Memali

Pokok memali dikatakan mujarab dalam merawat penyakit-penyakit tertentu ataupun sesuai pada sudut penjagaan kesihatan diri.  Ianya berguna pada sudut rawatan luka dan kaedah penggunaannya agak mudah. Cecair daripada daun pokok memali yang ditumbuk sehingga lumat digunakan untuk merawat luka dengan menyapu cecair ke bahagian luka tersebut. Akar memali juga merupakan ramuan campuran antara beberapa jenis herba lain yang direbus bersama-sama kemudian diminum boleh merawat penyakit batu karang.

Klasifikasi

Family: Vitaceae

Genus: Leea

Species:

indica

Nama Saintifik

Leea indica

Nama lain

Memali (Perlis, Kelantan, Pahang), mali (Kedah, Terengganu), mali-mali, jolok-jolok, tumbuh daun bukit

habitat

Biasanya tumbuh di kawasan hutan primer dan hutan sekunder,kawasan perkampungan, kawasan lembap seperti kawasan jeram, dan kawasan semak hingga ketinggian 1700 m.

sifat

Pokok kecil mencapai ketinggian hingga 10 m. Permukaan batang licin hingga pubesen.

Daun jenis pinat dua atau tiga kali. Anak daun berbentuk eliptik, eliptik panjang, atau eliptik-lanseolat, pangkal daun berbentuk membulat atau jarang-jarang berbentuk kuneat lebar, tepi daun bergerigi tajam, dan hujung daun berbentuk akuminat atau kaudat.

Jambak bunga bertentangan dengan daun,berbentuk umbel. Bunga berwarna putih atau putih kehijauan.

Buah jenis beri, mempunyai 4-6 biji.

cara pembiakan

Keratan batang dan biji benih

Pokok memali mempunyai pelbagai khasiat
Pokok memali juga digunakan dalam rawatan batu karang

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Daunnya mengandungi banyak juzuk fenolik seperti flavonoid, leucoanthocyanidins, asid p-hydroxybenzoic, asid syringic dan asid gallic.

Ekstrak etanol tumbuhan telah ditunjukkan secara selektif menghalang virus herpes simplex jenis 1 (HSV-1) pada kepekatan perencatan minimum 0.001—0.1 mg/ml

Jumlah kandungan fenolik dan keupayaan antioksidan berbeza dengan ketara antara ekstrak daun memali. hubunga yang kuat antara jumlah kandungan fenolik dan sifat antioksidan telah ditemui, menunjukkan bahawa sebatian fenolik adalah penyumbang utama kepada sifat antioksidan ekstrak ini.

Antara etanol mentah dan ekstrak pecahannya, ekstrak air pecahan menunjukkan secara signifikan jumlah kandungan fenolik tertinggi dan kesan antioksidan terkuat dalam semua sistem ujian antioksidan yang digunakan dalam kajian ini.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti flavonoid, leucoanthocyanidins, asid p-hydroxybenzoic, asid syringic dan asid gallic.

Farmakologi Tradisional Pokok Memali

Di Malaysia, memali digunakan untuk mengubati cirit-birit. bahagian yang selalu digunakan untuk perubatan ialah daun dan akarnya.

Memali juga digunakan di Kelantan terutamanya untuk mempercepatkan buah masak (memeram). buah-buahan yang selalunya diperam dengan daun memali ialah pisang, nangka, bacang dan kuini. selain daripada itu memali merupakan antara tumbuhan yang menarik minat rama-rama.

Cecair daripada daun pokok memali yang ditumbuk sehingga lumat digunakan untuk merawat luka dengan menyapu cecair ke bahagian luka tersebut. Akar memali juga merupakan ramuan campuran antara beberapa jenis herba lain seperti pucuk buluh, akar dan duri buah mengkuang tikus, akar rumput senayan halus, daun dan akar pokok mempelas kasar dan akar daun tepus kerai yang direbus bersama-sama kemudian diminum boleh merawat penyakit batu karang.

Jus daun muda digunakan sebagai penghadaman Jus juga disapu pada kepala sebagai ubat untuk pening atau vertigo. Rebusan pucuknya disapu pada kudis.

Pucuk muda dikunyah untuk melegakan batuk yang teruk. Daun yang ditumbuk digunakan untuk menuam luka dan aduan kulit secara umum. Ianya diletakkan di atas kepala dalam kes demam, sakit kepala dan sebagai anodin umum untuk sakit badan.

Di wilayah Oro, badan dipukul untuk beberapa waktu dengan pucuk berdaun untuk melegakan sakit badan, demam dan sukar tidur

Akar dianggap antipiretik dan diaforetik. Ia digunakan untuk melegakan sakit otot, dan merupakan ramuan penyediaan untuk merawat keputihan, kanser usus dan kanser rahim. Air rebusan akarnya diambil untuk melegakan sakit perut, disentri dan cirit-birit.

Cara guna (perubatan traditional)

Melebatkan rambut

Cara 1

Daun memali segar digiling dan disapukan pada rambut sekali sehari sebelum tidur (Kedah, Pulau Pinang).

Cara 2

Beberapa helai daun memali yang segar diramas sehingga hancur dan disapukan pada rambut. Sapukan selama tiga hari berturut-turut (Perlis).

Ramuan minyak urut

Akar memali yang segar dijadikan satu daripada bahan dalam ramuan minyak urut. Minyak digunakan untuk mengurut orang lepas bersalin atau terseliuh. Untuk orang lepas bersalin, urut selama tiga hari selepas bersalin (Terengganu).

Kurang semangat (lesu)

Batang pokok memali dijadikan serunai untuk alat muzik. Serunai dimainkan apabila perlu untuk menaikkan semangat seseorang (Perlis).

Merawat patah

Cara 1

Secekak daun memali yang segar dikisar bersama-sama jerangau, cekur, hempedu bumi, akar cerita,kunyit, dan melung. Sediaan ditempelkan di bahagian yang patah menggunakan buluh selama tiga hari (Kedah).

Cara 2

Daun memali yang segar dijadikan satu daripada ramuan untuk ubat patah. Kesemua bahan ditumbuk dan ditampalkan di bahagian yang patah dan dibalut dengan kain selama tiga hari atau sehingga sembuh. Elakkan terkena air pada tempat balutan (Terengganu).

Merawat gastrik

Beberapa helai daun, batang,dan akar memali yang segar direbus untuk dijadikan sebagai air minuman. Air rebusan diminum dua kali sehari (Kelantan).

Merawat lumpuh

Akar memali dijadikan satu daripada ramuan dalam rawatan lumpuh. Kesemua bahan direbus untuk dijadikan air minuman. Air rebusan diminum sehingga sembuh (Perlis).

Merawat bisul

Dua hingga empat helai daun memali yang segar ditumbuk dengan sedikit beras dan isi kunyit. Tampalkan bahan pada bahagian yang naik bisul sekali sehari sehingga sembuh atau bisul pecah (Kelantan).

Merawat kudis

Cara 1

Daun memali yang telah dikeringkan dijadikan satu daripada ramuan ubat kudis. Kesemua bahan dikeringkan terlebih dahulu dan dikisar dengan sedikit belerang.Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam vaselin untuk ubat sapu. Ubat disapukan tiga kali sehari pada kudis sehingga sembuh (Kelantan).

Cara 2

Beberapa helai daun memali yang segar ditumbuk sehingga lumat dan ditampal pada kudis. Tampalkan pada setiap hari sehingga sembuh (Pahang).

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat hari ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top