Testimoni merawat
Kucing pyometra
Penyakit pyometra kucing ialah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria (bacterial infection) pada rahim (uterus) kucing. Selalunya terjadi jika kucing betina “on heat”, tetapi tidak mengandung kerana tidak mengawan. Penyakit ini sangat bahaya dan jika dibiarkan akan mengancam nyawa kucing.
Penyakit ini boleh dirawat menggunakan Spray F7 keluaran PS Herbs. Hanya perlu disembur dua kali sehari. Untuk maklumat lanjut cara merawat pyometra kucing, sila rujuk panduan merawat kucing pyometra.
Kami merekodkan testimoni rawatan kucing pyometra yang dikongsikan oleh pengguna ubat PS Herbs sebagai rujukan. Semoga bermanfaat.
Rahim kucing bernanah selepas operate (bedah)
Kucing akak ni terpaksa dibedah sebab anak mati dalam kandungan. Tetapi telah berlaku jangkitan kuman dan bernanah. Setelah dua kali bedah, jangkitan kuman masih juga tidak selesai. Akak guna ubat Spray F7. Hanya spray pada perut, kelangkang dan ponggong. Terus sembuh. Kosnya pun tak seberapa.

kucing pyometra Ai Muezza
Ai Muezz ada kucing berpenyakit pyometra. Beliau tak mampu membiayaai kos rawatan cara konvesional lalu mencuba ubat PS Herbs. Katanya dua minggu terus sembuh dan kini kucingnya telah mengandung.
Saya petik kata-kata Ai Muezz,
“Saya nk share sikit laaa kucing betina sy kene sakit pyeomerta. jangkitan pada rahim Keluar nanah kat kemaluan non stop..perut mengeras… solutions kalau bawak vet memang kene bedah buang janin..kos 400 ringgit tk termasuk ubat….tp saya beli ubat ni harga mampu milik..saya sembur spray ni dua minggu terus baik. Terus kering keluar semua nanah.. Dan kucing sya pregnant skrng Tanpa dibedah ehhhh..kucing saya sihat dri sakit pyeomerta..saya memang happy gilaaaaaaaaa jumpa ubat niiiiii..kucing sy Ada Luka sapu je terus kering..terbaik lahhhhhhh..semoga entiasa murah rezeki.. “

Kucing Pyometra Syazlan
Dari Bunut Payung, Kota Bharu
Kucing berpenyakit pyometra milik Syazlan telah menjalani dua kali pembedahan, namun masih belum sembuh kerana jangkitan kuman telah merebak. Luka pembedahan juga tidak pulih sepenuhnya. Doktor kemudian mencadangkan pembedahan kali ketiga untuk membuang kuman yang masih ada.
Tidak sanggup untuk menjalani pembedahan kali ketiga, beliau memuat naik perkongsian di Facebook untuk meminta panduan rawatan alternatif. Menyahut permintaan itu, kami mencadangkan penggunaan Spray F7 sebagai ikhtiar.


Selepas hampir dua bulan merawat, beliau melaporkan bahawa kucingnya telah sembuh dan kembali gemuk. Bulu pun tumbuh lebat semula. Beliau juga memaklumkan bahawa sepanjang rawatan dengan ubat PS Herbs, semua ubat lain dihentikan.





Terima kasih En Ahmad Syazlan kerana sudi mencuba ubat kami, merekod progres rawatan dan memberi maklum balas
Kucing pyometra Siti Najihah
Siti Najihah sangat gembira memberi feedback selepas guna ubat Spray F7 untuk merawat kucing nya yang berpenyakit pyometra. Beliau memberi testimoni rawatan bahawa tempoh rawatan cuma dua minggu.
Lebih mengembirakan lagi ialah setelah mendapati kucingnya telah pregnant.


Lea Dari Kemunting Perak
Testimoni Merawat kucing pyometra kritkal
Kena bedah… tapi peluang hidup hanya 50:50
Lea beritahu kami: Kucingnya berpenyakit pyometra yang serius kerana doktor kata sudah pada tahap kritikal dan perlu segera dibedah. Namun begitu, doktor hanya memberi peluang sembuh 50:50 sahaja kerana sudah tahap terlalu kritikal.
Kos bedah yang tinggi menyebabkan Lea tidak mampu menaggungnya. Jadi beliau terpaksa membawa kucingnya pulang ke rumah tanpa menjalani prosedur yang dicadangkan.

Tidak berputus asa, beliau kontak PS Herbs bertanya kut kut ada ubat yang boleh digunakan. Walaupun ubat ini belum cukup data ujian keberkesanannya untuk merawat penyakit pyometra, namun beliau mahu mencuba. Katanya lebih baik berusaha daripada tak buat apa-apa.
Beliau guna Spray F7 dua kali sehari. Alhamdullilah, tak sampai sebulan, kucingnya telah sembuh total. Maklumat terakhir daripada Lea, bahawa kucingnya itu melahirkan dua ekor anak yang sihat dan comel. Kos rawatan tak sampai RM40 jer pun.


Share info untuk manfaat ramai
