Merawat Ear Mite atau Kutu Telinga

Pastikan Penyakit Ear Mites Baru Rawat

Merawat ear mite atau kutu telinga dengan Spray F9 senang sahaja. Hanya spray dua atau tiga hari sekali. Sebelum rawat, pastikan kucing benar-benar mengalami penyakit berkenaan. Ini penting, supaya ubat digunakan betul dengan penyakitnya. Pengesahan penyakit boleh dilihat di bawah mikroskop atau dengan memerhati simtomnya. Simptom penyakit ear mite boleh dirujuk di sini.  

Cara merawat kutu telinga kucing dan ubat hendaklah sesuai. kutu telinga disebabkan oleh infestation, bukan infection, jadi ubat juga perlu yang berkaitan dengan infestation
Kotoran warna coklat tua kehitaman.
Bila ada kutu telinga, kelihatan kotoran berwarna coklat kehitaman dan berminyak

Segerakan Rawatan

Jika didapati ada penyakit ear mites, segerakan rawatan. Ini kerana ia mudah berjangkit kepada haiwan lain. Masalah kutu telinga juga menyebabkan kucing kuat menggaru sehingga luka. Luka ini menyebabkan komplikasi lain seperti jangkitan bakteria dan fungus, termasuk fungus sporotrichosis.

Cara merawat Ear Mite

PS Herbs mengeluarkan ubat Spray F9  untuk merawat ear mite. Ubat 100% herba ini dibuat khas untuk megatasai masalah hidupan seni yang menjangkiti haiwan.

Langkah merawat:

  1. Sembur ubat Spray F9 ke dalam telinga sebanyak dua kali tekan penuh. (dia kali full press)
  2. Masaj atau usap secara pangkal telinga selama beberapa minit.
  3. Selepas masaj, biarkan. Jangan cuba korek keluarkan kotoran.
  4. Rawatlah kedua-dua telinga walaupun tanda-tanda jangkitan tidak kelihatan.
  5. Sembur dua atau tiga hari sekali sahaja.
  6. Jika mahu, selepas seminggu,  bersihkan telinga, tetapi jangan sampai cocok ke dalam.
  7. Gunakan putik kapas dan bahan untuk cuci telinga yang sesuai. 

Rawat Juga Kucing Lain

Ear mite sangat muda berjangkit. Jika anda ada beberapa ekor kucing, dan hanya satu sahaja ada simptom penyakit, adalah lebih baik merawat semua kucing. Bukan sekadar kucing yang ada simtom sahaja. Jika ada anjing, anjing juga elok dirawat kerana mite boleh ada pada kedua-dua jenis haiwan ini

Jika ada kudis di sekitar

Kucing yang ada jangkitan kutu telinga mungkin ada luka kesan garu di sekitar kepala, leher, belakang telinga atau atas tengkuk. Jika luka hanya sedikit atau kecil sahaja, biasanya akan sembuh sendiri bila masalah ear mites sembuh. Tetapi jika telah besar, mungkin jangkitan kuman sudah berlaku. Jadi kami sarankan luka ini dirawat dengan ubat Spray F7

Adakah Spray F9 Mudarat Kepada Haiwan

Ubat Spray F9 diperbuat daripada 100% pokok herba edible yang tidak mudaratkan haiwan atau manusia. Dengan itu, selepas spray, haiwan boleh menjilatnya. Tidak perlu pakai corong kepala. 

Haiwan Selain Kucing

Ubat Spray F9 juga boleh digunakan untuk masalah ear mite anjing, arnab dan haiwan pet yang lain. Cara penggunaannya juga

Klik untuk share artikel

Salam Sejahtera Pemilik Pet Shop

Mesej kami untuk mengedar produk PS Herbs.

Atau Telefon  013 9220533

Scroll to Top