Pokok Dedukung Anak

Pokok dedukung anak sering kali dikelirukan dengan pokok semalu. Hampir sama melainkan keseluruhannya berwarna kehijauan. Semalu mempunyai warna hijau kemerahan. Ia tumbuh meliar di kawasan tepi padang dan selalunya digunakan untuk meredakan sakit mata, melegakan pening kepala, meredakan bengkak, demam kuning dan panas dalam badan. Masyarakat terutamanya Melayu bertuah kerana tumbuhan seperti ini tumbuh melata dan mudah didapati bagi tujuan rawatan tradisional. Ia tidaklah mendatangkan kos melainkan khasiatnya sering menjadi panduan kepada generasi seterusnya untuk diamalkan.

Klasifikasi

Family: Phyllanthaceae

Genus: Phyllanthus

Species: Urinaria

Nama Saintifik

Phyllanthus urinaria

Nama lain

Dedukung anak (Perak, Selangor), amin buah (Perlis), dukung anak (Kedah), keman jolok.

habitat

Sering dijumpai di kawasan padang yang kering, tepi jalan, kawasan pembuangan sampah dan kaki bukit beraltitud 100 – 600 m.

sifat

Herba yang tegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 80 cm. Batangnya banyak bercabang pada bahagian bawah. Mengembang menghala ke bawah dengan daun kecil yang rapat. Setiap dahan mempunyai 10-24 helai daun.

Daun tersusun secara berselang, berbentuk oblong tapi jenis siliat dan permukaan tepinya hispidulus, hujung berbentuk bulat ke obtus. Abaksial daun berwarna kelabu-hijau atau kadang kala kemerahan manakala adaksial berwarna cerah atau hijau gelap. Tangkainya sangat pendek.

Jambak bunga jenis simos, pembungaan di sepanjang percabangan, bunga bagi betina adalah tunggal (satu bunga) dan berada di pangkal hingga tengah.  Mempunyai 5-7 bunga dan berada di hujung cabang. Ia mempunyai subsesil, enam sepal. Ada enam sepal, tiga stamen, sepal berbentuk eliptik hingga oblong, berwarna putih kekuningan bagi bunga jantan.

cara pembiakan

Biji benih dan keratan batang.

pokok dedukung mempunyai banyak ranting yang terdiri 15-20 helai daun
Pokok dedukung juga mempunyai biji benih

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Penemuan fitikomia yang hadir antaranya ialah  lignans, tannins, flavonoids, phenolics, terpenoids. Kehadiran bahan-bahan ini memberikan pilihan kepada aktiviti biological seperti  anti kanser anti diabetic, anti microbial.

Adalah menarik untuk diteliti bahawa ekstrak mentah yang diperolehi dari tumbuhan ini mempunyai kesan perencatan pada virus hepatitis B.

Dalam satu laporan kajian tentang ekstrak pokok ini menunjukkan ia mempunyai keupayaan bagi menghalang pertumbuhan tumor. Ekstrak akueus  yang diperoleh dari keseluruhan menunjukkan ia positif mampu menurunkan sel kanser termasuklah hepatoma, leukimia dan fibrosarcoma melalui sel apoptosis. Ia tidak memberi kesan kepada sel-sel lain.

Ia juga pernah dikaji tentang keupayaan untuk merawat pesakit yang mempunyai kencing manis tahap 2 menggunakan herba ini.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti lignans, tannins, flavonoids, phenolics, terpenoids.

Farmakologi Tradisional Pokok Dedukung Anak

Banyak digunakan dalam rawatan tradisional untuk merawat jaundice, diabetes, malaria dan penyakit hati.

Dalam perubatan cina, rebusan keseluruhan anak pokok boleh mengurangkan toksin, digunakan untuk merawat enteritis, diarrhea.

Di India, ia dikira sebagai tumbuhan yang sangat bagus untuk diuretic dan pokok yang dilumatkan digunakan sebagai racun ikan.

Di Taiwan, rebusan pucuk dan akar muda secara tradisionalnya digunakan untuk merawat hepatitis, konjuktivis, edema, disenteri.

Di Malaysia, jusnya digunakan untuk meningkatkan selera makan kanak-kanak dan juga untuk membersihkan lidah mereka.

Di Brunei, daunnya digunakan secara bersama minyak kelapa untuk merawat demam campak. Di Kepulauan Solomon menggunakan tumbuhan ini untuk mengurangkan rasa sakit dada.  

Cara guna (perubatan traditional)

Menurunkan panas dalam badan

Cara 1

Keseluruhan pokok dedukung anak diambil dalam bilangan ganjil seperti tiga, lima, tujuh atau Sembilan, dibasuh, dipatahkan dan direbus. Air rebusan diminum dan dijadikan amalan (Kedah).

Cara 2

Semua bahagian pokok dan dua inci hali direbus dengan lima cawan air. Air rebusan diminum dua atau tiga kali sehari (Selangor).

Mengurangkan bengkak

Tumbuhan ini bersama-sama secubit beras, dan seinci ibu kunyit ditumbuk dan dipupukkan pada bahagian yang bengkak (Selangor).

Merawat demam kuning

Satu pokok dedukung anak direbus sehingga mendidih. Air rebusan ditambahkan dengan air sejuk sehingga menjadi suam dan digunakan sebagai air mandian sekali sehari pada setiap pagi sehingga sembuh (Perlis).

Meredakan sakit mata

rebus satu genggam pokok dukung anak dan minum segelas sehari (Perak).

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat hari ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top