Perlukan ubat dengan segera

Puan Nor dari Tanah Merah, Kelantan meminta kami segera menghantar ubat untuk merawat kucing serta diri dan anaknya. Ini kerana tiga ekor kucingnya disahkan oleh Doktor veterinar terkena penyakit sporo yang teruk di sarankan agar dimatikan (PTS). Oleh sebab tiada pilihan dan atas nasihat Dr, dua ekor kucing sporo Puan Nor telah dimatikan, namun beliau tidak sampai hati untuk mematikan kucing yang ketiga dan bertekad merawatnya. Dalam masa yang sama, Puan Noraini dan anak juga dijangkiti penyakit sporo.

Kami pun segerakan penghantaran ubat sporo Spray F7 dan Krim S3. Barang sampai kepada Puan Nor pada 30 Januari 2018. 

Seminggu Spray F7 Kucing Sporo Sembuh

Hari ini, 11 Feb 2018, saya dapat mesej daripada Puan Nor, memberi khabar gembira. Mengikut Puan Noraini, kucingnya telah sembuh selepas dua minggu dirawat dengan ubat spray F7 keluaran PS Herbs.

Puan nor dan anak juga sembuh Pn Nor dan anak
kucing sporo noraini selepas seminggu rawatan dan sembuh
seminggu sakit sporo kucing sembuh

Puan Noraini dan anak dijangkiti sporo

Puan Nor juga memaklumkan bahawa beliau sangat panik kerana dirinya dan anaknya juga telah dijangkiti sporo. Tapi Alhamdulillah, dua beranak juga sudah sembuh apabila disapu krim S3 keluaran PS Herbs.   

Faktor jangkitan inilah yang menyebabkan kami sentiasa memberi ingatan kepada pelanggan kami supaya berhati-hati merawat kucing sporo. Kami ada memberi sedikit panduan merawat kucing sporo di sini. Kami juga memberi panduan langkah keselamatan diri dan keluarga yang perlu diambil di sini

Puan nor dan anak juga sembuh Pn Nor dan anak

Ubat Makan Jika Terlalu Serius

Pn Nor merawat dengan ubat Spray F7 dan Krim S3 sahaja tanpa sebarang ubatan lain. Namun jika sakit sudah di peringkat terlalu serius, maka kami sarankan ubat makan juga diberikan. Kami rekomen ubat fungus itraconazole seperti inox atau sporanox.

Rawatan Awal Lebih Baik

Penyakit sporo adalah penyakit sistemik. Merebak ke seluruh badan, termasuk anggota dalaman dengan kadar yang cepat. Jadi, adalah dinasihati agar segera mengubat kucing yang luka atau berkudis.

Puan Nor dapat tahu pasal ubat keluaran PS Herbs ini melalui rakan dalam grup pencinta kucing. Kami di PS Herbs mengucapkan terima kasih kepada ahli kumpulan kerana perkenalkan ubat keluaran kami.

Terima Kasih Pn Nor kerana memberi kebenaran kepada kami untuk berkongsi pengalaman ini. Sesungguhnya pengalaman ini sangat berguna kepada kami dan peminat kucing keseluruhannya.

Share artikel

Salam Pemilik Pet Shop

Berminat mengedar produk PS Herbs?

Scroll to Top