Pokok bismillah

Pokok Bismillah sering kali menjadi pilihan di kalangan masyarakat umum bagi tujuan pelbagai jenis rawatan. Salah satu daripada pokok herba yang mempunyai pelbagai jenis khasiat. Ia sering digunakan dalam rawatan untuk meredakan demam kuning, melegakan sakit perut, merawat bisul dan kayap, meningkatkan kesuburan wanita. Penggunaan pokok herba mampu mengurangkan kebergantungan kepada rawatan dan ubatan moden yang diketahui mempunyai kesan sampingan kepada kesihatan masyarakat.

Klasifikasi

Family:  Asteraceae

Genus: Vernonia

Species:  Amygdalina delile

Nama Saintifik

Vernonia amygdalina delile

Nama lain

Sambung nyawa (Pulau Pinang, Kedah), sambung hayat (Kedah), ketum hijau (Pahang), Ketum Cina (Negeri Sembilan), Bismillah (Kelantan, Terengganu, Pahang), Pokok bistila (Kelantan)

habitat

Tumbuhan ini tumbuh liar di kebanyakan negara Afrika Tropika. Di Semenanjung Malaysia, tumbuhan ini ditanam di kawasan perumahan

sifat

Tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 10 m . jenis batang bercabang, bewarna kelabu-perang, licin, batang muda berbentuk bersegi, permukaan pubesen,

Daun tersusun secara bersalang seli, berbentuk ovat, hujung daun berbentuk hampir akut, tepi daun hampir licin, bergigi halus.

Jambak bunga pada terminal, bersifat pubesan, berwarna hijau. Buah pokok bismillah jenis aken dengan 10 lekuk, berwarna perang-hitam.

cara pembiakan

Keratan batang

Pokok Bismillah mempunyai pelbagai khasiat kesihatan
Pokok Bismillah juga dikenali sebagai pokok sabung nyawa

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Terdapat lebih 30 bahan aktif di dalam daun bismillah. Flavanoids, saponins, steroid merupakan bahan aktif utama yang hadir..

Daun bismillah mempunyai aktiviti anti-oksidan, anti-radang dan anti-kanser. Kandungan vernadalol yang tinggi dari ekstrak daun bismillah digunakan sebagai anti-mikrobial, anti-tumor dan anti-plasmodial.  

Tannins, alkaloids yang ada dalam pokok bismillah digunakan untuk mematikan parasit. Kajian yang dilaporkan menunjukkan daun bismillah efektif bagi melawan jangkitan nematods.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti alkaloids, terpenes, flavanoids, phenolic acid, steroids, saponin, coumarins

Farmakologi Tradisional pokok bidara

Dalam perubatan tradisional, pokok bismillah digunakan untuk merawat bisul dan kayap, melegakan sakit perut, meredakan demam kuning, mandian bagi ibu selepas bersalin, merawat gout, mengawal tekanan darah dan aras glukosa dalam darah, rawatan komplemen kepada masalah jantung dan ketumbuhan payudara.

Negara Afrika banyak menggunakan daun bismillah untuk merawat demam, meningkatkan kesuburan bagi wanita, merawat jangkitan parasit, demam thypoid, kulit terbakar,kencing manis, jangkitan virus dan bakteria, masalah kegagalan buah pinggang, hepatitis, ekzema, anemia, merawat luka. Daun bismillah digunakan untuk meningkatkan penghasilan susu badan bagi ibu.

Cara guna (perubatan traditional)

Merawat kayap

 

Bunga pokok bismillah dicampurkan dengan umbut daun palas, bunga keludup, bunga kemunting, bunga pake, pucuk buasir, daun sirih, dan isi pinang. Kesemua bahan ditumbuk dan disapukan pada tempat terkena kayap (Terengganu)

Merawat bisul

Tujuh helai daun bismillah ditumbuk dan ditempelkan di bahagian bisul (Kedah)

Meredakan demam kuning

Keseluruhan pokok bismillah, pokok dukung anak dan pokok ketumbit dibasuh sehingga bersih. Ramuan direbus bersama-sama sedikit halba sehingga mendidih. Air rebusan dijadikan mandian pada waktu pagi tiga hari berturut-turut (Kelantan)

Merawat gout

Dua helai daun bismillah direndam di dalam secawan air panas. Air dibiarkan suam dan diminum dua kali sehari pada waktu pagi dan malam (Kedah)

Mengawal tekanan darah

Cara 1

Beberapa helai daun bismillah direndam di dalam air panas dan diminum selepas dibiarkan suam (Kedah, Pahang)

Cara 2

Tiga helai daun bismillah direndam di dalam air panas dan biarkan suam. Minum sehari sekali selama tiga hari (Perak, Terengganu)

Cara 3

Daun bismillah dijadikan ulam-ulaman (Terengganu)

Rawatan komplemen kepada masalah jantung

Tiga helai daun bismillah direndam di dalam air panas dan dibiarkan semalaman. Air diminum sehari sekali selama tiga hari (Perak)

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top