Kudis buta

Kudis buta atau scabies adalah penyakit yang berpunca daripada hama Sarcoptes scabiei. Parasit ini menyodok ke bawah kulit manusia untuk bertelur sehingga timbul bintik merah seperti ruam pada kulit dan gatal.

Mengikut World Heath Organisation (WHO), kudis buta boleh menyebabkan komplikasi yang serius seperti penyakit jantung dan penyakit buah pinggang kronik. Ini kerana luka akibat penyakit ini boleh dijangkiti bakteria yang kemudiannya mengeluarkan toksid dan terserap ke saluran darah sehingga menyebabkan infeksi yang boleh mengancam nyawa.

Tanda tanda kudis buta

Gatal

Simtom penyakit kudis buta yang paling utama ialah rasa gatal dan gatalnya menjadi jadi pada waktu malam. Akibatnya, pengidap kerap menggaru sehingga kulit tercedera dan mudah dijangkiti kuman.

Ruam dan Bintik Merah

Pada peringkat awal jangkitan, kudis buta kelihatan bintik-bintik kemerahan seperti ruam (rashes), benjol atau gelembung berjalur di bawah kulit. Juga terdapat kesan luka kerana digaru.

Bintik merah – seperti ruam.
Simptom penyakit kudis buta - bintik merah dan beralun memanjang kesan sodokan hama bawah kulit.
Benjol memanjang kesan korekan hama
Bercalar atau luka kesan garu.

Bernanah dan ada infections

Jika tidak segera dirawat, jangkitan yang pada asalnya bentuk ruam dan biji gatal kecil akan menjadi lebih serius. Infections yang lebih boleh berlaku sehingga kulit bergelembung air atau bernanah.

Penyakit kudis buta yang telah ada infection bakteria - berkudis dan bernanah
Bernanah kerana infeksi bakteria
Gelembung kecil berair pada kulit.

Jenis penyakit kudis buta

Dari segi klinikal, penyakit kudis buta terbahagi kepada tiga jenis yang utama. Iaitu klasik/tipikal, Nodular dan berkerak (Crusted). Walaupun berbeza jenis, tetapi penyebabnya sama, iaitu Sarcoptes scabiei.

Jenis klasik/tipikal

Jenis klasik adalah yang paling biasa. Ia kelihatan seperti ruam kemerahan dan berjalur kecil kesan korekan hama. Ruam juga ada tanda melepuh (blisters) dan berkuping. 

Penyakit kudis buta tipikal warna kemerahan macam ruam.
Kudis buta tipikal

Jenis nodular

Kudis buta jenis nodular
Berbiji macam nak sembuh tetapi gatal
Kudis buta jenis nodular. Berparut macam nak sembuh, tetapimasih gatal.
Berparut macam nak sembuh, tetapi tidak

Jenis nodular adalah varian kudis buta tipikal. Nodul ini merupakan kesan berpanjangan selepas hama telah lama hilang. Kelihatan seperti yang berwarna coklat kemerahan. Banyak terjadi pada kanak-kanak, namun orang dewasa juga terkena, terutama kawasan kemaluan.

Jenis Berkerak (Crusted scabies)

Kudis buta berkerak atau Norwegian scabies adalah penyakit akibat hama skabis yang sangat banyak. Jenis tipikal hanya ada beberapa ekor hama, tetapi jenis berkerak ada berjuta. Kudisnya tebal berkerak keras, berwarna kelabu. Peliknya, kadang-kadang pesakit tak terasa gatal pun. 

Selalu berlaku pada orang yang ada kegagalan sistem imun seperti ada HIV/AID, penerima rawatan steroids, orang tua, kurang upaya, diabetes atau sedang dalam rawatan chemotherapy.

Penyakit Norwegian scabies sangat mudah berjangkit. Oleh itu pengidap hendaklah segera dirawat untuk mengelakkan wabak skabis dalam masyarakat. Penyakit ini juga sangat bahaya jika dibiarkan.

Penyakit kudis buta jenis berkerak.
Berkuping dan berhabuk
Penyakit kudis buta berkerak terjadi akibat infestasi berjuta-juta hama skabis.
Kudis buta berkerak

(Dipetik dari researchgate.net)

Kawasan Sering dijangkiti Scabies

Walaupun penyakit kudis buta boleh terkena pada mana-mana bahagian badan, tetapi scabies selalunya terkena di pergelangan tangan, siku, celah jari, tapak tangan, kemaluan, punggung, ketiak, punggung, pusat dan payu dara. Kanak-kanak atau bayi pula sering terkena pada kepala, muka, jari, leher, tapak tangan dan tapak kaki.

Penyakit kudis buta di celah jari.
Celah jari
Bahagian belakang juga boleh dijangkiti penyakit kudis buta.
Belakang
penyakit kudis buta dipergelangan tangan
Pergelangan tangan
Lengan
Penyalit kudis buta paa muka kerap berlaku pada kanak-kanak, tetapi sangat jarang pada manusia
Muka
Penyakit skabis pada leher
Leher
penyakit kudis buta pada tapak kaki. Biasa berlaku pada bayi atau kanak-kanan
Tapak kaki
Kudis buta pada seluruh badan. Selalu terjadi pada kanak-kanak
Seluruh tubuh
Penyakit kudis buta pada tapak tangan yang telah ada jangkitan kuman
Tapak tangan

Penyakit Kudis Buta Mudah berjangkit

Kudis buta sangat cepat berjangkit. Hanya 15 atau 20 minit sahaja terdedah kepada hama Sarcoptes scabiei, individu boleh dijangkiti. Misalnya, berpegangan tangan atau memegang objek yang telah dipegang oleh pengidap scabies boleh menyebabkan jangkitan berlaku.

Walaupun mudah jangkit, tetapi simptom hanya akan kelihatan selepas 2 hingga 5 minggu kemudian. Bagi orang yang sudah pernah kena penyakit ini, kesannya lebih cepat, iaitu kira-kira hanya 4 hari kemudian.

Di mana Jangkitan Selalu Berlaku

Jangkitan paling kerap berlaku di kalangan pelajar di asrama, atau di kalangan ahli keluarga yang tinggal serumah, pusat jagaan kanak-kanak atau pusat jagaan orang tua. 

Cara Kudis Buta Berjangkit

Bersentuhan

Jangkitan berlaku melalui sentuhan kulit dengan pengidap penyakit skabis. Misalnya berpegang tangan, tidur bersama atau kerap bersentuhan.

Berkongsi barang/alat

Selain sentuhan, jangkitan juga berlaku melalui perkongsian barangan dengan individu yang dijangkiti, seperti basikal, pakaian, tuala, tilam (tempat tidur), gebar, kusyen, telefon, barang permainan dan lain-lain

Cara merawat penyakit kudis buta

Penyakit scabies perlu segera dirawat untuk elakkan komplikasi yang lebih teruk. Rawatan segera juga penting supaya penyakit tidak berjangkit kepada ahli keluarga atau orang lain. 

Rawat Dengan Ubat Herba PS Herbs

PS Herbs keluarkan ubat Spray H2 dan Krim S3 untuk merawat penyakit scabies. Ubat 100% herba ini sesuai untuk semua peringkat umur. Cara rawatannya mudah dan cepat sembuh. Sila ikut panduan cara merawat kudis buta yang kami disyorkan.

Rawat Dengan Ubat Konvensional

Penyakit kudis buta juga boleh dirawat ubat konvensional. Sila rujuk panduan yang dikeluarkan oleh Kementerian kesihatan untuk maklumat lanjut.

Tempoh rawatan kudis buta

Anggaran tempoh rawatan dengan ubat PS Herbs ialah antara 3 hingga 7 hari. Tempoh lebih panjang jika jangkitan sudah lama dan sudah ada bacterial infection sehingga berkudis dan bernanah.Rawatan Cara konvensional

Mengikut kajian pakar bidang perubatan konvensional, rawatan mula berkesan selepas 2 hingga 4 minggu dan mengikut artikel HealthDirect Goverment Australia, selepas itu, selama 4 hingga 6 minggu lagi untuk hilang sepenuhnya. 

Bolehkah penyakit Kudis Buta Sembuh Sendiri

Biasanya penyakit ini tidak sembuh dengan sendirinya. Jika dibiarkan, hama semakin membiak dan penyakit semakin merebak. 

Panduan Mengendali di Rumah

Elak kontak langsung kulit ke kulit seperti berpegangan tangan, berhimpit atau tidur bersama dengan orang yang berpenyakit kudis buta.

Elak berkongsi barangan seperti pakaian, tuala, cadar, gajet, permainan, tempat duduk, tilam yang digunakan oleh pengidap skabies yang belum dibasuh atau disyaki ada hama.

Hama skabis boleh hidup kira kira 2 hingga 3 hari selepas terjatuh dari badan. Jadi elok ambil langkah untuk elak diri daripada jangkitan kembali.

Benda yang tak boleh dibasuh, seperti tempat tidur dan perabut perlu dibersihkan dengan pencuci hampagas berkuasa tinggi dan bag pencuci terus dibuang selepas guna.

Alat vacuum hendaklah dicuci dengan bleach dan air panas.  Bleach dan air panas juga boleh digunakan untuk cuci permukaan yang disyaki ada hama skabis.

Ahli keluarga atau kontak rapat yang tinggal sebumbung dan bergejala perlu dirawat serentak. Jika tidak, kemungkinan belaku jangkitan silang sehingga hama sentiasa ada dan penyakit tidak sembuh.

Masukkan barang yang tidak boleh dicuci ke dalam beg plastik bertutup selama sekurang-kurangnya tujuh hari agar hama dan telurnya mati.

Basuh semua cadar, bantal dan sarung bantal, selimut, tuala serta pakaian yang dipakai orang dijangkiti dengan air panas antara 50 – 60 darjah Celsius. Keringkan pada suhu panas.

penyakit Kudis buta pada haiwan

Selain manusia, haiwan juga boleh dijangkiti penyakit kudis buta. Antara haiwan yang kerap dijangkiti adalah kucing, anjing dan arnab.

Walaupun nama penyakit sama, tetapi penyebabnya berbeza. Kudis buta kucing misalnya disebabkan hama Notoedres cati  sementara anjing disebabkan hama canine scabies atau sarcoptic mange. Dengan itu penyakit scabies haiwan berbeza dengan scabies manusia. 

Kudis buta atau kurap mange kucing
Kudis buta pada anjing
Kudis buta pada anjing

Bolehkan penyakit kudis buta haiwan Jangkit Kepada Manusia

Hama scabies haiwan boleh hinggap pada manusia, tetapi tidak boleh membiak dan bertahan lama. Ia akan mati dalam masa dua tiga hari selepas masuk ke badan manusia. Namun, kulit sempat merah atau gatal sebelum hilang beberapa hari kemudian. 

Biasanya tidak bermasalah bagi kebanyakan orang. Tetapi bagi kanak-kanak atau bayi atau mereka yang berkulit sensitif, mungkin ada komplikasi jangkitan bakteria. 

Ambil perhatian bahawa walaupun tidak jangkit, tetapi jika kerap bersentuhan dengan haiwan yang ada scabies maka simptom penyakit akan berterusan. Ini boleh membawa kepada jangkitan bakteria atau radang kulit. Sebaiknya ambil langkah mengelak sentuhan dan segera rawat haiwan berkenaan. 

Scroll to Top