pokok kari

Herba yang biasanya ditanam sebagai tumbuhan hiasan dan dijadikan bahan campuran masakan. Pokok kari sangat popular terutamanya bahagian daunnya sebagai bahan campuran dalam penyediaan masakan sayur atau daging kari oleh orang India. Daun yang mempunyai pelbagai khasiat kepada kesihatan antaranya tonik, merawat sakit perut, muntah, merawat radang dan gatal. Mempunyai sifat anti-mikrobial, anti-ulser, anti-oksidan dan banyak lagi.

Klasifikasi

Family:  Rutaceae

Genus: Murraya  

Species: Koenigii (L.) Spreng

Nama Saintifik

Murraya koenigii (L.) spreng

 

Nama lain

Kari, daun kari

habitat

Pokok yang dipercayai berasal daripada India, Sri Lanka dan negara Asia tenggara yang lain. Biasanya ditanam di halaman rumah.

sifat

Pokok yang bersaiz kecil dan mempunyai ketinggian antara 4-5 m. Batangnya pokok kari berkulit nipis, berwarna kelasbu atau keperangan. Susunan daunnya jenis majmuk, tersusun berselang, mempunyai 11-25 anak daun. Anak daun tersusun berselang dan bertentang, berbentuk ovat dan tangkai anak daun berwarna kemerahan.

Pokok kari mempunyai banyak bunga, berwarna putih, berbentuk seperti corong, berbau harum dan terdapat lima petal berbentuk lanseolat.

Buah dihasilkan jenis beri, berbentuk oblong, berwarna hijau semasa muda dan bertukar hitam apabila masak, dan setiap buah mengandungi satu atau dua biji. Biji berwarna hijau gelap dan bersaiz hampir separuh daripada isipadu buah.

cara pembiakan

Keratan batang

Daun kari mempunyai daun yang berbau harum
pokok kari mudah dijumpai dan ditanam

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Kajian yang dijalankan menemui daun pokok kari tinggi aktiviti anti oksidan dan kandungan phenolic. Ia disebabkan kehadiran alkaloids.  Daun pokok kari juga mengandungi tinggi nutrien seperti vitamin A dan vitamin C.

Ia berbau harum dan turut mengandungi proteins, karbohidrat, serat, mineral, oxalic acid dan resin. Kandungan mahanimbine dalam daun kari mengawal kandungan gula dalam badan. Daun kari juga mempunyai aktiviti anti-diarhhea, aktiviti phagocytic, analgesik, anti mikrobial.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti alkaloids, phenolics, glycosides dan flavanoids

Farmakologi Tradisional Pokok Kari

Berdasarkan etnomedicine, pokok kari digunakan sebagai perangsang, mengawal kencing manis,

Di India, tumbuhan ini sangat popular dan digunakan bagi tujuan menggalakkan selera makan dan membantu penghadaman. Daun, akar dan kulit kayu kari digunakan sebagai tonik, meredakan panas badan, dahaga, keradangan, kegatalan. Ia juga berguna dalam leucoderma, gangguan darah, menguatkan gusi dan gigi

Cara guna (perubatan traditional)

Meredakan ruam

Akar kari bersama dengan akar teung pipit dan akar mertajam diikat bersama-sama dan diasah. Serbuk akar dicampurkan sedikit air dan disapukan pada bahagian ruam sehingga sembuh (Kedah)

Merawat kecacingan

Rebus daun kari dengan daun beras pulut sehingga mendidih. Air rebusan digunakan untuk untuk mandian tiga kali sehari dan diamalkan sehingga sembuh (Kedah)

Mandian bagi ibu selepas bersalin

Campurkan dengan rempah ratus dan garam. Rebus selama dua jam. Air rebusn dijadikan mandian dua kali sehari selama tempoh berpantang (Johor)

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan dilaporkan setakat hari ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top