Kulit Lawang

Kulit lawang adalah rempah yang tidak asing lagi bagi masyarakat di negara ini. Rempah ini banyak digunakan dalam pelbagai masakan. Bunga lawang banyak digunakan dalam penghasilan produk seperti ubat gigi, sabun, ubat cuci mulut, krim kulit dan banyak lagi. Ia tinggi dengan kandungan antioksidan yang bermanfaat untuk mencegah kerosakan sel-sel dalam badan. Kajian awal menunjukkan potensi bunga lawang dalam merawat penyakit kencing manis.

Klasifikasi

Family: Lauraceae

Genus: Cinnamomum

Species: Javanicum Blume

Nama Saintifik

Cinnamomum javanicum blume

Nama lain

Raja meroyan (Pahang), kulit lawang kecil, kura bengkak, teja, medang kayu manis, karak bengkah, kayu kapur,lawang kecil

habitat

Boleh dijumpai di hutan jenis pamah dan bergunung. Di Semenanjung Malaysia, pokok ini direkodkan dijumpai di negeri Kedah, Perak, Pahang, dan Johor.

sifat

Pokok bersaiz sederhana dengan ketinggian mencapai 21 m. Akar pokok atau banir mencapai ketinggian 1 m.

Batang pokok berwarna kelabu, licin, berlentisel. Getah sap berwarna kuning. Dahan atau ranting berwarna keperangan dan berbulu baldu.

Daun tersusun secara setentang, berbentuk oblong dan eliptik, hujung berbentuk atenuat, pangkal jenis kuneat, berbulu tebal, permukaan bawah berbulu baldu, dan mempunyai tiga urat utama. Tangkai daun panjangnya 1-2 cm dan berbulu baldu. Peruratan timbul dengan kehadiran intramarginal yang jelas. Urat tertier jenis skalarifom, timbul dengan jelas pada bahagian bawah dan tenggelam pada permukaan atas daun.

Jambak bunga pada terminal,jenis panikel, dan berbulu baldu. Bunga berwarna putih kekuningan.

Buah berbentuk ovoid dan separuh bahagian bawah dilitupi bulu.

cara pembiakan

Keratan batang dan biji

bunga lawang mempunyai pelbagai khasiat
Bunga lawang sering dimasukkan dalam masakan

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Dalam kajian yang dijalankan, bunga lawang merupakan sumber utama kepada asid syikimik yang digunakan dalam menghasilkan ubat antivirus influenza A dan influenza B.

Bunga lawang mempunyai sebatian-sebatian antioksidan seperti kuersetin, anetol, asid galik, terpineol, katekin. Ia mampu mencegah atau melambatkan kerosakan sel dalam badan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Terdapat juga laporan kajian mengenai minyak pati rempah ini menunjukkan aktiviti antivirus terhadap HPV-a iaitu virus yang boleh menyebabkan jangkitan di mulut dan kemaluan.

Pengkaji dari Universiti Korea mendapati ekstrak bunga lawang berkersan untuk melawan kulat jenis Candida albicans. Ia bersifat antikulat. Dikaitkan sebagai antibiotik semulajadi kerana rempah ini mampu untuk melawan bakteria-bakteria yang rintang terhadap ubat. Ia berkesan untuk merawat jangkitan saluran kencing yang disebabkan oleh beberapa bakteria.

Anetol yang terdapat dalam rempah ini mempunyai ciri-ciri antiradang.  Kajian banyak dijalankan ke atas haiwan. Ia masih di peringkat awal dan memerlukan kajian-kajian lanjut untuk mengetahui kesannya terhadap manusia. Anetol juga memainkan peranan penting dalam mengawal paras gula dalam darah.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti kuersetin, anetol, asid galik, terpineol, katekin

Farmakologi Tradisional Kulit Lawang

Satu kelebihan utama bunga lawang telah dimanfaatkan sejak beribu tahun lagi adalah sifat antivirus rempah ini. Ia disebabkan oleh terdapatnya kandungan asid syikimik yang diketahui digunakan dalam penhasilan ubat untuk merawat virus iaitu Tamiflu.

Sekiranya mengalami gangguan perut seperti kembung dan sembelit, digalakkan untuk minum minyak bunga lawang bersama air hangat di pagi hari untuk melancarkan penghadaman. Jika mengalami luka kecil, ia mampu mengurangkan kesakitan dan menyembuhkan luka itu.

Ia juga berfungsi sebagai pencegah nyamuk secara semula jadi. Ia turut dikatakan berkesan untuk mengurang sakit gigi yang berlubang di samping mampu mengatasi bau mulut yang kurang menyenangkan. Masyarakat tradisional juga menggunakannya bagi meredakan sakit kepala dan mengurangkan stress.

Cara guna (perubatan traditional)

Masalah urat saraf

Akar kulit lawang kecil dijadikan satu daripada ramuan dalam penyediaan air rebusan akar kayu. Air rebusan diminum tiga kali sehari (Pahang).

Melegakan kebas

Akar kulit lawang kecil dijadikan satu daripada ramuan dalam penyediaan air rebusan akar kayu. Air rebusan diminum tiga kali sehari (Pahang).

Penjagaan bagi ibu selepas bersalin

Akar kulit lawang kecil bersama dengan akar ganda rusa dicampur bersama sekecut belimbing, meroyan sisik,akar meroyan panas, akar pecah belah, sehingga mendidih.Air rebusan diminum sebanyak tiga kali sehari sehingga tamat tempoh berpantang (Pahang).

Melancarkan peredaran darah

Akar kulit lawang kecil dijadikan satu daripada ramuan dalam penyediaan air rebusan akar kayu. Air rebusan diminum tiga kali sehari(Pahang).

Penjagaan kesihatan dalaman wanita

Akar kulit lawang kecil dijadikan satu daripada ramuan dalam penyedian air rebusan akar kayu. Air rebusan diminum tiga kali sehari (Pahang).

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat hari ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top