cara mengurus kucing sporo
Kucing berpenyakit sporo mudah dirawat, tetapi perlu berhati-hati kerana penyakit ini bersifat zoonotik, iaitu berjangkit kepada manusia. Sekiranya anda berhasrat merawat sendiri, maka elok ikuti cara mengurus kucing sporo dengan betul untuk kurangkan risiko jangkitan. Selain mengelakkan risiko, kaedah mengurus yang baik juga mempengaruhi kesan rawatan pada kucing.
Kenal pasti penyakit
Kenal pasti samada kucing telah dijangkiti penyakit sporotrichosis dengan melihat simptom penyakit sporo. Sekiranya ada tanda penyakit, maka segera ambil langkah mengurusnya.

Cara mengurus kucing sporo
Kuarantin
Kuarantin kucing yang sakit. Jangan biarkan dia merayau atau lepas bebas. Ikuti cara kurung kucing sporo yang betul boleh cepatkan tempoh rawatan. Kucing yang dikurung juga membolehkan rawatan diberi secara berterusan.
Kuarantin berasingan
Jika lebih daripada seekor yang sakit sporo, kurunglah berasingan (tidak diletak dalam sangkar yang sama). Jika dikurung bersama, fungus akan saling jangkit dab ini menyebabkan rawatan tidak berkesan atau sukar sembuh.

Asingkan daripada kucing lain
Kucing berpenyakit sporo hendaklah diasingkan daripada kucing yang lain. Jangan biarkan kucing lain bergaul dengannya. Ini sangat penting kerana penyakit sporo sangat mudah berjangkit.
Pereksa kucing lain
Jika anda pelihara banyak kucing, pereksa yang lain untuk lihat kemungkinan ada jangkitan. Jika ada tanda-tanda penyakit sporo, walaupun belum jelas, segera uruskan sebagaimana kucing sporo.
Pastikan tempat sentiasa kering
Fungus sporo cepat membiak dalam suasana lembab (damp). Jadi pastikan tempat letak kucing sentiasa kering. Contohnya jangan letak sangkar berhampiran bilik air atau longkang yang sentiasa berair.
Segera Rawat
Penyakit sporo sangat cepat merebak. Rawatan awal dapat mencegah daripada parah dan menambahkan peluang untuk sembuh.
Jangan tunggu sehingga kucing semakin kurus, hidung mula tersumbat dan tidak berselera makan. Kerana pada tahap ini, rawatan menjadi sukar dan renyah.
Jangan bermain dengannya
Ambil ingatan, penyakit sporo kucing senang berjangkit kepada manusia. Jadi sentiasa waspada untuk elakkan jangkitan. Jangan bermain atau bermanja dengannya. Jauhkan daripada kanak-kanak kerana ditakuti kanak-kanak dicakar atau digigit kucing.
Beritahu atau beri amaran kepada orang supaya orang tahu dan berhati-hati.

Jangan Mandian lama-lama
Badan kucing sporo kerap kotor dan berbau. Jika hendak mandikan, elok guna air suam, terutama jika kucing sudah kurus. Jangan mandikan lama-lama kerana kucing boleh kejang dan mati. Segera keringkan badannya. Mandikan hanya jika kotor sahaja, jika tidak, tidak perlu.
Cuci Luka atau kudis sporotrichosis
Luka boleh dicuci dengan povidone-iodine atau betadine. Jangan gunakan dettol atau sejenis dengannya kerana dettol mengandungi phenol yang mudarat kepada kucing.
Jangan buang
Ada pemilik kucing tidak sampai hati untuk matikan kucing, tetapi sanggup buang kucing berpenyakit sporotrichosis. Namun ada juga yang menjaganya sehingga ke akhir hayat.
Jika kita sayang kucing, jangan buang kucing sporo. Ambil tanggung jawab menjaganya untuk elakkan kucing lain dijangkiti. Membiarkan kucing sakit bersendirian tanpa tempat berteduh, kelaparan dan mati terseksa adalah perlakuan zalim.
mudah dirawat
Dulu, kucing sporo sangat membebankan tuannya. Pertamanya, beban kewangan kerana kos rawatan terlalu tinggi. Kedua, tempoh rawatan yang panjang. Mengikut kajian emperikal, purata tempoh rawatan kucing sporo antara 3 hingga 12 bulan. Selain itu, kadar kejayaan sembuh juga kecil. Dengan itu, kerap kali Doktor veterinar menasihati pemilik kucing untuk matikan kucing (PTS = Put To Sleep)
Kini keadaan sudah berbeza. PS Herbs telah mengeluarkan ubat khas untuk merawat penyakit sporo kucing. Dengan gabungan cara mengurus dan cara merawat kucing sporo dengan ubat PS Herbs, penyakit sporo cepat sembuh. Kos rawatan juga murah sahaja.