Pepulut

Bahagian akar dan biji tanaman herba ini antara bahagian yg digunakan dalam manfaat tradisional. Ia mempunyai banyak khasiat dalam rawatan tradisional seperti rawatan sakit gigi dan juga retak tulang. Khasiat lain dalam rawatan tradisional menggunakan pokok pepulut seperti luka, radang dan masalah kulit sensitif.

Pepulut Baca selanjutnya»

Pokok pepulut mempunyai dua jenis

Ketum

Sebut kata air ketum, ia menjadi plihan kepada penggemarnya kerana dikatakan mampu mendatangkan ketagihan seperti mana dadah. Ia banyak disalahgunakan walaupun ia dikatakan mempunyai banyak manfaat terutama bagi rawatan tradisional. Ia mampu mengurangkan sakit pinggang dan sendi. Orang zaman dahulu sering merebus airnya untuk diminum.

Ketum Baca selanjutnya»

Ketum juga mampu menjadi sumber rawatan kesihatan

Beka

Selain buah dan pucuknya yang digunakan untuk masakan, terdapat beberapa kegunaan lain lagi seperti daun beka digunakan untuk menjadi alas kepada batu tungku bagi membantu wanita yang lepas bersalin bagi merawat bahagian perut mereka. Akar pokok ini juga boleh digunakan sebagai ubat tradisional.

Beka Baca selanjutnya»

sering digunakan dalam perubatan tradisional

Salderi

Khasiat saderi diketahui sebagai sumber yang terbaik bagi antioksidan serta enzim. Tambahan pula vitamin dan mineral seperti vitamin K, vitamin C, Kalium, folat dan vitamin B6 juga turut ada. Saderi juga memberikan serat yang diperlukan dalam diet lebih-lebih lagi apabila anda makan lebih daripada sukatan satu cawan dalam satu-satu masa. Ia akan membantu meningkatkan proses pencernaan serta membantu menurunkan berat badan.

Salderi Baca selanjutnya»

Kandungan serat yang tinggi dalam salderi baik untuk kesihatan

Selasih

Selasih merupakan tumbuhan herba yang mudah ditanam samada menggunakan keratan batang mahupun biji benih. Dari segi kegunaan, ia boleh meredakan demam, merawat keradangan usus, penyakit kulit, merawat kencing manis dan gangguan pernafasan.Daunnya mempunyai aroma yang harum dan menenangkan. Tidak hairanlah salah satu khasiatnya adalah sebagai penenang.

Selasih Baca selanjutnya»

Daun selasih mempunyai aroma yang harum

Tongkat Ali Hitam

Tongkat ali hitam dikelompokkan kedalam keluarga yang sama dengan bunga kenanga. Struktur daunnya hampir menyamai daun bunga kenanga hutan dengan permukaan daun yang agak kesat. Keseluruhan tumbuhan ini mempunyai tujuan perubatan tetapi keutamaan faedahnya lebih tertumpu pada akarnya. Antara kegunaanya ialah bagi tujuan penjagaan kesihatan dalaman lelaki dan wanita, meningkatkan tenaga batin, ramuan minyak urut, melegakan sakit saraf, dan penjagaan bagi ibu selepas bersalin.

Tongkat Ali Hitam Baca selanjutnya»

tongkat ali hitam mempunyai pelbagai khasiat

Kecubung

Semua bahagian tumbuhan ini beracun. Keracunan hanya akan berlaku jika sekiranya sebarang bahagian tumbuhan ini dimakan dalam kuantiti yang banyak. Jika ada yang keracunan kecubung , terutamanya kanak-kanak jangan biarkan pesakit tertidur sebaliknya biarkan mangsa berada dalam keadaan sedar dengan cara minum kopi dan menyedut udara segar hingga kesan keracunan hilang.
Dalam rawatan tradisional, kecubung digunakan untuk merawat kayap, merawat resdung, meredakan angin pasang, melegakan sakit lutut, dan merawat buasir

Kecubung Baca selanjutnya»

Buah Kecubung Beracun jika diambil banyak

Jering

Jering sering dimakan dengan cara direbus dan dimakan bersama-sama parutan kelapa bersama sedikit gula dan garam. Ia juga dimakan secara mentah, dipanggang atau digoreng. Akan tetapi, pengambilan jering secara berlebihan boleh menyebabkan keracunan dan seterusnya memberi kesan negatif terhadap fungsi buah pinggang disebabkan kehadiran asid djenkolik di dalam jering.

Jering Baca selanjutnya»

jering menghasilkan bau yang kurang menyenangkan

Cermai

Buah pala sinonim dengan jeruk pala. Ia menjadi makanan kegemaran terutama di Pulau Pinang. Ia sering dijadikan sebagai buah tangan apabila melawat negeri tersebut. Ia turut digunakan dalam bidang masakan sebagai rempah sama ada Asia atau Eropah. Ia pernah menjadi dagangan rempah utama suatu ketika dahulu. Banyak khasiat yang didapati daripada buah pala antaranya antikanser dan anti radang.

Cermai Baca selanjutnya»

Pokok cermai menghasilkan banyak buat dalam satu pokok

Kangkung

Sayur ini tidaklah susah untuk dijumpai. Mudah ditanam. Ini menjadikan sayur kangkung sebagai pilihan untuk dalam diet harian. Ia dipercayai mempunya banyak khasiat. Antaranya dikatakan mampu untuk mengawal paras glukosa darah, mengawal kadar kolesterol badan, menjadikan badan lebih tenaga. Ia disebabkan kandungan serat dan air yang tinggi yang ada di dalam kangkung. Rugi sekiranya sayuran ini tidak dimasukkan dalam pilihan diet yang ada.

Kangkung Baca selanjutnya»

Kangkung boleh mengurangkan kolesterol badan
Scroll to Top