Kegunaan Ubat Spray F9

Spray F9 adalah ubat topikal (kegunaan luaran). Sesuai untuk mengatasi masalah kudis atau gatal kerana infestasi parasit pada kulit haiwan seperti:. 

cara guna

Ear mites (kudis buta)

Sembur ke dalam telinga dua kali Full press. Kemudian urut pangkal telinga selama dalam satu minit dan biarkan. Spray dua hari sekali. Kotoran yang keluar dari telinga boleh dibersihkan, jangan masukkan objek jauh ke dalam lubag telinga. Cuci bahagian telinga luar sahaja. Rawatlah tiga atau empat kali. Makluat lanjut cara merawat ada di sini.

Cara merawat kutu telinga kucing dan ubat hendaklah sesuai. kutu telinga disebabkan oleh infestation, bukan infection, jadi ubat juga perlu yang berkaitan dengan infestation
Ear Mites atau kutu telinga

Penyakit Kurap Scabies

Ubat ini diguna untuk penyakit kurap scabies yang tebal berkerak dan keras. Spray sekali sehari pada kurap. Jika scabies ada dalam telinga, sembur ke dalam telinga sebanyak dua kali “full press”. Massage satu minit dan biarkan. Bila sudah nipis teruskan rawatan dengan Krim S3.
Sapu cream S3 untuk bahagian muka, hidung dan mata.
Jika kurap masih atau atau nipis, guna Cream S3 sahaja. Tidak perlu gunakan Spray F9.

Kurap Scabies atau kudis buta

kutu badan

Spray dada dan perut, serta atas tengkuk dua hari sekali. Genyeh tempat spray supaya cecair spray kena pada kulit. Ulang rawatan sehingga kutu hilang. Lazimnya selepas satu minggu rawatan, kutu akan hilang. Kesan tidak serta merta kerana ubat herba mengambil masa untuk menampakkan kesan.

hama

Spray pada kawasan hama sekali sehari. Rawat sehingga hama hilang.

Hama pada pada bulu kucing
Hama - bintik bintik putih pada bulu

Kandungan

Ubat Spray F9 diperbuat daripada 100% herba. Tumbuhan herba diekstrak secara total dan diadun. Mengandungi bahan anti serangga semula jadi. Mengikut kajian saintifik, bahan ini tidak mudarat manusia atau haiwan. Ini menjadikannya sesuai untuk merawat masalah parasit seperti kurap scabies atau kutu telinga (ear mite).

Ubat ini juga mengandungi kompoun anti bakteria, anti fungus dan anti inflamasi. Kompoun ini bertindak bersama-sama dengan bahan anti serangga untuk menyembuhkan penyakit atau infeksi (infection) yang disebabkan oleh masalah infestasi.

Selamat untuk haiwan

Semua bahan yang digunakan terdiri daripada bahan alami. Phytochemical compound  pokok herba diekstrak secara total. Tidak toksid dan tiada steroid yang diketahui. Selamat kepada manusia mahu pun haiwan. Tiada masalah jika haiwan menjilat atau termakan.

Bahan

Ramuan: Air bertapis, cuka apple tidak bertapis dan campuran ekstraks pokok herba yang boleh dimakan (edible plant).

Scroll to Top