Pokok pecah beling

Pokok pecah beling yang sudah lama digunakan dalam perubatan tradisional bagi mengurangkan kesakitan pada tubuh badan. Pecah beling yang lebih dikenali sebagai pecah kaca penting dalam rawatan anti kanser. Nama bagi pecah kaca dikaitkan apabila daunnya dihancurkan, ia menghasilkan bunyi seperti kaca pecah. Mempunyai sifat antioksidan yang tinggi di mana ia penting bagi mencegah kanser. Hasil kajian dilakukan pokok pecah beling mempunyai sangat banyak khasiat yang diperlukan dalam mana-mana rawatan tradisional.

Klasifikasi

Family: Acanthaceae

Genus: Strobilanthes

Species:  Crispus

Nama Saintifik

Strobilanthes crispus

Nama lain

Bayam karang, pecah kaca, keji beling (Pahang), pecah batu (Negeri Sembilan) dan jin batu

habitat

Pokok pecah beling tumbuh subur di kawasan belukar. Sering dijumpai di kawasan tebing sungai dan di padang terbiar. Pokor yang tumbuh meliar ini sangat mudah ditemui di kawasan tanah lembap semenanjung Malaysia.

sifat

Pokok pecah beling tumbuh secara menegak dan mempunyai ukur lilit batang antara 0.2-0.7 cm. Pokok herba yang bersaiz sederhana dan ketinggiannya boleh mencapai sekitar 2.0 meter. Ia menghasilkan banyak dahan dan tumbuh secara merimbun.  Bunganya bersaiz kecil, bewarna kuning dan terdiri daripada 5 kelopak bunga.

Batangnya bewarna sedikit ungu dan boleh berubah menjadi warna gelap apabila menjadi tua. Ia amat mudah membiak. Daunnya mempunyai ukuran normal daun di antara 6.0 – 8.0 cm.

Daunnya juga berbulu dan mempunyai bahagian tepi daun yang sedikit bergerigi. Permukaan daun agak kesat di mana strukturnya berbentuk bujur meruncing dan garis cetek tidak lurus.

cara pembiakan

Keratan batang dan biji benih

Pokokpe beling
Pokok Bidara

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Hasil kajian dilakukan oleh Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia bagi pokok pecah beling, ia mempunyai kandungan mineral yang tinggi seperti kalium ( 51%), kalsium (24%), natrium (24%), ferum (1%) dan fosforus (1%).

Daunnya mempunyai bahan yang bersifat anti oksidan seperti katekin, tannin dan kafeina. Ia berkesan untuk membunuh sel kanser, merencatkan sel kanser dan juga mengaruh sel kanser bagi menjalani apoptosis ( mati secara semula jadi ). Aktiviti ini tidak mendatangkan kesan sampingan atau keradangan. Kandungan flavanoid yang tinggi meningkatkan sistem pertahanan badan.

 

Ekstrak daun mampu memadam gen yang memyebabkan kanser, ditambah kajian ke atas haiwan (tikus) dengan kepekatan 2.5% dan 5% mengurangkan risiko bagi kanser hati. Fitosterol yang hadir mampu menurunkan aras kolesterol darah, sekali gus boleh mengurangkan risiko bagi sakit jantung.

Air daun pecah beling yang diestrak mempunyai fungsi sebagai agen antidiabetis. Ia mampu menurunkan aras glukosa bagi yang normal dan mempunyai penyakit kencing manis.  Turut berkesan bagi mencegah ulser gastrik.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti flavanoid, mineral, kafeina, vitamin C, Fitosterol, phenolic acids, alkaloids

Farmakologi Tradisional

Pokok pecah beling secara tradisional digunakan bagi melegakan sakit sendi, melawaskan kencing, masalah batu karang, merawat appendik, sakit buah pinggang, mengurangkan jerawat batu, mengecutkan peranakan, mengawal glukosa di dalam darah dan mengawal tekanan darah tinggi.

 

Ekstrak teh daun pecah beling dikenali bagi sifat diuretik dan anti diabetes. Ia digunakan bagi rawatan kanser prostat, kanser payu dara.

Di Indonesia, daun pecah beling digunakan bagi merawat kecing manis dan anti kanser, leukimia, patukan ular dan rawatan fibroid rahim.

Cara guna (perubatan traditional)

Melawaskan kencing

Satu setengah liter air direbus bersama 7 helai daun pecah beling sehingga mendidih. Air rebusan diminum 2 kali seminggu

Melegakan sakit sendi

Sejemput daun pecah peling direbus bersama-sama daun bangun-bangun, hempedu bumi, setawar dan mutiara. Campuran direbus dalam periuk tanah. Air rebusan diminum 3 kali sehari pada waktu pagi, petang dan malam.

Merawat gout

Tujuh helai daun pecah beling direbus bersama satu setengah liter air sehingga mendidih. Air rebusan diminum dua kali seminggu

Rawatan jerawat batu

Tujuh helai daun pecah beling dibersihkan dan urat daun dibuang. Getah dikeluarkan dengan cara meramas daun pecah beling menggunakan air. Ia disapukan pada bahagian muka yang berjerawat sekali sehari sehingga sembuh

Rawatan cirit birit

Seluruh bahagian pokok beling direbus selama setengah jam dan segalas airnya diminum.

Rawatan kecing manis

Daun pecah beling dibersihkan dan beberapa helai daun pecah beling dijadikan sebagai salad dalam hidangan makanan.

Rawatan sakit pinggang

Sepuluh helai daun pecah beling diambil, dicuci dan dan direbus. Sehingga ia mendidih, daun kemudian diangkat. Air rebusan disejukkan selama dua jam dan diminum satu gelas tiga kali sehari.

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan dilaporkan setakat hari ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top