Tidak ramai yang tahu bahawa dettol bahaya kepada kucing

Dettol bahaya kepada kucing

Dettol sering diguna di rumah sebagai antiseptik atau disinfectant untuk membunuh kuman. Ramai tidak tahu bahawa dettol bahaya kepada kucing. Jadi mereka sering menggunakan bahan ini untuk mencuci lantai atau sangkar tanpa langkah keselamatan. Lebih teruk lagi bila ada yang guna dettol untuk merawat luka atau kudis kucing. Akibatnya kucing mengalami keracunan dan mendapat penyakit kronik. Penyakit akibat penggunaan dettol sukar dirawat kerana ia melibatkan kerosakan saraf, buah pinggang dan hati.

Mengapa dettol bahaya kepada kucing

Dettol mengandungi phenol. Hati kucing tiada enzim untuk keluarkan bahan ini daripada badannya. Dengan itu phenol terkumpul dalam badan dan menjadi toksid sehingga menimbulkan masalah saraf, kerosakan hati, ginjal dan boleh sebabkan kematian.

Kesannya penggunaan dettol tidak serta merta, sebaliknya berbentuk racun berjadual. Sampai masanya simptom keracunan muncul dan kucing sukar diselamatkan. Antara tanda keracunan phenol ialah kucing tiba-tiba bengkak muka, lumpuh, kejang, sukar bernafas, melecur, air liur meleleh, air kencing kehitaman dan mati tanpa sebab.

Bahaya dettol kepada kucing. Kucing tiba-tiba bengkak muka kerana keracunan phenol
Kucing tiba tiba bengkak muka kerana keracunan phenol

Bagaimana Dettol Masuk Ke Dalam badan Kucing

Phenol boleh masuk ke dalam badan kucing melalui mulut. Misalnya kerana meminum air atau makan makanan atau menjilat badannya yang terkena bahan cuci. Phenol juga boleh masuk ke dalam badan kucing secara topikal iaitu melalui kulitnya atau kerana terhidu wasap (fume).

Berikut adalah antara tindakan yang menyebabkan kucing terkesan dengan bahan pencuci.

Mencuci Sangkar Kucing

Pecinta kucing sangat prihatinkan kebersihan. Sangkar kucing dicuci dengan dettol untuk hapuskan kuman. Jika tidak dibilas bersih, residu dettol yang tertinggal terkena kaki atau badan kucing. Kucing akan jilat untuk bersihkan kesan pada badannya. Akibatnya, bahan beracun ditelan oleh kucing.

Ada juga pemilik sengaja tidak membilas basuhan dengan anggapan kesan dettol lebih lama. Ini akan memburukkan lagi keadaan. 

Pecinta kucing sering cuci sangkar dengan dettol apabila kucing sakit teruk dan perlu jagaan rapi. Contohnya penyakit kucing sporo (sporotrichosis). Jika tidak dibilas sebaiknya, tindakan ini akan menambahkan lagi masalah kesihatan kepada kucing. 

Mencuci Lantai dalam dan luar Rumah

Jika cucian tidak dibilas sebaiknya, kucing menjilat lantai atau makan makanan yang terjatuh ke lantai. Semasa sedang membasuh, kucing mungkin meminum air bercampur dettol atau menjilat kakinya kerana dia terpijak air yang sedang digunakan. Ini menyebabkan bahan phenol masuk ke dalam badannya.

Pemilik kucing tidak sedar bahawa dettol bahaya kepada kcuing
Jauhkan kucing semasa mencuci lantai dengan dettol atau clorox

Kucing Minum Air Dettol Tertinggal

Ada ketikanya kita lalai atau tanpa sedar, air bercampur dettol tertinggal dalam bekas atau lopak. Air ini kemudiannya diminum oleh kucing

Mandikan Kucing Dengan Dettol

Perbuatan ini kerap dilakukan oleh tuan kucing. Netizen kucing sering cadangkan kucing dimandikan dengan dettol untuk mengatasi penyakit kurap atau fungus. Tinggalan dettol pada badan akan dijilat oleh kucing.

Cuci Luka Atau Kudis Dengan Dettol

Dettol sering diguna untuk mencuci luka atau kudis kucing. Mungkin ini yang paling serius. Kerana bancuhan dettol agak pekat dan sengaja ditinggalkan begitu pada luka supaya kesannya lebih tinggi. Akibatnya kucing menjilat dan menelannya dengan kuantiti yang banyak. Bayangkan jika luka atau kudis dicuci dua kali sehari.

Adakah Dettol sahaja yang ada Phenol?

Phenol banyak digunakan dalam produk antiseptic atau bahan disinfectant. Ambil perhatian, bukan sahaja dettol bahaya kepada kucing, pencuci lain juga ada phenol, contohnya clorox. Selain itu phenol juga digunakan dalam produk kecantikan dan penjagaan badan seperti deodorants, spray rambut, pencuci mulut dll. Mungkin yang ada kaitan kucing ialah pewangi udara dan minyak pati. Jadi eloklah diberi perhatian.

Bagaimana nak kenal Phenol

Cara paling mudah untuk kenal bahan pencuci yang ada phenol ialah semasa mencampur bahan dengan air. Jika ada bahan phenol, air akan jadi berkabus (atau keruh keputihan). Cara lain ialah dengan membaca label produk.

Langkah Berjaga-jaga

Dettol atau bahan lain yang mengandungi phenol bagus untuk pelbagai tujuan. Cuma sayangnya,  tidak sesuai untuk kucing. Jadi, elok ambil langkah keselamatan berikut jika anda pemelihara kucing dan mencuci dengan bahan yang ada phenol:

  • Elakkan dettol guna untuk rawat luka atau kudis kucing
  • Jangan mandikan kucing dengan dettol.
  • Bekas makanan dibilas bersih jika dibasuh dengan dettol.
  • Elakkan kucing lalu lalang semasa mencuci atau mob lantai. 
  • Kurung kucing di tempat atau bilik berasingan semasa mencuci. 
  • Elakkan air cucian ditinggal bertakung sehingga diminum kucing.
  • Bilas tempat cucian dengan air sehingga tiada tinggalan phenol.
  • Cuba guna bahan pencuci yang tidak mengandungi bahan phenol.

Nota: Satu lagi ubat yang bahaya kepada kucing tetapi sering dicadangkan oleh pencinta kucing ialah Panadol. Ubat jenis paracetamol jugs toksik kepada kucing. Lihat maklumat lanjut di sini.

Share artikel

Bacaan tambahan

Penyakit Kucing

Kucing Bengkak Muka

Kucing tetiba bengkak pada muka. Ada banyak sebab terjadi demikian. SAlah satu sebab adalah kerana kesilapan kita yan gtidak disengajakan. Kita menggunakan pencuci yang toksid kepada kucing. Jadi anda pembela kucing, elok diberi perhatian kepada jenis pencuci lantai atau pencuci luka yang digunakan, terutama apabila berkaitan dengan kucing

Read More »
Kucing sporo - berkudis pada hidung

Penyakit sporo kucing

Penyakit sporo kucing adalah penyakit jangkitan fungus yang mudah merebak dan boleh jangkiti manusia. Penyakit ini bahaya kepada haiwan dan manusia. Elak risiko jangkitan. Kenal pasti simptom dari awal dan segera rawat. Penyakit sporotrichosis ada ubat dan mudah sembuh.

Read More »

Testimoni Rawatan Haiwan

kucing sporo sembuh sebula setengah setelah dirawat dengan ubat spray F7 keluaran ps herbs

Kucing Sporo Ainul

Dua ekor kucing Ainul berkudis. Setelah doktor Veterinar sahkan bahawa kucing-kucingnya sakit sporo. Kos rawatan mahal dan beliau tak termampu menanggungnya. Sebagai alternatif, beliau telah menggunakan ubat PS Herbs. Kedua-dua Kucingnya sembuh dalam masa singkat. Kos rawatan untuk dua ekor pun tak sampai pun RM100.

Read More »

Share artikel

Comments are closed.

Scroll to Top