Pokok galak tua

Pokok Galak tua ialah sejenis herba menjalar yang mempunyai ubi yang lembut. Daunnya seakan -akan daun ubi jaga bezanya daun galak tua lebih bulat dan daun ubi jaga lebih lonjong. Ubinya berwarna putih dan bersaiz lebih kurang sebesar pensil dengan panjangnya lebih kurang 1 meter. Ia boleh dikunyah seperti tebu dan mempunyai rasa manis dan pedas. Mengandungi alkaloid stemona. Kegunaan pokok galak tua bagi merawat masalah anemia, keracunan makanan, anemia dan banyak lagi.

Klasifikasi

Family: Convallariaceae

Genus: Peliosanthes 

Species: Teta Andrews

Nama sinonim 

  1. Peliosanthes altissima Donn
  2. Peliosanthes graminea Ridl.
  3. Peliosanthes mantegazziana (Pamp.) Pamp.
  4. Peliosanthes minor Yamam.
  5. Peliosanthes tonkinensis F.T.Wang & Tang
  6. Peliosanthes torulosa Y.Wan
  7. Teta petiolaris Voigt
  8. Teta viridiflora Roxb.

Nama Saintifik

Peliosanthes teta Andrews

Nama lain

Tadah embun (Kedah), derhaka mertua (Pahang), serenget (Perak), akar ratus, akar suntong

habitat

Biasanya tumbuh dan mudah dijumpai di kawasan hutan hingga ketinggian 600 m

sifat

Sejenis herba tahunan dan tumbuh berumpun. Ia mempunyai rizom yang mendatar. Akarnya juga tebal dan mempunyai batang yang pendek. Jambak bunganya pula jenis panikel dan bunga yang dihasilkan tersusun berkelompok dan bewarna ungu.

Daunnya pokok galak tua berbentuk lanseolat-eliptik, hujung daun berbentuk akut-akuminat, dan mempunyai lima urat utama.

Buah pokok galak tua jenis beri dan berbentuk globos. Bijinya juga berbentuk globos.

cara pembiakan

Keratan batang dan biji benih

Pokok galak tua mudah dijumpai di hutan
Pokok galak tua setanding tongkat ali

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Hasil kajian dilakukan pokok galak tua bersifat anti bakteria secara semula jadi dan boleh dijadikan racun serangga organik.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti alkaloids dan flavanoids

Farmakologi Tradisional

Ekstrak daun dan akar pokok galak tua digunakan sebagai mandian (panas) untuk meredakan panas badan. Jus segar yang diperolehi daripada bahagian akar turut digunakan bagi merawat keracunan makanan, demam, selsema.

 

Pokok galak tua juga digunakan untuk masalah anemia, lemah fizikal, mengatasi masalah keasidan badan yang tinggi, gigitan bisa ular dan juga masalah sakit telinga.

Dalam masyarakat Melayu, galak tua digunakan sebagai afrodisiak dan mempunyai khasiat yang sama seperti tongkat ali.

Cara guna (perubatan traditional)

Merawat sakit kelamin wanita

Akar pokok galak tua dibersihkan, direbus sehingga mendidih. Hasil air rebusan diminum dua kali sehari iaitu pagi dan petang selama seminggu

Penjagaan bagi ibu selepas bersalin

Keseluruhan pokok galak tua dibersihkan dan direbus bersama-sama beka, capa, cemumar, gunjak gajah, inai, meringan, pandan dan pisang kelat. Kesemua bahan direbus dengan 1 liter air. Air rebusan diminum pada waktu pagi dan malam.

Penjagaan kesihatan dalam lelaki

Segenggam akar galak tua dicincang dan direbus bersama-sama medang kemangi, meribut, tongkat ali, bujang galak dan pinang geduk sehingga air rebusan menjadi ½ daripada sukatan awal air. Air rebusan diminum dan dijadikan amalan

Merawat buasir

Sejengkal akar galak tua dibasuh dan direbus di dalam periuk. Rebusan diulang sebanyak tiga kali. Rebusan pertama menggunakan 10 cawan air. Rebusan kedua menggunakan 8 cawan air dan rebusan ketiga menggunakan 6 cawan air. Air rebusan diminum apabila suam secawan sehari.

ramuan minyak urut

Galak tua digunakan bersama campuran herba yang lain dalam penyediaan ramuan minyak urut. Semua bahan dibasuh bersih dan dimasak dengan minyak kelapa sehingga menjadi minyak. Minyak digunakan untuk sapuan di kawasan yang sakit.

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan dilaporkan setakat hari ini.

Scroll to Top