Kucing Disahkan Sakit Sporo

Doktor Veterinar sahkan kucing Nor Cici Ayu yang bernama Anje, telah dijangkiti  penyakit sporo. Badan berkudis dan hidungnya bengkak macam pinocchio. Anje kerap bersin, yang menandakan jangkaitan telah masuk ke saluran pernafasan. Oleh sebab kudis terlalu besar dan serius, maka selain ubat Spray F7 dan Cream S3, PS Herbs cadangkan supaya Anje juga diberi ubat makan itraconazole jenama Inox.
Alhamdullillah, tidak sampai tiga bulan rawatan, Anje sembuh sepenuhnya daripada penyakit sporo. 

Rawatan Awal

Menurut Nor Cici, sebelum guna ubat PS Herbs, Anje telah dirawat dengan ubat makan sporo dan antibiotik. Namun tidak sembuh. Jadi beliau cuba mencari rawatan alternatif. Kebetulan kawan rekomen ubat PS Herbs. Beliau terus membuat pesanan.

Rawatan

Ubatan yang digunakan untuk merawat Anje ialah Spray F7 untuk bahagian luka besar dan berair. Hidung, mata dan telinga disapu pula krim S3.

Kami mencadangkan ubat inox diberi pada dos rendah jika diguna bersama ubat PS Herbs. Tujuannya supaya hati kucing tidak rosak dan jimat belanja kerana tidak perlu mengambil ubat hati.

Sistemetik dan Berdisiplin

Nor Cici sangat berdisiplin dalam memberi rawatan kucing sporo. Progres rawatan sentiasa direkod. Beliau sentiasa menghubungi kami untuk memberitahu perkembangan rawatan dan meminta pandangan cara rawatan. 

Capsule ubat dibuka dan kandungan dibahagi mengikut dos.
Capsule dibuka dan dibahagi mengikut dos.

Untuk menyenangkan kerja, awal-awal lagi ubat makan dibahagikan dan dipekkan mengikut dos. Setiap pek untuk sekali beri. Katanya dengan cara ini, kerja menjadi mudah, walaupun kesuntukan masa.

Tempoh Rawatan

Terapi rawatan dimulakan pada 10 May 2019. Mengikut rekod Nor Cici, Anje sembuh dalam tempoh 82 hari rawatan. Namun, kami meminta rawatan diteruskan sebulan lagi. Caranya, dengan spray dan letak krim pada tempat luka yang telah sembuh,

Luka luka semuanya telah baik. Hidung dia yang terjongket macam pinocchio pun sudah hilang. Alhamdullillah.

Anje Kini Bebas daripada Sporo

Share artikel

Salam Pemilik Pet Shop

Berminat mengedar produk PS Herbs?

Scroll to Top