setawar kampung digunakan untuk menjaga suhu badan

Setawar Kampung

Kelebihan utamanya terletak pada sifat penyejuk badan dan kemampuannya meredakan demam panas, menjadikan ia penawar semulajadi yang popular. Selain itu, daunnya yang tebal dan berisi kaya dengan ciri-ciri anti-inflamasi, antibakteria, dan penyembuh luka, menjadikannya sangat efektif untuk merawat pelbagai masalah kulit seperti ruam, bisul, luka terbakar, dan lebam. Pokok ini juga dimanfaatkan untuk melegakan masalah pernafasan seperti batuk dan asma, serta membantu dalam pencernaan dan mengatasi sembelit.

Setawar Kampung Baca selanjutnya»

Kermak putih mempunyai khasiat anti mikrob yang baik

Pokok Kermak Putih

Dalam perubatan Melayu, kermak putih dikenali sebagai tumbuhan pelbagai guna seperti untuk melancarkan pencernaan, menurunkan tekanan darah, menyejukkan badan serta tonik kesihatan bagi wanita. Ia juga sering dijadikan sebagai sayuran kampung. Tumbuhan ini mempunyai sifat anti radang, anti mikrob Dan pelindung hati.

Pokok Kermak Putih Baca selanjutnya»

Pokok Kermak Merah

Dalam amalan tradisional Melayu, pokok ini dijadikan ulam dan sering dimakan untuk melancarkan peredaran darah, menurunkan tekanan darah, dan sebagai herba sokongan bagi wanita lepas bersalin. Ia juga kadang-kadang digunakan dalam mandian herba untuk menyegarkan tubuh.

Pokok Kermak Merah Baca selanjutnya»

Daun jarak mempunyai banyak manfaat

Daun Jarak

Walaupun dikenali sebagai tumbuhan beracun, penggunaannya dalam dos yang betul mampu memberikan manfaat kesihatan yang luar biasa. Selain kegunaan perubatan, daun jarak juga digunakan dalam bidang pertanian dan industri, termasuk sebagai bahan bakar bio.

Daun Jarak Baca selanjutnya»

gelang pasir mempunyai banyak khasiat dan dijadikan minuman teh herba

Gelang Pasir

Dalam perubatan tradisional, gelang pasir digunakan sebagai penyejuk badan, rawatan masalah pencernaan dan anti radang. Ia kaya dengan asid lemak omega 3, vitamin A C dan E serta mengandungi sifat anti bakteria dan anti oksidan.

Gelang Pasir Baca selanjutnya»

Serai digunakan untuk merawat sistem pencernaan

Serai

Selain menambah aroma dalam masakan, serai juga kaya engan sebatian bioaktif seperti citral, yang mempunyai sifat antibakteria, antiradang dan antioksidan. Dalam perubatan tradisional, serai digunakan untuk meredakan masalah pencernaan, mengurangkan tekanan darah dan sebagai penenang semula jadi

Serai Baca selanjutnya»

Daun moringa dikatakan mampu untuk mengawal berat badan

Daun Moringa

Daun kelor atau nama saintifiknya Moringa oleifera merupakan tumbuhan yang mampu merawat masalah kekurangan nutrien dalam badan kerana bersifat antioksidan dan kaya dengan pelbagai nutrisi. Daun moringa mempunyai sifat antimikrob dan antibakteria yang dapat melawan jangkitan. Ia berkesan terhadap kulat yang menyebabkan jangkitan pada kulit dan bakteria yang bertanggungjawab untuk jangkitan saluran darah dan kencing serta masalah penghadaman.

Daun Moringa Baca selanjutnya»

Lidah buaya sesuai untuk kegunaan luaran

Lidah buaya

Lidah buaya dikenali sebagai tumbuhan ajaib kerana kandungan penyembuhan yang terdapat dalam tumbuhan ini, Tumbuhan ini juga salah satu tumbuhan yang utama dalam sejarah penggunaan dadah kasar atau dadah mentah dan masih digunakan secara meluas dalam ubatan moden masa kini. Ia mampu melegakan luka dan kesan terbakar pada kulit.

Lidah buaya Baca selanjutnya»

terung kemar mempunyai permukaan daun yang berbulu

Terung Kemar

Menggunakan terung kemar boleh memberikan kelegaan kepada mereka yang mempunyai masalah resdung. Selalunya, bahagian ubinya yg mempunyai khasiat yang banyak dan dikatakan mampu untuk merawat masalah demam, senggugut dan buasir. Tumbuhan ini mudah ditemui menjadikan ia sebagai alternatif kepada rawatan yang sedia ada.

Terung Kemar Baca selanjutnya»

Pokok ini selalunya dijadikan pokok hiasan

Pokok Hati-Hati

Kegunaan pokok hati-hati dahulu banyak diamalkan oleh penduduk kampung secara tradisional. Daun pokok ati-ati boleh digunakan untuk merawat batuk terutamanya untuk orang dewasa. campuran daun ati-ati, daun inai, daun jambu batu dan akar tutup bumi yang direbus hingga mendidih dan diminum airnya dimana ia dipercayai ia boleh mengecutkan rahim bagi wanita baru bersalin.

Pokok Hati-Hati Baca selanjutnya»

Daun lemba mempunyai banyak khasiat

Lemba

Pokok Lemba mengandungi pelbagai khasiat antaranya bahagian akarnya dikatakan mampu mengubati sakit ginjal atau buah pinggang, menguatkan fungsi badan, mengatasi sakit kepala, sakit perut dan ulser mulut. Buah lemba yang manis dikatakan boleh dimakan oleh pesakit kencing manis (diabetis), mengubati demam malaria, batuk, bengkak, melawaskan kencing dan sebahagian dari ramuan ubat periuk wanita selepas bersalin.

Lemba Baca selanjutnya»

ubi kayu mempunyai pelbagai khasiat kepada kesihatan

Ubi Kayu

Bukan setakat ubi kayu, pucuknya juga turut imakan dan digunakan dalam oerubatan tradisional. Pucuk ubi kayu digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat demam, sakit kepala, buasir dan sakit sendi.

Ubi Kayu Baca selanjutnya»

Scroll to Top