Kucing Galak

Keseluruhan pokok kucing galak bermula dari daun, buah dan akarnya amat berguna dalam perubatan yang boleh digunakan bagi merawat asma, batuk dan bronkaitis. Jika diamalkan memakan pucuknya, ia dikatakan boleh menambah tenaga.

Kucing Galak Baca selanjutnya»

kucing galak mempunyai pelbagai khasiat

Pokok Memali

Cecair daripada daun pokok memali yang ditumbuk sehingga lumat digunakan untuk merawat luka dengan menyapu cecair ke bahagian luka tersebut. Akar memali juga merupakan ramuan campuran antara beberapa jenis herba lain seperti pucuk buluh, akar dan duri buah mengkuang tikus, akar rumput senayan halus, daun dan akar pokok mempelas kasar dan akar daun tepus kerai yang direbus bersama-sama kemudian diminum boleh merawat penyakit batu karang.

Pokok Memali Baca selanjutnya»

Pokok memali banyak digunakan dalam rawatan luka

Kundur

Tanaman kundur di Malaysia bukan menjadi tanaman yang popular kerana ia kurang permintaan dipasaran domestik. Antara sebab petani tidak suka menanam kundur adalah kerana tidak ada jaminan pasaran dimana buah kundur mahu dijual. Halwa kundur antara bahan sesuai digunakan untuk merawat sakit kuning kepada bayi yang baru lahir.

Kundur Baca selanjutnya»

Buah kundur sering digunakan sebagai minuman kesihatan

Kulit Lawang

Kulit lawang sering dijadikan rempah untuk menyedapkan masakan sama seperti kulit kayu manis dan juga bunga cengkih. Bagi masyarakat Melayu, bunga lawang digunakan untuk menumis, menambah aroma masakan seperti nasi minyak, sup berempah dan beriani. Dipercayai bunga lawang mampu melegakan radang selsema dan batuk.

Kulit Lawang Baca selanjutnya»

Bunga lawang yang masih muda

Hempedu Bumi

Perubatan herba kini menjadi salah satu cara untuk menjamin fizikal dan mental secara optimum dimana refleksi tentang daun hempedu bumi telah terbukti mempunyai banyak kemanisan selepas kepahitannya. komponen yang ada pada daunnya dapat memajukan aliran hempedu dan memperbaiki fungsinya.

Hempedu Bumi Baca selanjutnya»

Hempedu mempunyai banyak khasiat perubatan

Bonglai

Daun bonglai yang direbus boleh dijadikan minuman untuk menghilangkan ubat demam, sakit urat, menambahkan selera dan ia juga boleh digunakan untuk mengubat luka. Kulitnya juga boleh dijadikan ubat sakit hepatitis.Daunnya yang ditumbuk lumat boleh ditampal didahi dan pelipis untuk menghilangkan sakit kepala.

Bonglai Baca selanjutnya»

Bonglai mudah dijumpai di kawasan terbuka
Scroll to Top