pokok lerek

Pokok lerek banyak tumbuh meliar di kawasan redup di Malaysia. Ia senang untuk dikenali kerana daunnya berbentuk oblong besar dan tumbuh berumpun. Sangat berguna untuk penyediaan makanan tradisi. Ramai tidak tahu, pokok ini juga mempunyai banyak khasiat perubatan.

Orang Melayu mengguna daunnya untuk membungkus makanan kerana bentuknya lebar dan mudah lentur. Seringkali digunakan untuk masak lemang atau nasi dalam buluh. Sangat baik untuk membungkus makanan kerana ia mempunyai properti awet semulajadi. Daunnya yang tidak beracun dan mempunyai khasiat perubatan seperti buasair dan melegakan batuk. 

pokok lerek atau pokok lirek
Bunga pokok lerek atau lirik

Klasifikasi

Family: Marantaceae

Genus: Phrynium

Species: Pubinerve blume

Nama sinonim

  1. Narukila ovata (L.) Farw.
  2. Phrynium capitatum Willd.
  3. Phrynium laoticum Gagnep.
  4. Phrynium malaccense Ridl.
  5. Phrynium philippinense Ridl.
  6. Phrynium pubigerum Blume
  7. Phrynium rheedei Suresh & Nicolson
  8. Phrynium thorelii Gagnep.
  9. Phyllodes capitata Kuntze
  10. Phyllodes pubigera (Blume) Kuntze
  11. Phyllodes pubinervis (Blume) Kuntze
  12. Pontederia ovata L.

Nama Saintifik

Phrynium pubinerve blume

Nama lain

Lirek (Perak)

habitat

Pokok lerek tumbuh merata di Malaysia dan sebahagian besar Asia. Banyak tumbuh meliar di tempat redup di kawasan tanah rendah, bukit yang lembap.

sifat pokok lerek

Mempunyai akar rizom yang mudah merayap. Ia tumbuh berumpun dengan ketinggian antara 1-2 meter. Daun bujur panjang atau oblong, licin, bertangkai panjang dan bulat di pangkalnya. Bunga berbentuk globus dan berwarna kuning atau putih kemerahan. Buah bewarna merah dan biji bewarna kelabu.

cara pembiakan

Biji benih dan rizom

Ladang pokok lerek atau pokok lirek di Vietnam
Ladang pokok lerek di Vietnam - image dari google

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Kandungan utama alkaloids digunakan dalam rawatan anti-diabetes. Tindakan alkaloids dapat menurunkan kandungan glukosa darah dengan cara meningkatkan penghasilan insulin (hormon bagi menurunkan glukosa). Ia turut meningkatkan pengambilan glukosa oleh tisu otot dan tisu adipos. Bagi terpenoid, ia mempunyai kesan kandungan yang sama seperti alkaloid bagi aktiviti anti-diabetes.

Kajian sains menunjukkan pokok ini mengandungi aktiviti antimicrobial yang sesuai untuk mengawet makanan dan dengan itu, sangat berpotensi digunakan dalam industri makanan , pembungkusan dan perubatan.  

Ingredien Aktif pokok lerek

Daunnya mempunyai kandungan alkaloids dan terpenoids yang sesuai untuk antidiebetic

Perubatan etno (ethnomedicinal)

Orang di Sulawesi utara menggunakan jus daunya digunakan sebagai penyembuh luka dan bagi keradangan atau jangkitan pada mata.

Daun juga digunakan sebagai pembungkus makanan supaya tahan lebih lama dan ini konfom dengan dapatan sains yang daun ini ada bahan pengawet semulajadi. 

Cara guna (perubatan traditional)

Merawat buasir

Pokok dibasuh, direbus dan dibiarkan suam sebelum diminum. Proses dilakukan boleh digunakan sehingga tiga kali air rebusan.

Rebusan pertama menggunakan 10 cawan air, 8 cawan air bagi rebusan kedua manakala 6 cawan air bagi rebusan terakhir. Secawan air rebusan diminum bagi setiap kali rebusan.

Sakit telinga

Ambil semua bahagian pokok. Bersihkan dan suamkan (warmed) atas api. Ambil air (sap) yang keluar daripada pokok. Titik ke dalam telinga dua atau tiga titik sekali sehari (pagi)

Rujukan: National Center for Biotechnology Information 

Pembungkusan - natural preservative

Bungkus makanan dengan daun lerek untuk tahan lebih lama. Daunnya berfungsi sebagai  bahan natural food packaging. Mengelak daraipada keracunan makanan

(Rujuk: Xishuangbanna Tropical Botanical Garden (XTBG) )

Kesan sampingan

Tiada laporan mengatakan pokok ini toksid atau bahaya kepada manusia atau haiwan.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 1, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Share

Bacaan Tambahan

Scroll to Top