Bonglai

Penjagaan kesihatan menggunakan herba sering diamalkan oleh lapisan masyarakat. Ilmu turun temurun tentang di kalangan orang tua tentang khasiat yang ada dalam pokok herba menjadikan ia sebagai pilihan untuk tujuan rawatan kesihatan. Pokok bonglai juga mempunyai banyak manfaat kesihatan antaranya melegakan sakit sendi, merawat buasir, merawat kayap.

Klasifikasi

Family: Zingiberaceae

Genus: Zingiber

Species: Montanum (J.Koenig) Link ex A.Dietr

Nama Saintifik

Zingiber Montanum (J.Koenig) Link ex A.Dietr

Nama lain

Bohlai (Terengganu Perak, Pahang) Bonglai (Johor, Terengganu, Perak, Pahang)

Habitat

Sering dijumpai ditanam di kawasan kampung

Sifat

Tumbuh secara menegak dan mempunyai rizom yang berwarna jingga muda di bahagian dalam dan beraroma kuat. Batangnya mempunyai panjang sekitar 1.2-1.5 m.

Jenis daun ada sesil, tumbuh seara rapat dan padat. Daun runcing hingga ke bahagian hujung daun dan lebar pada bahagian pangkal, ligul berbulu dan pelepah daun glabrus.

Jambak bunga berbentuk silinder-ovat, akut, berwarna hijau keperangan dengan tepi berwarna pucat.

Cara pembiakan

Rizom

Bonglai mempunyai khasiat kesihatan
Rizom bonglai berguna dalam rawatan tradisional

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Laporan kajian yang dijalankan menemui kehadiran bahan aktif zerumbone yang tinggi dalam rizom pokok bonglai. Bahan ini penting bagi aktiviti anti-tumor dan anti-radang. Ia turut dikaji bagi pelbagai aktiviti farmakologi seperti anti-kanser, anti-oksidan, anti-ulser. Banyak bahan aktif lain ditemui seperti kebanyakkan tumbuhan herba seperti flavanoids, alkaloids, steroids.

Ekstrak pokok bonglai menemukan pelbagai aktiviti famakologi seperti anti-mikrobial, anti-oksidan, anti-histaminic.

Minyak pati semulajadi pokok bonglai ada potensi bagi aktiviti anti-bakteria dan juga analgesik.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti flavanoids, phenylbutanoids, terpenes, zerumbone, steroids, saponins, tannins, alkaloids, essential oils.

Farmakologi Tradisional Bonglai

Dalam perubatan tradisional, rizom pokok digunakan untuk merawat sembelit, gastritis, kembung perut, asthma, batuk, radang, luka dan sakit perut. Ia selalu digunakan sebagai tonik dan penambah selera. Ia digunakan secara bersama dengan lada hitam untuk merawat kolera. Minyak rizom digunakan untuk merawat bengkak

Di Malaysia, rizom digunakan untuk rawatan diarrhea, demam, masalah penghadaman.

Cara guna (perubatan traditional)

Merawat kayap

Rizom bonglai digiling dengan jerengau. Sediaan disapuykan pada kayap tiga kali sehari (Johor)

Melegakan sakit sendi

Secekak daun bonglai ditumbuk dengan daun lengkuas dan jerangau. Kesemua bahan dicampur ke dalam minyak dan disapukan pada bahagian yang sakit (Perak)

Melegakan lenguh badan

Rizom bonglai dipotong kecil bersama-sama jerangau, halia sebesar ibu jari, dan tujuh helai daun gandarusa dan dimasak dalam minyak kelapa. Ia dicampur bersama lada hitam dan daun serai wangi untuk mengharumkan minyak. Minyak digunakan untuk urutan (Johor)

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat hari ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top