Pokok Tebu hitam

Pokok tebu merupakan sumber utama produk bagi menghasilkan gula. Rasanya sangat manis. Namun begitu, ia kurang sesuai diambil terlalu banyak bagi mereka yang mempunyai masalah kesihatan terutama kencing manis. Sama seperti pokok tebu yang lain, pokok tebu hitam pada luaran berbeza disebabkan oleh warnanya yang hitam. Ia kurang manis sedikit berbanding dari tebu biasa. Dalam rawatan tradisional, pokok tebu ini digunakan untuk meningkatkan kesuburan, mengeluarkan uri yang tertinggal dalam rahim, menyejukkan badan, ramuan minyak urut, meredakan demam kuning dan juga untuk mengawal tekanan darah rendah.

Klasifikasi

Family: Poaceae (Gramineae)

Genus: Saccharum

Species: Officinarum

Nama Saintifik

Saccharum officinarum

Nama lain

Tebu hitam (Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Pulau Pinang, Selangor, Perlis).

habitat

Biasanya ditanam di kawasan rumah.

sifat

Sejenis rumput, tumbuh berumpun, boleh mencapai ketinggian 2-6 m. Batangnya tumbuh tegak, keras, mencapai 20-45 mm diameter, ruas batang keras, kulit batang berwarna ungu, mempunyai lapisan berwarna putih keabu-abuan pada batang terutama ketika masih muda.

Daun berbentuk linear atau lanseolat, mencapai panjang hingga 1.5m, hujung daun akuminat, permukaan glaukus, tulang daun menonjol. Daun tidak bertangkai, mempunyai pelepah dan helaian daun sahaja. Pelepah daun memeluk batang, dan pada aksilari daun terdapat mata tunas.

Jambak bunga pada terminal, jenis panikel besar dengan hujung setiap cabang jenis rasem. Bunga mempunyai dua lodikul, berbentuk kuneat, permukaan glabrus dan mempunyai tiga anter.

cara pembiakan

Keratan batang dan biji benih

Pokok tebu hitam merupakan sejenis rumpai
Warna tebu hitam berbeza dengan tebu biasa yang selalunya berwwarna kuning

Penemuan dan kajian saintifik/akademik

Berdasarkan kajian yang dijalankan, senduduk bulu turut sama menghasilkan tannin seperti mana senduduk yang lain. Ia menjadi penyumbang kepada rasa masam.

Gula tebu hitam dengan teknologi nano mempunyai indeks glisemik (GI) yang lebih rendah berbanding gula biasa. Jesteru, indeks GI yang rendah mampu menurunkan aras kolesterol badan. Ia boleh mengelakkan serangan jantung.

Tebu mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi. Ia penting bagi mengelakkan daripada berlakunya kerosakan sel di dalam badan disebabkan oleh radikel bebas yang mana boleh menyebabkan kanser.

Ia turut mempunyai sifat anti radang dan anti septik. Anti septik penting dalam memperlahankan pertumbuhan mikrorganisma seperti kulat dan bakteria.

Ingredien Aktif

Ingredien aktif wujud seperti flavones, hyroxycinnamic, caffeic and sinapic acids.

Farmakologi Tradisional Pokok Tebu Hitam

Dalam rawatan tradisional, ia menggunakan air tebu hitam untuk melegakan batuk secara semulajadi. 

Di India, fungsinya digunakan untuk merawat penyakit kuning, pendarahan, menjaga kesihatan kulit, dapat mengurang tanda penuaan. Ia turut dikaitkan dapat menjaga kepadatan tulang, mengatasi gangguan tidur disebabkan oleh kemampuan untuk menyeimbangkan hormone stress yang dihasilkan oleh badan.

Pengambilan tebu hitam juga mampu mengurangi ketengangan pembuluh darah, mengelakkan serangan jantung dan strok. Tambahan, ia juga mampu meningkatkan sistem kekebalan tubuh dan juga fungsi ginjal. Dalam masyarakat melayu, ia digunakan untuk menggantikan gula putih yang mempunyai pelbagai keburukan kepada kesihatan.

Di Indonesia, ia mampu membersihkan gigi secara alami dan memperkuatkan gigi dan gusi.

Cara guna (perubatan traditional)

Mengawal tekanan darah rendah

Dua ruas batang tebu hitam dibelah kepada empat bahagian dan direbus dengan air yang mencukupi. Air rebusan diminum tiga kali sehari sehingga tekanan darah beransur pulih (Pahang).

Mengawal aras glukosa dalam darah

Seruas batang tebu hitam dikikis miangnya tanpa membuang kulit dan direbus bersama-sama tujuh biji kurma. Air rebusan diminum sekali sehari. Ramuan boleh diulang rebus dan diminum sehingga air rebusan menjadi tawar (Pahang).

Rawatan komplemen kepada masalah buah pinggang

Batang tebu hitam dibersihkan, dibuang kulit, diperah atau digigit untuk mendapatkan airnya, dan diminum (Kelantan).

Mengeluarkan uri yang tertinggal dalam rahim

Seruas batang tebu hitam direndam di dalam air panas dan diminum oleh wanita selepas bersalin secawan untuk mengeluarkan uri yang tertinggal di dalam rahim.

Meredakan demam kuning

Cara 1

Dua hingga tiga ruas batang tebu hitam diperah patinya dan dicampurkan dengan ½ cawan susu kambing segar. Sediaan diminum tiga kali sehari sehingga sembuh (Kelantan).

Cara 2

Batang tebu hitam direbus bersama-sama kundur, beras, barli, dan gula batu. Air rebusan diminum dua kali sehari sehingga sembuh (Kelantan).

Penjagaan bagi ibu selepas keguguran

Tiga ruas batang tebu hitam dan kulit Nangka sebesar tapak tangan pesakit direbus. Air rebusan diminum satu cawan sehingga sembuh (Johor).

Kesan sampingan

Tiada kesan sampingan yang dilaporkan setakat ini.

Sumber Rujukan

Khazanah Perubatan Melayu Tumbuhan Ubatan, Jilid 2, Nik Musa’adah Mustapha et al., Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)

Scroll to Top