Temu Lawak

Pokok temu lawak sangat popular dalam masyarakat Jawa oleh kerana mereka menggunakan tumbuhan ini sebagai ramuan utama dalam perubatan tradisional terutamanya jamu. Boleh dimakan bersama herba lain untuk mendapatkan lebih banyak khasiat. Ia boleh diambil samada secara mentah atau direbus. Dinyatakan bahawa pokok ini mampu untuk mencegah hepatitis, membantu pencernaan, gangguan ginjal, jerawat dan juga mampu melambatkan proses penuaan. Perihal kesihatan juga mengatakan pengambilan temu lawak mampu untuk menjaga bentuk badan yang ideal.

Klasifikasi

Family: Zingiberaceae

Genus: Curcuma

Species: Zanthorrhiza Roxb

Nama Saintifik

Curcuma zanthorrhiza Roxb

Nama lain

Temu lawak (Johor, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Perlis, Perak, Terengganu), temu lawas, temu raya.

habitat

Di semenanjung Malaysia, tumbuhan ini biasanya ditanam.

sifat

Sejenis tepus mencapai ketinggian shingga 2 m. Rizomnya bercabang. Warna rizom pada permukaan luar adalah kuning gelap hingga coklat kemerahan. Rizom bahagian dalam berarna jingga hingga jingga kemerahan.

Mempunyai daun yang ringkas, berwarna hijau pekatdengan jalur warna ungu di bahagian tengah pada permukaan adaksial, berbentuk eliptik-oblong hingga oblong lanseolat.

Jambak bunganya tumbuh daripada rizom, braktea berwarna hijau pucat dengan braktea pada bahagian atas jambak bunga (koma) berwarna ungu. Korola berwarna merah pucat dan labelum berwarna kekuningan dengan jalur pada bahagian tengah berwarna kuning gelap.

cara pembiakan

Rizom

temu lawak banyak khasiat antara untuk penyakit kulit
temu lawak sering dijadikan sebagai jamu

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Dalam penemuan hasil kajian yang dijalankan, kompoun bioaktif selalunya berada pada tumbuhan. Menurut kajian, kompaun bioaktif ni berperanan sebagai anti-oksida, anti-hipertensi, anti-kanser dan banyak lagi. Antara kompaun bioaktif yang terdapat pada temu lawak ialah fenolik terdiri daripada terpenoid dan curciminoid yang diekstrak daripada akarnya.

Sumber antioksida yang hadir ialah xanthorrizol. Ia berpotensi untuk memelihara kesihatan sel dan bertindak untuk menghalang pembentukan sel abnormal seperti tumor. Bahan ini bersama curcuminoid juga dipercayai memberi kesan anti radang yang mana ia mampu untuk menyembuhkan luka. Ia mampu untuk mengurangkan punca radang iaitu disebabakan oleh bahan histamin atau serotonin.

Temu lawak juga mengandungi kandungan mineral seperti kalsium dan fosforus. Kedua-dua mineral ini saling bergandingan dalam membentk jisim dan menjaga kekuatan tulang. Jesteru, ia mengelakkan kerapuhan tulang atau osteoporosis.

Bahan aktif yang lain wujud dalam tumbuhan ini ialah terpenoids, phenolic.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti phenolic, terpenoids, xanthorrizol, curciminoid, kalsium, fosforus.

Farmakologi Tradisional Temu Lawak

Dalam rawatan tradisional menggunakan daun temu lawak banyak digunakan untuk mengubati penyakit. Antara penyakit yang sering menggunakan temu lawak ialah kesakitan pada otot, ubat demam, masalah hati dan demam kuning, penyakit batu karang, penyakit kulit, menghilangkan kekejangan, berak berdarah, buasir, batuk, penyakit kencing manis dan juga gastrik.

Di Indonesia, temu lawak banyak dijadikan sebagai ramuan dalam menghasilkan jamu. Ia digunakan pelbagai jenis rawatan seperti sembelit, penyakit hati, sakit perut, kurang selera makan,

Cara guna (perubatan traditional)

Merawat jerawat

Seinci rizom temu lawak dan seinci kunyit hitam dikisar bersama-sama beras yang telah direndam semalaman. Sediaan disapukan sekali sehari, pada waktu malam sehingga jerawat hilang (Selangor).

Melicinkan kulit

Rizom temu lawak ditumbuk sehingga lumat dan kemudiaan disapukan pada bahagian muka. Penggunaannya ialah selama tiga hari (Perlis).

Merawat kurap

Rizom temu lawak dilayurkan pada api, diparut, diperah dan ditapis patinya. Pati dicampurkan dengan sedikit air dan sebiji garam kemudiaan diminum.

Ramuan bedak sejuk

Rizom temu lawak dikisar dan dicampurkan bersama-sama beras yang sudah dikisar dan dikeringkan. Sediaan dicampurkan dengan air untuk disapu pada muka (Kedah).

Meredakan demam kuning

Rizom temu lawak dikisar bersama-sama gula pasir atau gla merah kemudian diminum dua kali sehari (Selangor).

Mengawal tekanan darah tinggi

Rizom temu lawak dijadikan satu daripada ramuan yang diracik halus, disangai dan dikisar sehingga menjadi serbuk. Satu sudu besar serbuk campuran dan satu sudu the asam jawa dilarutkan di dalam air suam dan diminum tiga kali sehari (Johor).

Melegakan sakit pinggang

Rizom temu lawak dijadikan satu daripada ramuan yang dijemur sehingga kering kemudian dipanaskan di dalam ketuhar selama 20 minit pada suhu 1300C. Campuran dikisar menjadi serbuk halus, dimasukkan ke dalam kapsul, dan dimakan dua biji dua kali sehari sehingga sembuh (Pulau Pinang).

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top