Kacip Fatimah

Secara tradisionalnya, manfaat Kacip Fatimah adalah untuk kesihatan wanita seperti mereka yang mengalami masalah sistem pembiakan (reproduktif), masalah seksual, tekanan dan sembelit. Ia biasanya diproses dalam pelbagai bentuk seperti minuman, kapsul dan serbuk. Teh Kacip Fatimah dengan syampu pencuci rambut adalah penyelesaian untuk rambut yang rosak dan krimnya pula melindungi daripada alergi, ruam dan jerawat.

Klasifikasi

Family: Myrsinaceae

Genus: Labisia

Species:Pumila

Nama Saintifik

Labisia pumila

Nama lain

Selusoh Fatimah, rumput Siti Fatimah, kacit Fatimah, kacip Patimah, pokok pinggang, rumput palis, tadah matahari, mata pelanduk rimba, bunga belungkas hutan, remoyan batu atau Sangkoh.

habitat

Ia boleh ditemui di kawasan hutan hujan tropikal di Malaysia dan Indonesia.

sifat

Sejenis tumbuhan herba renek dengan daun yang sedikit lurus dan berwarna hijau tua. Batang pokok  juga tumbuh tegak, berwarna perang dan mempunyai bekas daun yang dipanggil sebagai parut yang mampu mengeluarkan akar.

Tumbuhan ini akan tumbuh lebih subur di kawasan redup di kawasan tanah lembab dengan menghasilkan rizom atau ‘ubi’ yang boleh dituai setahun selepas ditanam.

cara pembiakan

Keratan batang

Kacip fatimah mampu meningkatkan kesihatan wanita
kacip fatimah banyak digunakan untuk menghasilkan produk hiliran

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Kacip fatimah mengandungi pelbagai komponen yang menjadikan ia berkhasiat kepada sesiapa yang mengamalkannya. Antaranya mengandungi pelbagai jenis fenol termasuklah flavonoids seperti quercetin, myricetin, kaempferol dan catechin.

Ia juga mengandungi beberapa bahan seperti asid askorbik, tocopherols, β-carotene dan carotenoids. Komponen-komponen ini tinggi dengan aktiviti antioksidan dan penting dalam membantu badan untuk melawan radikal bebas

Selain itu, ia juga mengandungi saponin yang mempunyai aktiviti antiradang, antioksidan dan antimikrobial yang boleh membantu mencegah pelbagai jenis penyakit. Di samping itu, ia turut mengandungi fitoestrogen, sejenis estrogen di dalam tumbuhan yang boleh menyeimbangkan hormon di dalam badan.

Kajian telah mendapati bahawa akar, batang, dan daun kacip fatimah mempunyai aktiviti antimikrobial terhadap pelbagai jenis bakteria gram positif dan gram negatif seperti Micrococcus luteus, Bacillus subtilis.

Satu kajian tabung uji telah mendapati bahawa ekstraknya boleh meningkatkan pertumbuhan sel fibroblas kulit setelah didedahkan kepada radiasi ultraviolet (UV) atau radikal bebas yang boleh menyebabkan kemusnahan sel kulit.

Ekstrak kacip fatimah juga didapati boleh mengembalikan semula pro-kologen kulit yang musnah disebabkan oleh radiasi UV. Hal ini kerana kacip fatimah mengandungi bioflavonoid dan asid fenolik yang bagus untuk kesihatan kulit.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti asid askorbik, tocopherols, β-carotene, carotenoids, saponin

Farmakologi Tradisional Kacip Fatimah

Khasiat Kacip Fatimah memang diketahui dikaitkan dengan wanita untuk memudahkan kelahiran bayi dan mengambalikan kesihatan ibu selepas bersalin. Selain itu khasiatnya didakwa dapat menghilangkan masaalah sengugut, pusingan kitaran haid dan membantu mengecutkan rahim selepas bersalin.

Tonik kacip fatimah juga menyembuhkan masaalah cirit birit, buasir,  sakit sendi dan merangsang pengeluaran hormon untuk keseluruhan kesihatan wanita.

Secara tradisionalnya, ia telah digunakan untuk kesihatan wanita bagi menguatkan, ’mengetatkan’ dan menyembuhkan faraj wanita terutamanya setelah bersalin.

Cara guna (perubatan traditional)

Meredakan sakit perut bayi

Hancurkan daun kacip fatimah dan masukkan ke dalam mangkuk yang berisi sedikit minyak masak. Ramas sehingga sebati. Tampal bahan tadi ke perut bayi dan biarkan sehingga kering.

Membetulkan kitaran haid

Ambil sedikit akar kacip fatimah dan beberapa biji manjakani. Rebus sehingga mendidih. Tutup api, masukkan sedikit madu untuk menghilangkan rasa pahit. Minum satu cawan setiap pagi

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat hari ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top