Ubat sporo manusia
(Cara rawatan sporo manusia)

Penyakit sporotrichosis atau penyakit sporo sangat bahaya dan perlu segera dirawat sebaik kelihatan tanda-tanda penyakit. Artikel ini memberi panduan cara mengguna ubat sporo manusia keluaran PS Herbs.

Kudis sporo mudah sembuh bila dirawat dengan ubat sporo PS Herbs. Cara rawat pun mudah dan tempoh rawatan jauh lebih cepat.

Ubat sporo manusia PS Herbs

Tiga jenis ubat yang boleh digunakan untuk rawatan sporo manusia, iaitu Spray H2, Cream S3 dan Serbuk FP1. Tidak semua ubat diperlukan. Ia bergangtung kepada tahap dan keadaan jangkitan.

Spray H2 - Ubat PS herbs untuk penyakit kulit manusia
Spray H2
Cream S3 - ubat psherbs untuk merawat penyakit kulit haiwan dan manusia.
Cream S3
Ubat FP1 - uabt serbuk 100% herba
Serbuk FP1

Ubat boleh dibeli daripada stokis di seluruh negara. Lihat senarai agen atau stokis berdekatan.

Cara Rawatan sporo manusia

jika Baru Kena Jangkitan sporo

Jika baru kena atau syak terkena, cuci dengan air bersih, sapu cream S3 dua kali sehari. Biasanya, 3 hingga 7 hari kesan luka hilang.

Kita boleh syak terkena penyakit sporotrichosis sekiranya kita dicakar atau digigit kucing yang berpenyakit sporo. Atau kulit terluka dan rasa gatal-gatal selepas menjalankan aktiviti harian, seperti berkebun.

Cream S3 adalah ubat untuk merawat pelbagai jenis penyakit kulit seperti kudis, gatal-gatal, jangkitan fungus, melecur, dll. Jika pun tidak dicakar kucing sporo, ubat ini boleh saja diguna,

Rawatan sporo manusia yang Belum pecah

Selapas dua atau tiga minggu daripada jangkitan awal, kawasan infeksi kelihatan merah atau berbiji keras, berbonjol dan kekuningan di puncaknya. 

Cara merawat: Sapu cream S3 sekurang-kurangnya dua kali sehari. Sapu pada benjolan dan kawasan sekitar secara meluas, seperti sapu minyak angin. Lagi luas kawasan lagi baik. misalnya, jika benjolah berlaku di lengan bawah, sapu sampai siku.

Ambil Perhatian:
Penyakit Sporo adalah penyakit sistemik yang merebak melalui nod limfa (Lymph nodes) dalam bentuk biji-biji kecil dalam daging dan tidak kelihatan, malah tak disedari. Cuba tekan dan rasa pelan-pelan di sepanjang anggota, terutama lengan atau betis. Kalau ada, kena rawat.

Merawat sporotrichosis manusia yang telah pecah

Guna Spray H2 dan Cream S3 untuk merawat kudis sporo yang telah pecah. Spray pada kudis dan biarkan kering dan kemudian sapu cream S3. Luaskan kawasan sapuan. Macam sapu minyak angin.

Cuba rasa biji biji dalam dalam daging, jika ada, sapu krim. Misalnya jika ada biji sampai siku, sapu cream keseluruh dan sepanjang lengan bawah dan lengan atas. Jika ada di lengan atas, sapu sampai ketiak. Perhatian: Sapu seluruh lengan, bukan di tempat yang ada biji sahaja.

Adakah perlu dressing?

Tidak perlu dressing. Jangan guna bahan-bahan atau ubatan lain. Cukup dengan cucian semasa mandi. 

Jangan balut

Jangan balut atau tutup kudis, sebaliknya biarkan terbuka. Jika terpaksa balut kerana bekerja atau takut tersentuh benda yang mudarat, maka balutlah dengan kain kasa supaya kudis sentiasa kering.  Jangan balut atau plaster kedap udara sehingga kudis menjadi lembab.

Bila Guna Serbuk FP1

Serbuk FP1 adalah opsional. Elok guna jika bukaan kudis sangat besar. 

Spray dengan F7 pada kudis yang terbuka sehingga lembab. Lekapkan serbuk dan biarkan kering. Tak perlu balut. Berhenti guna serbuk apabila kudis sudah kering dan teruskan dengan ubat spray H2 dan Cream S3.

Kudis Sporo pada lengan
Kudis terbuka luas
Spray Letak serbuk FP1

Rawatan sporo manusia selepas sembuh klinikal

Sembuh klinikal bermaksud kudis tampak sembuh dan simpton penyakit sporo sudah hilang. Mungkin yang tinggal hanya kesan parut.

Fungus sporo degil dan ada dalam darah. Walaupun kudis sporo sudah nampak sudah sembuh tetapi fungus mugkin masih ada. Dengan itu, rawatan sporotrichosis hendak diteruskan sekurang-kurangnya satu bulan lagi selepas sembuh klinikal bagi memastikan fungus benar-benar hilang. Untuk puas hati, boleh juga buat ujian makmal.

Dalam tempoh sebulan selepas sembuh klinikal, sapu Cream S3 satu atau dua kali sehari pada kesan kudis dan juga kawasan sekitar. Tidak perlu tebal.

ubat sporo manusia konvensional

Ubat oral (ubat makan)

Ubat makan seperti ubat inox atau sporanox boleh digunakan bersama dengan ubat PS Herbs. Ambil perhatian, ubat oral penyakit ini ada kesan sampingan yang kuat. Terutama kepada mereka yang ada penyakit kronik, tua atau mengandung. Hanya ambil ubat dengan nasihat doktor.

Ubat antibiotik dan Krim antiseptik

Penyakit sporo disebabkan oleh fungus, bukan angkara bakteria. Jadi ubat makan antibiotik atau ubat krim antiseptik tidak berkesan.

tempoh rawatan Sporo

Jika guna ubat sporo PS herbs sahaja

Purata tempoh rawatan antara 14 hingga 90 hari. Ada juga kes tertentu yang jangkitan sudah terlalu serius, mungkin lebih panjang. Sebagai rujukan, boleh lihat testimoni rawatan pada manusia.

Jika guna Makan sahaja

Mengikut kajian, tempoh rawatan dengan ubat makan konvensional sahaja, seperti ubat inox atau sporanok, ialah antara 3 hingga 12 bulan. 

Jika guna ubat sporo Konvensional bersama ubat sporo PS Herbs

Tempoh rawatan lebih singkat jika ubat makan konvensional (itraconazole) diguna bersama dengan ubat PS Herbs . Perhatian: Ubat konvensional perlu diambil dengan pengawasan doktor.

Soalan lazim

Ada pantang makan tak?

Kami tidak buat kajian tentang perkara ini. Tetapi ikut maklum balas pelanggan, bila makan ikan tongkol kudis semakin marak. Makan ayam pula, kudis jadi gatal. Jadi elok tinggalkan sehingga benar-benar sembuh.

Boleh guna bersama ubat makan doktor tak?

Boleh. Ubat yang nak digunakan hendaklah dengan nasihat doktor. 

Boleh tak campur dengan ubat topikal lain?

Jangan campur atau gilir gilir guna ubat topikal lain (sperti krim sapu) dengan ubat PS Herbs.

Boleh basuh atau kena air tak?

Ya, kudis sporo boleh saja dibasuh, cuci atau bersihkan semasa mandi samada guna sabun atau tidak. Tidak perlu bahan pencuci khas.

Mengapa nampak macam semakin teruk?

Kudis sporo ni pelik. Jika tak rawat, ia kelihatan berkuping macam nak sembuh. Tetapi hakikatnya, dia semakin marak (dalam diam). Jika rawat dengan ubat PS Herbs pada kudis yang telah pecah dan bernanah, kudis kelihatan semakin merah untuk beberapa hari pertama. 

Fenomena semakin merah dalam beberapa hari pertama ini adalah simptom biasa kerana isi baru mula tumbuh. Jadi tidak perlu risau, kena teruskan rawatan. 

Kena buat dressing tak?

Tidak perlu dressing. Hanya cuci masa mandi pun sudah cukup. 

Bolehkah saya sapu atau spray ubat banyak kali

Boleh. Tiada masalah. Cuma mungkin ubat cepat habis. 🙂

Jangan risau. Penyakit sporo mudah sembuh. Walaupun tempoh rawatan sedikit panjang, tetapi boleh sembuh. Malah jika dirawat awal, cepat saja sembuhnya.

Artikel berkaitan

Tanda penyakit sporo pada manusia

Sporotrichosis adalah penyakit disebabkan fungus sporothrix schenckii. Penyakit bahaya ini bersifat sistemik. Ia menular ke anggota melalui kelenjar limfa ke anggota dalaman seperti hati, paru-paru, otak dll. .

Read More »

Hi, nak jadi stokis/pemasar PS Herbs?

Scroll to Top