ubat semut charlie
cara rawat gigitan semut charlie

Artikel ini memberi panduan cara guna ubat semut charlie keluaran PS Herbs. Di Malaysia, selain semut charlie serangga ini juga dikenali sebagai semut semai, semut kayap, tomcat dan rove beetle.

Orang awam selalu merujuk infection racun semut charlie sebagai gigitan semut charlie. Sebenarnya bisa semut ini bukan kerana gigitan, tetapi disebabkan cecair yang dirembeskan. Cecair toksin badannya menyebabkan keradangan pada kulit sehingga menjadi kemerahan, gatal dan melepuh.

Semut charlie (Gambar ehsan web contributor)
Semut Charlie
Krim S3 - ubat kena semut charlie

Cara guna ubat semut charlie PS Herbs

Jika baru kena, cuci kesan racun semut kayap dengan air dan sabun. Lalukan banyak air (flush) untuk keluarkan sebanyak mungkin racun daripada kulit. Tetapi jika sudah lama kena, boleh terus sapu Krim S3.

Sapu rata-rata di kawasan yang ada kesan racun dan sekitarnya. Sapu tidak perlu tebal tetapi hendaklah menyeluruh dan kena pada semua kulit yang terkesan dengan “gigitan”. Sapu sekurang-kurangnya dua kali sehari.

Jangan balut atau tutup kedap udara. Jika perlu tutup, maka tutuplah dengan kain kasa (linen) supaya kudis sentiasa kering.

Rawatan hendaklah berterusan sehingga sembuh. Jika masih ada parut selepas sembuh, boleh teruskan sapu Krim S3.

Tiada masalah untuk guna pada atau kawasan alat sulit.

Tempoh rawatan

Tempoh Rawatan dengan ubat PS Herbs

Lebih cepat rawat lebih singkat tempoh rawatan. Jika segera rawat selepas kena, iaitu dalam tiga hari pertama, tempoh rawatan dijangka tiga atau empat hari. Lihat testimoni rawatan anak Puan Nor

Jika infection telah lama sehingga kulit melecur dan bernanah, tempoh rawatan ambil masa lebih panjang. Antara satu hingga dua minggu untuk sembuh sepenuhnya.

Rawatan konvensional

Sumber sumber rujukan tempatan atau luar negara tiada jawapan pasti tentang berapa lama tempoh rawatan gigitan semut charlie. Ada yang kata beberapa minggu dan ada yang kata beberapa bulan. Ini kerana pada masa ini belum ada ubat semut charlie yang benar-benar berkesan atau ubat khusus untuk merawat masalah ini.

Radang kulit selepas terkena racun semut charlie. Boleh rawat dengan ubat semut charlie keluaran PS Herbs
Kesan toksin yang telah melecur
Scroll to Top