Penyakit Pyometra kucing

Penyakit Pyometra kucing

Penyakit pyometra kucing ialah penyakit jangkitan bakteria pada rahim (uterus) kucing betina yang tidak dimandulkan, terutamanya kucing yang sudah berumur atau pernah melalui kitaran berahi tanpa mengawan.

Jangkitan berlaku apabila bakteria masuk ke dalam rahim semasa atau selepas kitaran berahi (estrus). Bakteria tersebut kemudian membiak di dalam rahim, menghasilkan nanah dan menyebabkan keradangan serius sehingga boleh mengancam nyawa.

Pyometra ialah penyakit senyap yang sangat berbahaya. Sebagai pemilik kucing, amat penting untuk mengenali tanda-tandanya dan segera bertindak jika kucing menunjukkan simptom.

selain kucing, penyakit ini boleh berlaku pada mamalia lain seperti anjing, arnab, hampster dan haiwan ternak seperti lembu, kambing dan biri-biri.

Gejala atau simtom Penyakit Pyometra

Pada umumnya, kucing yang terkena penyakit ini menunjukkan gejala seperti:

  • Kelesuan atau tidak aktif
  • Hilang selera makan
  • Demam
  • Perut membesar atau kelihatan buncit
  • Keluar lelehan berbau dari kemaluan (jika pyometra terbuka)
  • Kerap minum air dan kerap kencing

Gejala mungkin berbeza mengikut jenis pyometra.

Ini contoh penyakit pyometra pada kucing - kucing kelihatan lemah dan tidak bermaya
Kucing berpenyakit pyometra – Perut buncit dan tidak bermaya (Gambar ihsan Lia dari Kemunting Perak pengguna ubat PS Herbs)
Penyakit pyometra kucing jenis terbuka - nanah kelihatan keluar  melalui kemaluan.
Nanah keluar melalui kemaluan (pyometra terbuka)

Jenis Penyakit Pyometra kucing

Open pyometra (pyometra terbuka)

Serviks (pangkal rahim) terbuka dan cecair bernanah keluar melalui faraj dan dengan itu pemilik boleh nampak lelehan nanah dan berbau. Kucing mungkin kelihatan aktif dan berselera makan, tetapi tetap berisiko tinggi.

Closed pyometra (pyometra tertutup)

Serviks (pangkal rahim) tertutup dan nanah terkumpul di dalam rahim tanpa keluar dan dengan itu lelehan nanah tidak kelihatan. Oleh itu pemilik sukar mengesan awal. Perut kucing boleh membuncit, kucing kelihatan lemah, hilang selera makan, muntah dan keadaan ini sangat berbahaya serta boleh membawa maut dengan cepat

Kenapa Pyometra Berbahaya?

Dalam persekitaran rahim yang tertutup, bakteria boleh membiak dengan pantas dan menghasilkan nanah. Jika tidak dirawat, jangkitan ini boleh menyebabkan rahim pecah (ruptured uterus), keracunan darah (sepsis), dan kegagalan buah pinggang dan akhirnya menyebabkan kematian.

Kaedah rawatan penyakit pyometra kucing

Rawatan dengan ubat PS Herbs

PS Herbs ada ubat penyakit kucing pyometra tanpa perlu bedah. Guna ubat Spray F7. Hanya spray pada abdomen, kelangkang belakang dan punggung dua kali sehari. Lihat cara merawat dengan ubat PS Herbs di sini.

Kelebihan merawat pyometra dengan kaedah ini ialah kucing tidak mandul dan masih boleh beranak. Kos rawatan pula jauh lebih murah berbanding pembedahan. Jika pemilik mahu mandulkan, sebaiknya rawat dahulu dengan ubat PS Herbs. Setelah kucing sembuh, barulah dilakukan pemandulan. Dengan cara ini, kos rawatan keseluruhan termasuk pemandulan tetap lebih rendah.

Kaedah rawatan dengan ubat PS Herbs terbukti berkesan dan selamat untuk kucing. Ramai pemilik sudah berkongsi pengalaman tentang kucing yang terkena pyometra kembali sihat selepas dirawat. Lihat sendiri testimoni pengguna PS Herbs sebagai bukti keberkesanannya.

Kaedah konvensional

Pembedahan (Buang rahim):

Ini adalah kaedah rawatan paling utama. Melalui kaedah ini, kucing akan dibedah dan rahimnya dibuang (spaying) sepenuhnya sehingga menyebabkan kucing menjadi mandul walaupun ini tidak diingini oleh pemilik kucing.

Kos rawatan cara pembedahan juga sangat mahal dan kadang-kadang tidak termampu untuk ditanggung oleh pemilik kucing.

Tidak semua kucing boleh dibedah kerana terdapat risiko tinggi sekira kucing dalam keadaan lemah, ada penyakit lain atau jangkitan pyometra sudah dalam keadaan kritikal.

Sekiranya pemilik ingin membiakkan baka kucing, maka pembedahan tidak sesuai. Jadi pilahannya adalah menggunakan ubat (jika sesuai). Namun perlu diingat, dalam kaedah konvensional, kaeadan pembedahan diutamakan kerana uabt makan atau suntikan tidak begitu berkesan dan masalah boleh berulang.

Kucing ini terkena pyometra, dua kali pembedahan kerana kuman tlah merebak. Waalaupun telah dibedah dan buang peranakan, tetapi masih tidak sembuh.
Kucing Pyometra – walaupun telah dua kali dibedah, tetapi masih tak sembuh kerana kuman telah merebak. Luka pembedahan pun tak sembuh.
(Gambar ihsan saudara Shazlan, Kota Bharu)

Tanpa pembedahan (ubat sahaja):

Dalam kes ringan, ubat-ubatan seperti antibiotik dan suntikan hormon mungkin digunakan, tetapi masih berisiko berulang. Rawatan cara ini dipilih biasa kerana:

  • Kucing masih muda dan ingin dibiakkan semula.
  • Pyometra terbuka (nanah boleh keluar).
  • Keadaan kucing sangat lemah dan tidak sesuai untuk pembedahan segera.

Langkah pencegahan

Cara paling berkesan untuk mencegah penyakit pyometra ialah dengan memandulkan kucing betina sebelum mencapai usia matang.

Langkah pencegahan melalui pemandulan bukan sahaja dapat mengelakkan pyometra, malah membantu memanjangkan jangka hayat serta menjaga kesihatan kucing kesayangan anda.

Satu lagi cara ialah jangan kurung kucing betina apabila sampai masa untuk mengawan supaya ia dapat mengawan, tetapi cara ini tidak sesuai jika pemilik mahu menghadkan populasi kucing.

Rujukan/bacaan tambahan:

PetMD – Link

WebMD – link

American College of Veterinary Surgeons – link

National Institutes of Health (NIH) (.gov) – link

Scroll to Top