pucuk midin sering dijadikan ulaman

Pucuk Midin

Sayur ini tidaklah susah untuk dijumpai. tumbuhan liar ini kaya dengan mineral terutama fosforus dan kalium. Perubatan secara tradisional percaya pucuk paku midin mampu mengubati masalah kesihatan seperti penyakit cirit birit dan daunnya direbus baik dimakan secara ulam-ulaman. Sayuran unik ini membantu mempercepat proses penyembuhan luka, terutama dalam membentuk jaringan sel kulit baru untuk menutupi luka seseorang. Kandungan semulajadi dalam sayur ini sangat baik untuk kesihatan kulit.

Pucuk Midin Baca selanjutnya»

lemuni putih dikatakan sebagai awet muda

Lemuni Putih

Daun lemuni enak dimakan begitu sahaja malah sangat sedap jika dimasak bersama nasi lemak. Nasi lemak daun lemuni adalah menu yang sangat popular di belah utara semenanjung Malaysia. Ia mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan seperti merawat kulit terbakar.

Lemuni Putih Baca selanjutnya»

Kandungan antioksidan dalam lengkuas adalah tinggi

Lengkuas Kecil

Lengkuas merupakan salah satu sumber antioksidan yang kaya. Antioksidan dapat membantu melawan penyakit dan melindungi sel-sel tubuh dari kerusakan akibat radikal bebas. minyak ekstrak lengkuas disapu jika pada kulit kepala, ia dikatakan mampu meningkatkan peredaran darah dan merangsang pertumbuhan rambut.

Lengkuas Kecil Baca selanjutnya»

Setawar hutan turut ditanam sebagai pokok hiasan

Setawar Hutan

Ia juga dijadikan ubat untuk merawat luka terbakar, malah dijadikan ubat menghilangkan rasa loya, pening dan muntah. Malah, masyarakat Sunda di Indonesia percaya Setawar hutan dapat meningkatkan tenaga batin lelaki.

Setawar Hutan Baca selanjutnya»

Kacip fatimah mempunyai banyak manfaat bagi wanita

Kacip Fatimah

Kacip fatimah adalah sejenis tumbuhan herba yang sangat popular dan secara tradisionalnya sering dijadikan jamu untuk kesihatan para wanita terutamanya setelah bersalin. Selain itu, tumbuhan ini juga boleh menyebabkan fungsi seksual bertambah baik. Ia meningkatkan testosteron yang menaikkan libido wanita dan juga seks wanita secara semula jadi.

Kacip Fatimah Baca selanjutnya»

Pokok lidah jin biasanya dijadikan pokok hiasan

Lidah Jin

Fizikalnya sangat mudah dikenali dengan daun yang berbentuk panjang, bermuncung tirus dan bercorak pedang. Tanaman ini sangat mudah ditanam dan disimpan di dalam rumah ekoran memiliki sifat yang tahan lasak. Kebiasaannya, ia digunakan sebagai tanaman hiasan dalaman (indoor plant) namun kegunaan perubatan pokok lidah mentua ini juga adalah sangat menakjubkan.

Lidah Jin Baca selanjutnya»

kucing galak mempunyai pelbagai khasiat

Kucing Galak

Keseluruhan pokok kucing galak bermula dari daun, buah dan akarnya amat berguna dalam perubatan yang boleh digunakan bagi merawat asma, batuk dan bronkaitis. Jika diamalkan memakan pucuknya, ia dikatakan boleh menambah tenaga.

Kucing Galak Baca selanjutnya»

Pokok memali banyak digunakan dalam rawatan luka

Pokok Memali

Cecair daripada daun pokok memali yang ditumbuk sehingga lumat digunakan untuk merawat luka dengan menyapu cecair ke bahagian luka tersebut. Akar memali juga merupakan ramuan campuran antara beberapa jenis herba lain seperti pucuk buluh, akar dan duri buah mengkuang tikus, akar rumput senayan halus, daun dan akar pokok mempelas kasar dan akar daun tepus kerai yang direbus bersama-sama kemudian diminum boleh merawat penyakit batu karang.

Pokok Memali Baca selanjutnya»

Buah kundur sering digunakan sebagai minuman kesihatan

Kundur

Tanaman kundur di Malaysia bukan menjadi tanaman yang popular kerana ia kurang permintaan dipasaran domestik. Antara sebab petani tidak suka menanam kundur adalah kerana tidak ada jaminan pasaran dimana buah kundur mahu dijual. Halwa kundur antara bahan sesuai digunakan untuk merawat sakit kuning kepada bayi yang baru lahir.

Kundur Baca selanjutnya»

Bunga lawang yang masih muda

Kulit Lawang

Kulit lawang sering dijadikan rempah untuk menyedapkan masakan sama seperti kulit kayu manis dan juga bunga cengkih. Bagi masyarakat Melayu, bunga lawang digunakan untuk menumis, menambah aroma masakan seperti nasi minyak, sup berempah dan beriani. Dipercayai bunga lawang mampu melegakan radang selsema dan batuk.

Kulit Lawang Baca selanjutnya»

Hempedu mempunyai banyak khasiat perubatan

Hempedu Bumi

Perubatan herba kini menjadi salah satu cara untuk menjamin fizikal dan mental secara optimum dimana refleksi tentang daun hempedu bumi telah terbukti mempunyai banyak kemanisan selepas kepahitannya. komponen yang ada pada daunnya dapat memajukan aliran hempedu dan memperbaiki fungsinya.

Hempedu Bumi Baca selanjutnya»

Bonglai mudah dijumpai di kawasan terbuka

Bonglai

Daun bonglai yang direbus boleh dijadikan minuman untuk menghilangkan ubat demam, sakit urat, menambahkan selera dan ia juga boleh digunakan untuk mengubat luka. Kulitnya juga boleh dijadikan ubat sakit hepatitis.Daunnya yang ditumbuk lumat boleh ditampal didahi dan pelipis untuk menghilangkan sakit kepala.

Bonglai Baca selanjutnya»

Scroll to Top