanan plastik kepada stainless steel, kaca, atau seramik.
- Cuci dagu kucing dengan kapas lembap atau pembersih yang sesuai tetapi gunakan alkohol atau bahan pencuci. Juga elakkan ubat jerawat manusia kerana mungkin merbahaya kepada kucing.
- Jika teruk, dapatkan rawatan daripada doktor veterinar – biasanya diberi ubat sapu atau antibiotik.
- Jaga kebersihan persekitaran dan kurangkan stres kucing.
Rawatan dengan ubat PS Herbs
Jika berlaki infections, guna ubat Spray F7 dengan meletakkan pada kawasan jangkitan dan dari semasa kesemasa, bersihkan kapas lembab.
Kesimpulan
Walaupun jerawat kucing bukan penyakit serius, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan dan jangkitan jika dibiarkan. Pemerhatian awal dan penjagaan rapi boleh mencegah masalah jadi lebih teruk.
Jadi, kalau nampak ada “bintik-bintik hitam” di dagu si comel, jangan anggap ia sekadar kotoran. Ia mungkin jerawat dagu kucing yang perlukan perhatian anda.
Rujukan
College of Veterinary Medicines – Can Dogs and Cats Get Acne
Texas A&M College of Veterinary Medicine & Biomedical Sciences – Managing the feline acne
Share info untuk manfaat ramai
