Ubi Kayu

Ubi kayu masih tidak dilupakan dan sering digunakan di dalam pembuatan produk makanan seperti tepung ubi, makanan ringan berasaskan ubi dan pembuatan kuih tradisional. Pucuk ubi kayu sering dijadikan ulam dan boleh dianggap sayur yang tinggi dengan pelbagai nutrient seperti vitamin A dan C. Ia membantu mengurangkan keradangan, mencegah dan merawat cirit birit, menguatkan sistem imun.

Klasifikasi

Family: Euphorbiaceae

Genus: Manihot

Species: Esculenta Crantz

Nama Saintifik

Manihot esculenta Crantz

Nama lain

Ubi kayu

habitat

Tumbuhan ini selalunya ditanam di kawasan kering dan dijadikan sumber makanan

sifat

Tumbuhan renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 5 m. Ia mempunyai akar berbentuk tubular, isi berwarna putih.

Batang atau dahan mempunyai kesan tinggalan daun, permukaan glabrus. Daun tersusun secara berpilin, berbentuk palmat, mempunyai 3-9 lobus, tepi daun licin, hujung daun akuminat, permukaan bawah daun glaukus.

Tangkai daun panjang, stipul berbentuk segi tiga lanseolat, bersifat kadukus. Jambak bunga pada terminal, jenis rasem. Kaliks bunga berwarna kekuningan.

Buah berbentuk globos dan bersayap enam.

cara pembiakan

Keratan batang

Pucuk ubi kayu selalu dijadikan sebagai ulaman
Ubi kayu merupakan suber karbohidrat yang baik

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Berdasarkan kajian dan penemuan, ubi kayu merupakan makanan yang kaya dengan sumber kalsium. Kalsium adalah sejenis mikronutrisi yang penting untuk tubuh badan kita terutamanya dalam menjaga kesihatan tulang. Selain itu, kalsium juga penting untuk pengecutan otot, kesihatan sistem kardiovaskular, dan terlibat dalam pembekuan darah.

Kandungan kalium juga mampu untuk menyebabkan salur darah untuk mengembang lalu mengelakkan peningkatan tekanan darah.

Ia merupakan salah satu makanan yang mengandungi Kanji-tahan (resistant starch) di mana kanji ini dilihat mampu untuk meningkatkan sensitiviti insulin, menurunkan paras gula di dalam darah, mengurangkan selera dan baik untuk penghadaman.

Kandungan zat besi yang tinggi dalam daunnya dikatakan mampu membantu ibu hamil mengelakkan anemia. Seperti yang dilaporkan oleh Health Benefit Times, daun ubi kayu mengandungi tahap folat (vitamin B9 dan folacin) dan vitamin C yang tinggi.

Kajian yang telah dijalankan oleh pakar sebelum ini menunjukkan daun ubinya membantu merawat strok. Hal ini kerana, daun ubi kayu mempunyai isoflavon iaitu antioksidan yang membantu mengikat radikal bebas.

Ingredien Aktif

Kandungan bahan aktif ialah flavonoid, tannin, terpenoid

Farmakologi Tradisional Pucuk Midin

Bukan setakat ubi kayu, pucuknya juga turut imakan dan digunakan dalam oerubatan tradisional. Pucuknya digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat demam, sakit kepala, buasir dan sakit sendi.

Pucuknya juga berkhasiat dalam membantu mencegah cirit birit. Ia dikatakan mengurangkan pengumpulan cecair dalam usus.

Pemakanan pucuk juga dikatakan dapat membantu menguatkan sistem imun. Masyarakat juga menggunakan pucuk ubi kayu untuk penjagaan kulit. Mereka juga percaya pucuknya dapat mengutkan tulang dan mengelakkan tulang retak.

Masyarakat melayu selalunya mengamvil ekstrak daun ubi kayu untuk menurunkan suhu badan. Ia dikatakan standing dengan kesan yang ditunjukkan oleh ubat paracetamol.

Cara guna (perubatan traditional)

Melegakan cirit birit

Rebus tujuh helai daun ubi kayu bersama 4 cawan air sehingga berbaki 2 cawan. Air rebusan perlu diminum dua kali sehari untuk menyembuhkan cirit-birit.

Menambah selera makan

Ramuan daun itu perlu dicampur bersama halia dan hendaklah diminum setiap pagi selepas bangun tidur.

Menyembuhkan luka

Dengan sedikit gel aloe vera, masukkan beberapa helai daun ubi kayu yang telah dihancurkan dan jadikan pes, pes ini hendaklah disapu pada luka.

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat hari ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top