Bunga Telang

Sebelum adanya pewarna buatan, bunga telang sangat dominan digunakan dalam memberikan warna dalam masakan seperti nasi kerabu. Bunganya berwarna biru gelap. Ia mempunyai banyak manfaat kesihatan seperti mana yang dilaporkan dalam banyak kajian. Antaranya ialah mengawal berat badan, meningkatkan hidarasi kulit. Di samping itu,  kemampuannya untuk menstabilkan kadar gula dalam darah juga diakui oleh pakar, bunga telang biru juga boleh digunakan untuk mengubati masalah rambut dan kulit.

Klasifikasi

Family: Fabaceae

Genus: Clitoria

Species: Ternatea

Nama Saintifik

Clitoria ternatea

Nama lain

Telang (Johor), kacang telang, bunga biru, kelang

habitat

Pepanjat ini sering dijumpai di kawasan belukar atau berpaut pada pagar.

sifat

Pepanjat herba dengan struktur akar berkayu yang kuat. Batangnya ramping, mencapai 0.5-3 m Panjang, permukaan pubesen hingga glabresen, kadangkala mempunyai pangkal btang yang menegak.

Daunnya jenis majmuk, jenis imparipinat, tersusun secar berselang, mempunyai stipul berbentuk lanseolat. Anak daun tersusun setentang, berbentuk oblong-eliptik, hujung daun berbentuk hampir akut, pangkal obtus, tepi daun hampir licin, pubesen hingga hampir glabrus pada kedua-dua permukaan daun. Tangkai anak daun atau petiol sangat pendek.

Jambak bunga pada aksilari, keluar secara unggal. Bunga berwarna ungu. Petal atas berbentuk obovat, berwarna ungu dengan pangkal kuning-kehijauan dan kedudukan sentiasa menghala ke bawah. Petal sayap dan petal bawah hampir 1/3 panjang daripada petal atas, berbentuk oblong-lanseolat. Kaliks berbentuk tiub, permukaan pubesen dan berwarn hijau.

cara pembiakan

Keratan batang dan biji

bunga telang mempunyai banyak khasiat seperti mengubati sakit mata
Bunga telang sebagai pewarna tiruan

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Menurut kajian yang dimuatkan di dalam Tropical Journal of Pharmaceutical Research, sebuah ujian terhadap tikus yang menghidap diabetes telah menunjukkan keputusan yang positif. Pakar mendapati, setelah mengambil ekstrak bunga telang, kadar gula dalam darah subjek semakin berkurang.

Malah, menurut sebuah kajian yang dijalankan ke atas 15 orang lelaki, pakar mendapati pengambilan teh bunga telang dapat meningkatkan kadar antioksidan dalam darah. Malah, kadar gula dalam darah subjek juga semakin berkurang walaupun teh yang diambil mengandungi gula.

Menurut sebuah kajian pada tahun 2021, ekstrak bunga telang mungkin dapat meningkatkan hidrasi kulit sebanyak 70% selepas penggunaan. Malah, pakar juga mendapati ekstrak bunga biru ini lebih efektif daripada minoxidil, sejenis bahan yang digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan rambut.

Pakar mendapati sejenis bahan yang terkandung di dalam bunga telang iaitu ternatins dapat menghalang proses sintesis lemak dalam badan. Jester, pengambilan bunga telang dikatakan dapat mengawal dan menurunkan berat badan.

Sifat anti-acne daripada sebatian flavanol dan protein membantu merencatkan pertumbuhan mikrorganisma dan menyingkirkan kotoran.

Selain itu, sebatian bioaktif dalam pokok telang seperti protein fintoin ternyata mempunyai kesan amtimikrob yang baik khususnya untuk membunuh bakteria dan kulat.

Sebatian anthocyanin dalam pigmen bunganya didapati memberikan bunga ini berwarna biru.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti ternatins, fintoin, flavanol, protein, anthocyanin.

Farmakologi Tradisional Bunga Telang

Tumbuhan ini digunakan secara tradisional untuk menyembuhkan penyakit berkaitan seksual seperti ketidaksuburan, jangkitan gonoria, membetulkan kitaran menstruasi dan juga menaikkan nafsu seksual.

Terdapat juga kepercayaan bahawa bagi mengelakkan keguguran, batang kacang telang dililitkan pada pinggang perempuan hamil.

Ia juga dipercayai berkhasiat untuk melebat dan menghitamkan rambut.  Di samping mampu untuk mengilatkan rambut dan menyuburkan kulit kepala. Tambahan, ia juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Ia dimasukkan ke dalam bantal dan dijadikan sebagai pelapik.

Air rebusan bunga telang secara tradisionalnya digunakan untuk merawat cirit birit manakala biji kacang telang yang dihancurkan dan dijadikan serbuk yang digunakan sebagai julap untuk mengatasi masalah sembelit. Orang dulu-dulu juga menjadikan bunga telang sebagai ulam untuk makan bersama nasi.

Air rendaman bunga telang juga dikatakan mampu merawat insomnia atau masalah sukar tidur. Untuk mengubati bisul, daun bunga telang yang dihancurkan ditampal pada bahagian bisu.

Di India, ia digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan dipercayai dapat meransang memori.

Cara guna (perubatan traditional)

Penjagaan kesihatan mata

Daun atau buah pokok telang direbus. Air rebusan dijadikan minuman atau boleh digunakan untuk cucuian muka (Johor).

Mengecutkan jerawat

Ambil daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada jerawat. Biarkan selama 30 minit kemudian dibersihkan.

Menyuburkan kulit kepala

Daun bunga telang diramas dalam segayung air. Ia digunakan untuk mencuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tersebut.

Mengurangkan gejala pernafasan dan batuk

Akar bunga telang direbus dan dibiarkan suam untuk dijadikan sebagai minuman teh.

Mengubati sakit mata

Bunga dan daun telang direndam di dalam air bersih. Air rendaman boleh digunakan untuk mencuci mata yang dijangkiti sakit mata.

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat hari ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top