Penyakit sporo bahaya - jangan pandang remeh

Ramai pemilik kucing tidak tahu tentang bahaya penyakit sporo. Saya sendiri pun hanya tahu setelah  terkena jangkitan sporo. Memang betul, ikut pandangan pakar, penyakit sporo sangat bahaya. Dr Chan Sze Min, pegawai perubatan verterinar, UPM melalui artikel dalam Malaysia Today (FMT), edsisi 17 May 2017 berkata, penyakit ini boleh bawa maut.

Jangan pula takut untuk pelihara kucing atau haiwan pet. Penyakit ini bahaya jika diabaikan (tidak dirawat). Walaupun penyakit sporo jarang berlaku, tetapi adalah elok untuk sentiasa mengambil langkah elakkan jangkitan

Adakah Semua penyakit sporo bahaya?

Tak semua bahaya

Mengikut kajian, penyakit sporo adapelbaga jenis. Ada yang merbahaya berbanding dengan yang lain. Pada umumnya kudis sporo hanya sekadar infeksi pada dan bawah kulit yang tidak merbahaya dan tidak mengancam nyawa. 

Kesan penyakit juga berbeza terhadap individu yang berlainan. Mereka yang sudah tua, berpenyakit kronik, HIV kesannya lebih serius. Ini kerana, sistem immun mereka lemah sehingga kesannya lebih serius.

jenis penyakit sporo

Mengkut dapatan kajian, secara kasarnya, penyakit sporo terbahagi kepada tiga jenis. Dua daripadanya lebih merbahaya dan boleh mengancam nyawa.

Cutaneous (skin) sporotrichosis

Jenis yang paling biasa. Jenis ini tidak bahaya, selalunya tumbuh setempat. Kerap terkena pada jari, tangan, lengan, kaki atau betis. Bagaimana pun ada juga kes jangkitan berlaku di kepala, muka, mata dan anggota lain badan.

Ia bermula dengan biji kecil macam bekas gigitan nyamuk dan semakin besar. Warnanya merah, pink atau purple dan kekuningan dipuncaknya. Kira kira sebulan setengah kemudian, biji akan pecah dan berbentuk kudis berbuka atau berkawah. Nantinya biji-biji baru akan tumbuh sekitarnya.

Pulmonary (lung) sporotrichosis

Penyakit Pulmonary sporotrichosis sangat jarang berlaku. Jangkitan berlaku apabila fungus sporo disedut melalui pernafasan ke paru-paru. Ia boleh menjadi kronik dan boleh menyebabkan kematian (fatal). Pengidap akan sukar bernafas, batuk, sakit dada dan demam.

Penyakit ini selalunya terkena pada orang yang telah pun mengidap masalah paru-paru atau orang yang immunosuppressed dan tiada respons kepada rawatan antifugal. 

Disseminated sporotrichosis

Berbeza dengan Cutaneous sporotrichosis, Jenis Deseminated sporotrichosis tidak setempat. Ia boleh merebak kepada ke lain-lain anggota seperti tulang, sendi atau central nervois system.

Simptomnya seperti sakit-sakit sendi, kudis timbul pada nod limfoma, penat, seram sejuk macam nak demam. Jika serangan pada central nervous system boleh menyebabkan pengidap sukar berfikir, sakit kepala dan sawan.

Penyakit sporo mudah sembuh dengan ubat herba traditonal. Lihat panduan merawat penyakit sporo dengan ubat herba PS Herbs. Tempoh rawatan lebih singkat dan tanpa kesan sampingan.

Sumber berita: Free Malaysia Today. Edisi 17 Mei 2017.

[ BAHAYA ] Jangkitan Sporotrichosis atau lebih dikenali sebagai Sporo selalunya dikaitkan sebagai penyakit yang boleh membawa maut bagi haiwan peliharaan khususnya kucing. Tetapi tahukah anda kulat sporothrix schenckii juga boleh membawa mudarat kepada manusia?

Perkongsian seorang lelaki dijangkiti penyakit Sporo dalam laman sosial baru-baru ini menarik perhatian netizen termasuk rasa ingin tahu mengenai penyakit itu sendiri. Menurut pesakit itu, dia menghidapnya sejak sembilan bulan yang lalu selepas digigit kucing yang dijangkiti penyakit tersebut.

Lantaran itu, pelbagai pihak mengutarakan pandangan masing-masing termasuk supaya mereka yang mempunyai kucing supaya berhati-hati dan menjaga kebersihan kucing agar tidak dijangkiti.

Ekoran itu, FMT mendapatkan nasihat dan bimbingan perubatan seorang pegawai verteriner, Dr Chan Sze Min sebagai panduan dan amaran kepada para pemelihara haiwan seperti kucing dan anjing.

“Sporo ialah penyakit yang mudah menjangkiti haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing. Kebiasaannya haiwan yang terdedah kepada aktiviti luar lebih mudah dijangkiti penyakit ini menerusi kulat Sporo. Kulat tersebut akan masuk ke badan melalui mulut atau luka atau kedua-duanya dan luka tersebut tidak akan kering walaupun dirawat,” katanya dalam temubual di Hospital Verteriner Universiti Putra Malaysia (UPM).

Lebih buruk, penyakit ini juga boleh memberi kesan kepada manusia termasuk menyebabkan kematian sekiranya haiwan yang dijangkiti menggigit atau mencakar kita.

Daripada aspek badan manusia, kesan daripada jangkitan kuman Sporo hanya dapat dirasai selepas dua bulan iaitu melalui simptom seperti bengkak dan bisul.

“Kegagalan untuk mendapatkan rawatan segera menyebabkan bisul-bisul ini tumbuh di sepanjang nodus limfa dan paling teruk, ia boleh merebak ke dalam paru-paru dan seluruh badan, akhirnya menyebabkan kematian,” katanya.

Sze Min menambah, mana-mana individu yang terkena gigitan haiwan yang dijangkiti Sporo, mestilah mendapatkan rawatan segera dan mencuci luka daripada gigitan itu serta-merta.

Bagi mengelakkan daripada kejadian yang tidak diingini, doktor itu menyarankan agar pemilik haiwan yang telah dijangkiti Sporo memakai sarung tangan ketika mengendalikan haiwan tersebut.

“Langkah ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada dijangkiti penyakit Sporo sekiranya terkena gigitan kucing atau anjing tersebut selain mengekalkan kebersihan pengendali,” katanya.

Bagi rawatan kepada haiwan peliharaan yang dijangkiti Sporo, Sze Min berkata rawatan antifungul adalah kaedah paling lazim di samping cryosurgery sebagai rawatan alternatif.

Sumber berita: Free Malaysia Today. Edisi 17 Mei 2017.

Rujukan

CDC (Centre for Disease Control and prevention) – Sporotrichosis

Center of Food secrerity & Public Healthm Iowa State University – Sporotrichosis 

DermNet – Sporotrichosis

Oxford Academic, Medical Mycology – sprotrichosis

National Library of Medicine – pmc/articles/PMC7274469/

Share

Hi, nak jadi stokis PS Herbs?

Bacaan Tambahan

Tanda penyakit sporo pada manusia

Sporotrichosis adalah penyakit disebabkan fungus sporothrix schenckii. Penyakit bahaya ini bersifat sistemik. Ia menular ke anggota melalui kelenjar limfa ke anggota dalaman seperti hati, paru-paru, otak dll. .

Read More »
merawat kucing sporo dengan ubat PS Herbs

Ubat sporo kucing dan cara merawat

Ubat sporo kucing keluaran PS Herbs sangat mujarab untuk merawat penyakit sporo kucing. Tempoh rawatan hanya 14 hingga 90 hari. Kos rawatan juga murah. Berbanding dengan kaedah konvensional yang mengambil masa 3 hingga 12 bulan dan kos rawatan terlalu tinggi.

Read More »

Merawat sporotrichosis manusia

Penyakit sporo pada manusia merbahaya sehingga perlu rawatan segera. Rawatan dengan ubat konvensional ambil masa yang panjang, tetapi dengan ubat PS Herbs rawatan lebih mudah dan lebih cepat sembuh.

Read More »
Scroll to Top