Bolehkah Kucing Sakit Sporo Sembuh?

“Kucing sakit sporo tiada ubat. Doktor vet pun kata tiada ubat. Kena PTS, tiada jalan lain, kerana merbahaya”. (PTS = singkatan kepada Put To Sleep, atau dimatikan). Ayat ni sering saya jumpa dalam media sosial. Sememangnya tajuk penyakit sporo sentiasa hangat.

Berikut antara komen-komen lain ada negatif, tapi ada yang positif:

  • Bila kena penyakit sporo, tiada harapan. Ubat tiada. Kena PTS
  • Penyakit sporo boleh rawat, cuma kena sabar merawat. Mengambil masa lama untuk sembuh
  • Penyakit ini tiada ubat atau sukar dirawat. Peluang hidup tipis. 
  • Penyakit ini bahaya, jangkit kepada kucing lain dan manusia.
  • Klinik enggan “warded” kucing sporo. Kalau nak rawat, kena bawa balik dan urus sendiri
  • Rawat dulu Jangan matikan atau buang
  • Kucing saya sakit sporo, boleh ker dirawat?
  • Betulkah kucing sporo boleh rawat. Orang kata penyakit ni tak ada ubat
Kucing sakit sporo boleh sembuh dan boleh lahirkan anak
Kesan jangkitan sporo belum hilang sepenuhnya

Kucing Sporo Boleh Sembuh

Jika kucing anda terkena penyakit sporo, jangan tergesa-gesa PTS. Juga jangan buang nanti dia menderita sendirian menunggu saat kematian. Rawatlah kucing sporo. Percayalah, peluang sembuh sangat tinggi. Kita ada banyak testimoni daripada pelanggan yang berjaya merawat kucing sakit sporo.

Mengikut rekod PS Herbs, penyakit sporo mudah sembuh. Tempoh rawatan juga juga singkat. Purata tempoh rawatan hanya antara 14 hingga 90 hari sahaja. Kos rawatan juga tidak mahal jika dirawat dengan ubat keluaran PS Herbs seperti Spray F7, Krim S3 dan Serbuk Fp1. Apa yang penting ialah ikut cara merawat dan ubat yang betul. 

Kucing sakit sporo bukan sahaja boleh sembuh, malah tiada masalah untuk melahirkan anak. 

Kucing ini mengandung semasa sakit sporo.dan sembuh. Melahirkan anak yang sihat.
Sakit sporo masa mengandung. Lahirkan anak yang sihat.(Gambar oleh Huda)
Kucing sihat selepas dirawat dengan Spray F7 (Gambar oleh Hafizah)
Scroll to Top