Pokok gajus

Pokok gajus popular di kalangan masyarakat Melayu. Pucuk dan buah gajus sering digunakan sebagai ulam dalam resepi masakan (nasi kerabu dan laksa). Biji gajus dimakan dengan cara dipanggang atau dibakar. 

Selain makanan, pokok gajus juga berguna untuk merawat pelbagai jenis penyakit kulit, melecur,  melindungi daripada pertumbuhan kanser, koronari, ketegangan peredaran darah, masalah penuaan dan pelbagai lagi.

Klasifikasi

Family: Anacardiaceae

Genus: Anacardium

Species:  Occidentale

Nama Saintifik

Anacardium occidentale L.

Nama lain

Gajus, ketereh, janggus, kagus, kanjus, janggar, jambu monyet, jambu terong, dan jambu golok

habitat

Di Malaysia, pokok gajus biasanya mudah didapati dan ditanam di kawasan berpasir dan dipercayai berasal dari India. Banyak tumbuh meliar di tepi pantai timur semenanjung Malaysia dan di kawasan kampung.

sifat

Ketinggian pokok gajus sekitar 6 ke 12 meter. Dahan bercabang rendah. Daun bewarna hijau muda dan berserat tinggi. Berbentuk oval berukuran antara 15 ke 20 cm panjang.  Kacang gajus berbentuk ginjal dan ia terletak dibahagian bawah tangkai buah. Panjang kacang gajus sekitar 3 cm, bewarna putih kekuningan apabila masak dan dilindungi oleh kulit yang keras. Kernelnya boleh dimakan.

cara pembiakan pokok Gajus

Biji benih

Pokok Gajus
Buah gajus kaya dengan vitamin dan banyak khasiat perubatan

Penemuan Dan Kajian Saintifik/Akademik

Kajian membuktikan bahagian kulit pokok gajus mempunyai sifat anti hipertensi dan menurunkan aras glukosa. Ia mempunyai kesan yang baik pada mata dan kulit. Kaya dengan vitamin C, sesuai digunakan bagi masalah kulit seperti jerawat, jeragat, garis kulit dan melindungi daripada penuaan.

Dalam satu kajian lain,  ekstrak kulit batang pokok gajus bersifat antibiotik yang dapat  menghalang peningkatan aktiviti bakteria. Ekstrak biji gajus turut bertindak sebagai penderma elektron, di mana ia sangat penting dalam menstabilkan molekul di dalam badan yang bersifat radikal bebas. Ini boleh mengelakkan pembentukan sel kanser di dalam badan. Fungsi ini dibantu dengan kehadiran anacardic acid.

Semua bahagian Pokok gajus, khusus nya bahagian daun mempunyai sifat anti mikrobial dan anti oksidan yang tinggi. Ekstrak kulit buah menghasilkan aktiviti anti fungal. Ekstrak daun menunjukkan ia bersifat anti keradangan

Ingredien Aktif

Mengandungi alkaloids, flavonoids, anthocyanins, tannins, anacardic acid, phenolic, quercetin

Perubatan Etno (Ethnomedicinal)

Setiap bahagian gajus ada khasiat perubatan. Isirung gajus mengandungi protein, karbohidrat, vitamin dan lemak yang membantu hasilkan tenaga.

Kacang gajus digunakan untuk menurunkan kandungan gula dalam darah, kanser, selsema, menurunkan berat badan, melambatkan penuaan, gangguan pencernaan, masalah kencing dan kelonggaran tulang. 

Penduduk Brazil menggunkan gajus untuk merawat arterioskelorosis, masalah pernafasan dan penurunan keupayaan sistem saraf.

Di Malaysia, bijinya dikeringkan dan dijadikan minyak untuk merawat penyakit kulit. Minyak biji dan jus buah turut digunakan sebagai syampu dan perapi rambut.

Cara guna (perubatan traditional) pokok Gajus

Rawatan sakit gigi

Cara 1: Daun gajus ditumbuk sehingga lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit. 

Cara 2: Rebus kulit dan minum air rebusan.

Rawatan sakit kulit dan kesan terbakar

Cara 1:
Tumbuk daun sehingga lumat. Sapukan di bahagian kulit yang bermasalah

Cara 2:
Tumbuk kulit pokok gajus  sehingga lumat. Letak pada kulit yang bermasalah

Rawatan komplemen kepada masalah jantung

Seinci damar pokok gajus direbus dan diminum dua kali sehari.

Rawatan kencing manis (komplikasi)

Kulit pokok gajus, kulit jamu, majakani dan gamat hitam dicampurkan dan direbus. Air rebusan digunakan untuk mencuci luka sehari sekali

Mengawal aras glukosa dalam darah

Akar gajus dan akar jering dicincang dan kemudian dikeringkan. Setiap bahan diambil sejemput dan direbus sehingga mendidih dan diminum dua kali sehari iaitu waktu pagi dan waktu petang.

Merawat gout

Sebiji buah gajus dan secubit garam kasar dikisar menggunakan 500ml air. Campuran air diminum secawan sehari untuk jangka masa seminggu

merawat buasir

Tiga keping kulit pokok gajus, bunga tanjung, mempelam, asam jawa, kerian burung dan tiga biji kulit manggis direbus sehingga mendidih dan digunakan untuk bertangas. Dilakukan sekali sehari selama 40 minit sehingga sembuh.

Kesan sampingan

Kajian dari Jabatan Perkhidmatan Kesihatan (Universiti of Benin, Nigeria) menyatakan pokok gajus tidak mempunyai kesan sampingan ke atas haiwan dan manusia kecuali sekiranya buah gajus dimakan mentah.

Share

Bacaan Tambahan

Lidah buaya

Lidah buaya dikenali sebagai tumbuhan ajaib kerana kandungan penyembuhan yang terdapat dalam tumbuhan ini, Tumbuhan ini juga salah satu tumbuhan yang utama dalam sejarah penggunaan dadah kasar atau dadah mentah dan masih digunakan secara meluas dalam ubatan moden masa kini. Ia mampu melegakan luka dan kesan terbakar pada kulit.

Read More »
Scroll to Top