Pokok Tahi Ayam

Namanya mungkin menggelikan tetapi pokok tahi ayam masih di kalangan pokok herba yang mempunyai banyak manfaat. Ia banyak tumbuh melata menjadikan ia mudah didapati bagi tujuan rawatan tradisional. Antara kegunaannya ialah untuk meredakan demam kuning, melegakan sakit urat, mandian bagi ibu selepas bersalin, menjarakkan kehamilan dan juga untuk mengawal tekanan darah. Masyarakat umum masih belum menggunakan pokok ini secara maksimum mungkin disebabkan oleh kurang peka tentang kebaikan pokok tahi ayam.

Klasifikasi

Family:  Verbenaceae

Genus: Lantana

Species:  Camara

Nama Saintifik

Lantana camara

Nama lain

Pokok tahi ayam (Terengganu), bunga tahi ayam (Pahang, Pulau Pinang, Kedah), tahi ayam (Kedah, Perak)

habitat

Biasannya dijumpai tumbuh meliar di kawasan terbuka atau terganggu seperti ladang atau padang ternakan dan boleh tumbuh sehingga altitude 1700 m altitude.

sifat

Sejenis tumbuhan renek, tumbuh menegak dan bercabang banyak. Ketinggiannya boleh mencapai 5 m.

Batangnya bersegi empat atau bersegi tiga, dan seringkali mempunyai struktur seperti kekait dan batang berbau.

Daun tersusun bertentangan, berbentuk ovat. Permukaan daunnya kasar dan berkedut serta berbau busuk.

Jambak bunga berbentuk leper, memanjang dan bewarna jingga kuning.

cara pembiakan

Keratan batang dan biji benih

Bunga pokok tahi ayam
bunga tahi ayam mempunyai pelbagai warna yang menarik

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Banyak kajian menemukan pokok ini mempunyai nilai teraputik antaranya ialah anti-bakteria, anti-oksidan, racun serangga, anti-mikrobial, penyembuh luka.

Kajian terkini menunjukkan ia berkesan sebagai fitoremedasi di mana ia berfungsi untuk menyingkirkan logam berat atau bahan yang tidak diperlukan oleh tumbuhan di dalam tanah. Ia membolehkan pokok tumbuh dengan lebih subur.

Bahagian pucuknya sangat tinggi bahan anti oksidan. Kandungan bahan aktif di dalam pokok ini ialah alkaloids, flavonoids, saponin, tannins.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti alkaloid, flavanoids, saponin dan tannins

Farmakologi Tradisional Pokok tahi ayam

Sejak sekian lama, pokok tahi ayam digunakan secara tradisional untuk merawat luka akibat kecederaan, bengkak, ulser, katarak, demam, gatal, eczema, dan rheumatisma. Pelbagai bahagian pokok digunakan untuk rawatan demam, sakit kepala, batuk, asma, chicken pox, bronchitis, kecederaan mata dan darah tinggi.

Di India, minyak yang dihasilkan dari daun tahi ayam digunakan untuk menghilangkan kesan luka pada bahagian badan. Akar nya pula digunakan untuk merawat sakit gigi dan daun untuk merawat sakit dada bagi kanak-kanak.

Cara guna (perubatan traditional)

Melegakan sakit urat

Beberapa helai daun tahi ayam dijadikan balut tungku. Bertungku dua kali sehari (Kedah)

Mandian bagi ibu selepas bersalin

Daun pokok tahi ayam bersama dengan daun capa, inai, pandan, lengkuas, serai wangi, limau purut, dan pisang kelat dijadikan bahan ramuan untuk mandian selepas bersalin. Secekak untuk setiap jenis daun segar diambil dan direbus sehingga mendidih dan dijadikan mandian sekali sehari (Kedah)

Meredakan demam kuning

Tujuh kuntum bunga daripada setiap pokok tahi ayam, cempaka, kekwa, matahari, alamanda, kertas, dan kenanga direbus dan dibuat mandi tiga kali sehari sehingga sembuh (Perak)

Menjarakkan kehamilan

Daun tahi ayam ditumbuk dan dicampurkan dengan isi kunyit dan digunakan sebagi barut perut untuk wanita selepas bersalin (Terengganu)

Mengawal tekanan darah rendah

Akar pokok tahi ayam direbus dan diminum dua kali sehari pada waktu pagi dan petang selama seminggu. Manakala pucuk pokok tahi ayam dimakan mentah (Pahang).

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top