Mengatasi Jantung Tersumbat

Dia Mari Tetei-Tetei

Pada 1 Jan 2019 saya ambil daun kayu berhampiran satu kompleks membeli belah di Kota Bharu. Sedang saya melerai dan mengumpul daun, seorang lelaki langsing datang tetai-tetei di tempat saya bekerja. Akhirnya kami berkenalan dan berborak. Rupanya dia peminat ubatan tradisional.

Nama dia Mahat atau nama glemer dia Speii, berumur 67 tahun, tinggal di Tumpat, kelantan. Masa mudanya, bekerja sebagai jaga di FAMA pada waktu malam dan sebagai pembaik boat nelayan pada waktu siang.

Mahat atau nama glemor dia Speii. Berkata dia kena sakit Jantung Tersumbat. yang di sahkan oleh doktor USM

Saya tertarik mendengar kisah macam mana dia telah bebas daripada sakit jantung tersumbat. Ceritanya itu disahkan benar oleh anak perempuannya yang kebetulan ada bersama ketika itu. Speii kata Dr USM sahkan dia kena sakit Jantung Tersumbat.


Kena Sakit Jantung

Sambil berborak, penuh seguni daun ubat

Mengikut ceritanya, 15 tahun dahulu, dia telah kena serangan jantung dan dibawa ke hospital Tumpat, tetapi terus dikejarkan ke hospital USM Kubang Krian kerana keadaannya kritikal.
Dia berada di sana beberapa hari dan dipakaikan toping oksijen. Doktor ada memberi tahu bahawa keadaan sakitnya teruk dan perlu dibedah, tetapi dia meminta kebenaran untuk pulang. Doktor hanya lepaskannya balik apabila dia tanda tangan surat untuk ambil risiko sendiri atas tindakannya.
Sekarang, setelah 15 tahun berlalu, dia tiada menghadapi masalah penyakit itu lagi. Dia telah berjumpa dengan doktor untuk menilai keadaannya dan disahkan bebas daripada penyakit berkenaan.


Petua Rawat Sakit Jantung Amalannya

En Speii kata,  beliau makan bawang putih yang telah direndam dalam cuka nipah satu atau dua ulas setiap dua hari dan kadang-kadang seulas sehari. Berikut pula cara penyediaan bwang putih tersebut:

  • Ambil beberapa labu bawang putih, buang kulit.
  • Toreh (potong memanjang) bawang putih, tetapi tidak sampai terbelah. Tujuannya untuk membolehkan cuka nipa mudah serap ke dalam bawang)
  • Rendam bawang putih dalam cuka nipah dalam bekas tertutup.
  • Selepas seminggu bawang putih bolehlah mula dimakan. Bawang ini boleh dibiarkan lama terendam. Ambil ulas yang hendak dimakan sahaja.
  • Permulaan bulan pertama, makanlah seulas selang sehari. Kemudian sehari seulas atau dua ulas selang sehari.
  • Cuka yang digunakan boleh digunakan semula walaupun pun warna mungkin sudah bertukar kekuningan. Tambah cuka jika tidak cukup untuk tenggelamkan bawang.

Itu sahaja petua dia. Boleh amal makan sokmo pung tambahnya.. 🙂

Nota:
1. Saya telah buat semakan kepustakaan tentang kegunaan atau khasiat bawang puteh, didapati memang benar, bawang puteh baik untuk jantung dan perjalanan darah.

2. Cuka Nipah (Nypa fruticans Vinegar): setakat ini saya belum jumpa kajian scientific yang mengaitkan kegunaan cuka nipah untuk merawat jantung secara khusus.

Scroll to Top