Merawat Kucing Pyometra
Penyakit pyometra kucing ialah penyakit jangkitan rahim serius pada kucing betina yang tidak dimandulkan dan boleh membawa maut. Tanda-tandanya termasuk cecair bernanah dari kemaluan, perut buncit, lemah, kurang selera makan dan kerap minum air. Ia memerlukan rawatan segera sama ada melalui pembedahan atau rawatan alternatif yang sesuai.yakit
kaedah rawatan
Rawatan Pyometra pada Kucing: Kaedah Konvensional dan Alternatif PS Herbs
Secara umum, terdapat dua kaedah konvensional untuk merawat kucing yang menghidap pyometra.
- Rawatan ubat – biasanya melalui pemberian antibiotik.
- Pembedahan – membuang rahim sekali gus memandulkan kucing.
Pembedahan lazimnya menjadi pilihan utama kerana rawatan ubat sahaja kurang berkesan, terutamanya apabila penyakit sudah berada pada tahap serius. Namun begitu, kos pembedahan yang tinggi (antara RM500 hingga RM800) sering kali menjadi halangan kepada pemilik, menyebabkan ada kucing yang dibiarkan tanpa rawatan.
Rawatan dengan Ubat PS Herbs
Ubat Spray F7 keluaran PS Herbs menawarkan pilihan rawatan yang lebih mudah dan berpatutan. Kos rawatannya hanyalah sekitar RM40.00, jauh lebih murah berbanding pembedahan.
Selain itu, kucing yang sembuh melalui rawatan Spray F7 masih berupaya melahirkan anak, kerana tidak dimandulkan. Keberkesanan ini turut disokong oleh testimoni pengguna.
Cara penggunaan Spray F7
- Semburkan Spray F7 pada bahagian abdomen, kelangkang belakang, hingga ke kawasan punggung dan kemaluan.
- Ulangi rawatan 2–3 kali sehari. Lebih kerap juga dibenarkan kerana ubat ini tidak memudaratkan kucing.
- Jangan pakaikan corong kepala; biarkan kucing menjilat ubat tersebut kerana ia juga berfungsi sebagai rawatan dalaman.
Perhatian:
Dalam beberapa hari pertama rawatan, nanah dan darah akan keluar dengan banyak melalui kemaluan kucing. Ini merupakan simptom yang normal. Selepas itu, pengeluaran akan beransur kurang dan akhirnya kering apabila keadaan kucing semakin pulih.
Tempoh rawatan
Rawatan biasanya mengambil masa 2–3 minggu. Disarankan untuk meneruskan penggunaan selama seminggu tambahan selepas tanda-tanda sembuh kelihatan, iaitu apabila:
- nanah telah kering,
- perut kembali normal (tidak buncit), dan
- kucing kembali cergas.
Langkah ini penting untuk memastikan penyakit benar-benar sembuh sepenuhnya.
Apa kelebihan merawat dengan ubat PS Herbs
Adakah ubat PS Herbs boleh merawat semua jenis pyometra?
Pyometra terbahagi kepada dua jenis:
- Pyometra terbuka.
- Pyometra tertutup.
Setakat ini, PS Herbs hanya mempunyai rekod dan testimoni kejayaan rawatan bagi pyometra jenis terbuka.
Bagi pyometra jenis tertutup, kami masih belum mempunyai bukti atau testimoni yang mencukupi. Oleh itu, PS Herbs tidak dapat mengesahkan keberkesanan Spray F7 untuk kes tersebut.
Share info untuk manfaat ramai
Tawaran jadi stokis PS Herbs. Margin tinggi, risiko tiada.
WhatsApp untuk maklumat lanjut.
