Krim S3 adalah krim yang mengandungi unsur-unsur anti bakteria, anti fungus dan anti inflamasi.  Diperbuat daripada bahan berasaskan tumbuhan. Tidak toksid dan tidak memabukkan. Selamat untuk manusia dan haiwan. 

Krim ini diformulat untuk perbagai jenis radang kulit seperti gatal-gatal, alergi, ruam dan kelemumur, gigitan serangga dan digigit atau dicakar  kucing. Maklumat lanjut tentang krim ini boleh dirujuk di sini.

Cara guna: 

Kelemumur, gatal atau kudis kepala: Kenakan krim seumpama pakai krim rambut. Sapu nipis pada dan sekitar infeksi atau keseluruhan kepala. Gunakan satu atau dua kali sehari. Siang atau malam. 

Ruam atau gatal-gatal kulit: Sapu krim satu atau dua kali sehari.

Kudis atau gatal celah kaki (athletic foot): Bersihkan kudis dengan air bersih dan sapulah pada dan sekitar infeksi satu atau dua kali sehari.

Resdung: sapu nipis bahagian hidung dan pipi berdekatan, letak sedikit cream dihujung jari dan korek hidung dengan jari tadi.

Haiwan -kurap dan kerapu : Letak dan ratakan nipis di tempat kurap atau kerapu. Pastikan krim mengenai kulit, tidak hanya terkena pada bulunya sahaja. Raba pada badannya, kalau ada rasa berbiji atau menggerutu di bawah bulunya (tak nampak, tapi boleh rasa), letakkan juga krim sehingga kena bahagian infeksi dan sekitar.

Perhatikan kaki. Mungkin ada jangkitan. Elok lumur di celah-celah kaki agar kurap atau kaki tidak merebak ke tempat lain apabila haiwan berkenaan menggaru. 

Kucing sporo: Jika Kucing kerap bersin dan kadang-kadang keluar darah, atau hidungnya kelihatan ada bengkak, ini mungkin tanda jangkitan dalaman pada hidung atau paru-paru.  Dengan menggunakan putik kapas, calit nipis pada lubang hidung, hidung, batang hidung.dan kawasan sekitar. Dua kali sehari. (Nota: jika kucing bersin dan hidung berair kerana selsema, berikan ubat selsema).

Kudis seporo ada yang berair dan ada yang kelihatan kering (peringkat awal jangkitan atau hampir sembuh). Jika kudis kelihatan kering, kerim ini boleh digunakan. Sapu pada dan sekitar infeksi satu atau dua kali sehari. Sila rujuk cara merawat kudis sporo. Juga rujuk cara penggunaan cecair spray F7 di sini serta penggunaan serbuk antibakteria dan anti fungus di sini.

Kekadang kucing tidak makan kerana hidungnya tersumbat sehingga

menyukarkannya makan dan bernafas. Dengan itu, dia tidak makan. Jika disuap makanan pun, mungkin dia akan termuntah kerana tidak boleh bernafas. Perhatikan hidungnya.  Jika hidungnya tersumbat kerana berkeruping, cuba buang keruping agar hidungnya terbuka. Jika tersumbat kerana ada cecair seperti hingus, lap hidungnya. Tekan lembut hidung dan bibir atas ke arah lubang hidung serentak agar cecair keluar. Buat sekerap yang boleh dalam sehari atau apabila didapati perlu.

Cara simpan:

Untuk simpan lama, selepas dibuka, simpan dalam chiller. Jangan guna jika berkulat, berubah warna atau berubah bau.

Scroll to Top