Penyakit kucing kurap (Mange)

Biasanya apabila kita nampak kucing yang berkudis, gatal dan kulitnya menggerutu, kita terus kata “kucing kurap”. Semua jenis masalah kulit pun kita kumpulkan bawah nama “kurap”. Sedangkan, penyakit kulit pada kucing sebenarnya ada banyak jenis.
Contohnya, ada yang disebabkan oleh infestasi parasit seperti kurap scabies (mange), dan ada pula yang berpunca daripada jangkitan kuman — sama ada bakteria atau kulat — seperti penyakit sporotrichosis (sporo).
Sebaiknya, kita kenal pasti dahulu jenis penyakit yang dialami supaya rawatan dapat diberi dengan ubat yang tepat. Dengan cara itu, kita bukan sahaja dapat menjimatkan kos rawatan, malah dapat menyelamatkan nyawa kucing.
Penyakit Kucing Kurap (Mange)
Salah satu jenis “kurap” yang kerap menyerang kucing ialah kurap scabies, atau dikenali sebagai mange. Penyakit ini bukan berpunca daripada jangkitan kuman, tetapi daripada infestasi hama parasit bernama Notoedres cati yang hidup di bawah kulit kucing.
Hama ini akan menyodok masuk ke dalam lapisan kulit untuk makan dan bertelur. Akibatnya, kucing akan berasa sangat gatal, dan bahan buangan hama tersebut membentuk kerak tebal berwarna kelabu asap, keras dan menggerutu pada kulit. Kucing yang dijangkiti kelihatan hodoh dan menjijikkan bagi sesetengah orang.
Biasanya, jangkitan bermula di tepi telinga, kemudian merebak ke muka, kelopak mata, hidung dan leher. Jika tidak dirawat, ia boleh merebak ke seluruh badan, termasuk kaki dan celah-celah jari. Bahagian jari akan menjadi keras akibat kerak tebal, dan kelopak mata sukar dibuka kerana turut mengeras.
Oleh sebab rasa gatal yang teruk, kucing sering menggaru dan menggigit kulitnya sendiri, menyebabkan luka dan seterusnya berlaku jangkitan sekunder bakteria dan kulat. Kucing juga menjadi kurus, bulunya gugur, dan badannya berbau tidak menyenangkan.




Bagaimana jangkitan berlaku
Penyakit kurap scabies sangat mudah berjangkit melalui sentuhan langsung. Kebanyakan kucing mendapat jangkitan ini daripada kucing lain, kerana sifat semula jadi mereka yang suka bermesra, saling grooming, dan duduk rapat bersama. Penyakit ini juga sering menular di hotel haiwan, tempat penjagaan kucing, atau pusat grooming. Anak kucing pula boleh dijangkiti daripada ibunya.
Hama penyebab scabies boleh bertahan hidup beberapa hari di luar tubuh haiwan perumah. Oleh itu, ia boleh kekal dalam tilam, alas tidur, kain, atau mainan (toys) kucing. Apabila kucing lain berkongsi tempat atau barang tersebut, hama mudah berpindah dan menyebabkan jangkitan baharu.
Secara umumnya, anak kucing lebih mudah dijangkiti berbanding kucing dewasa kerana sistem pertahanan badannya masih lemah.
Bolehkah penyakit Kurap sembuh sendiri
Tidak. Penyakit kurap scabies pada kucing tidak akan sembuh sendiri tanpa rawatan. Jika dibiarkan, hama akan terus membiak dan merebak ke seluruh badan, menyebabkan keadaan kulit semakin teruk — malah dalam kes yang serius, boleh membawa maut.
Jangan bertangguh. Segera berikan rawatan sebaik sahaja nampak tanda-tanda jangkitan. Lebih awal dirawat, lebih mudah untuk sembuh dan lebih jimat kos. Tindakan cepat bukan sahaja menyelamatkan kucing yang dijangkiti, tetapi juga mengelakkan penularan kepada kucing lain atau haiwan sekeliling.
Kaedah rawatan Kucing kurap skabis
Rawatan kurap scabies (mange) pada kucing perlu dimulakan dengan mengasingkan kucing yang dijangkiti bagi mengelakkan penularan kepada kucing lain. PS Herbs ada mengeluarkan ubat khas untuk merawat kucing yang mengalami masalah kurap — berkesan, cepat sembuh dan pada harga yang berpatutan. Kaedah penggunaannya boleh dirujuk di sini.
Sebagai alternatif, kucing juga boleh dibawa ke doktor veterinar untuk mendapatkan ubat anti-hama dalam bentuk sapuan, semburan atau mandian mengikut saranan profesional.
Pastikan tempat tidur, kain dan peralatan kucing dibersihkan serta dijemur di bawah matahari bagi membunuh hama yang mungkin masih tertinggal. Teruskan rawatan sehingga kulit pulih sepenuhnya, kerak hilang dan bulu tumbuh semula dengan sihat.
Boleh jangkit kepada manusia tak?
Ya, penyakit kurap scabies haiwan boleh berjangkit kepada manusia jika kerap bersentuhan atau berkongsi barang atau tempat seperti tilam atau tempat duduk. Jangkitan sebenarnya sementara sahaja kerana hama scabies haiwan berbeza dengan hama scabies manusia.
Bila hama ini menjangkiti manusia, ia sempat hidup untuk beberapa hari pada kulit. Dalam tempoh itu, kulit akan gatal-gatal. Jika digaru, kulit cedera dan boleh menyebabkan jangkitan bakteria atau fungus. Jika kulit sensitif atau terutama kanak-kanak, maka ia boleh menyebabkan komplikasi. Jadi adalah lebih baik ambil langkah berjaga-jaga, khususnya bagi yang kulit sensitif.
Penyakit scabies haiwan pada manusia akan hilang sendiri selepas beberapa hari. Masalahnya, jika sentiasa bersentuhan atau berkongsi tempat, penyakit akan berterusan. Contohnya berkongsi tempat tidur, tempat duduk, katil, atau bermanja, maka jangkitan akan berterusan.
Cara mudah untuk mengatasi masalah jangkitan kurap kucing ialah, segera merawat kucing kurap. Tempat yang disyaki hama berlindung juga dicuci. Apabila kucing sembuh, jangkitan kurap kepada tuannya pun turut hilang.
Langkah Pencegahan
Asingkan kucing kurap scabies. Kurung sehingga rawatan selesai dan sembuh. Tempoh rawatan berbeza. Bergantung kepada keadaan penyakit dan rawatan diberikan. Kucing berbulu panjang mengambil masa lebih lama untuk sembuh.
Elak kucing daripada berkontak dengan kucing berkurap. Hati-hati dengan kucing jiran atau gelandangan. Jika berkurap, elok juga kucing jiran atau kucing gelandangan dirawat bagi mencegah jangkitan.
Elakkan daripada menggunakan khidmat boarding or grooming yang tidak bersih. Minta pemberi khidmat grooming membersihkan alat grooming sebaiknya sebelum gunakan.
Share info untuk manfaat ramai
Jemput jadi stokis PS Herbs
Join program yang menarik dan menguntungkan tanpa risiko.
Whatsapp untuk maklumat lanjut.
