Pokok Ribu-Ribu

Pokok ribu-ribu banyak ditemui di kawasan hutan rendah atau tinggi. Juga dikenali sebagai pokok duit-duit. Ia merupakan sejenis pokok paku pakis yang biasanya tumbuh melilit pada pokok lain. Ianya mudah membiak di dahan pokok rimbun akibat penyebaran spora dan ia menjadi ancaman kepada pokok besar kerana boleh menyebabkan kematian pokok. Akan tetapi, pokok ini masih mempunyai nilai ekonomi yang tinggi di mana ia sering digunakan melalui proses anyaman untuk menghasilkan produk kraftangan. Manakala bagi perubatan tradisional, ia digunakan untuk merawat eczema, merawat lecur kulit, penyembuhan luka, merawat jaundice dan banyak lagi.

Klasifikasi

Family:  Lygodiaceae

Genus: Lygodium

Species:  Flexuosum

Nama Saintifik

Lygodium flexuosum

Nama lain

Ribu-ribu (Johor, Pahang), paku akar

habitat

Tumbuhan memanjat jenis pakis di mana rizomnya sedikit merayap dan ditutupi padat dengan akar.

sifat

Tumbuhan memanjat jenis pakis di mana rizomnya sedikit merayap dan ditutupi padat dengan akar.

Pelepah daun juvenil dikotomus satu atau dua kali dan setiap cabang mempunyai satu pina tunggal berbentukpalmat dengan 3-7 lobus. Pangkal pina berbentuk kordat, margin berbentuk serat.

Rakis pada pelepah daun yang memanjat mempunyai sayap, mendatar. Rangkanya berbentuk ovat . lamina daun berbulu. Mempunyai spora yang bersaiz kecil.

cara pembiakan

Biji benih dan rizom

Pokok ribu-ribu merupakan sejenis paku pakis
Pokok ribu-ribu juga dikenali sebagai duit-duit

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Laporan dari kajian menunjukkan pokok ribu-ribu mempunyai aktiviti anti bakteria hasil daripada ekstrak daunnya. Analisis fitokimia  bagi pokok ini mengesahkan kehadiran glycosides dan karbohidrat.

Kesemua ekstrak bahagian pokok ribu-ribu  menunjukkan kehadiran bahan seperti flavonoid, alkaloids, , steroid dan saponins dan cumarin. Bahan utama yang ada dalam tumbuhan ini ialah lygodinolide yang mana ia digunakan untuk menyembuhkan luka.

Tumbuhan ini juga mempunyai antheridic acid yang digunakan untuk merawat eczema dan juga untuk mengatasi masalah kesuburan.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti alkaloid, flavanoids, steroids, saponin, cumarin

Farmakologi Tradisional Pokok Ribu-Ribu

Secara tradisional, semua bahagian pokok ribu-ribu digunakan untuk merawat batuk, rheumatism, scabies, eczema, jaundice dan termasuklah penyakit kulit.

Akar yang segar digunakan untuk merawat bahagian yang melecur di mana pokok ribu-ribu bersifat sebagai anti radang.

Di China, ekstrak rizom ribu-ribu digunakan untuk merawat gonorrhea.  Abu tumbuhan digunakan untuk memberi makan haiwan peliharaan untuk merawat penyakit kaki dan mulut.

Dalam sistem perubatan India, bahagian rizom dan akar digunakan untuk merawat jaundice.

Cara guna (perubatan traditional)

Meredakan demam panas

Daun ribu-ribu bersama dengan daun resam dan beras diramas. Ramuan disapukan pada bahagian kepala (Pahang).

Mandian bagi ibu selepas bersalin

Daun ribu-ribu bersama dengan daun meringan, daun mengkudu, daun jambu batu, daun belimbing buluh, daun limaunipis, daun serai wangi, daun lengkuas, dan daun capa dibersihkan dan direbus. Air rebusan dijadikan sebagai air mandian dan diamalkan selama tiga hari (Pahang).

Rawatan komplemen kepada masalah ketumbuhan

Daun ribu-ribu bersama dengan mata kunyit dan beras ditumbuk halus. Ramuan disapukan pada bahagian yang sakit (Johor)

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top