Daun temu lawak hampir menyamai dengan pokok kunyit

Temu Lawak

Sekali pandang, daun temu lawak boleh tertukar dengan daun kunyit. Hampir sama. Baunya agak wangi pada keseluruhan bahagian terutama rizomnya. Ia sangat popular dalam industri kosmetik dengan kebanyakan produk kecantikan banyak menggunakan kandungan temu lawak sebagai bahan utamanya. Initipatinya mampu melambatkan proses penuaan. Permintaan terhadap temu lawak masih kekal tinggi sehingga ke hari ini.

Temu Lawak Baca selanjutnya»

pucuk serai kayu sangat lembut

Pokok Serai Kayu

Dalam norma masyarakat Melayu, mereka gemar menggunakan pucuk pokok untuk dijadikan hidangan dalam makanan. Pokok serai kayu salah satu daripadnya. Ia digunakan dalam penyediaan nasi kerabu. Dalam menentukan khasiat tumbuhan ini, ia tidaklah susah kerana lazimnya pokok ini dipercayai mampu mengawal kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.

Pokok Serai Kayu Baca selanjutnya»

banyak khasiat tebu hitam antaranya mengawal tekanan darah rendah

Pokok Tebu Hitam

Gula proses yang dihasilkan industri mempunyai banyak keburukan. Satu daripada ialah kencing manis. Akan tetapi gula yang diperolehi daripada tebu hitam dikatakan mampu mengawal aras glukosa di dalam badan. Ia juga mampu untuk mengawal tekanan darah rendah. Masyarakat melayu suka menanam tebu hitam kerana ianya mampu menjana sumber ekonomi kerana permintaan yang tinggi.

Pokok Tebu Hitam Baca selanjutnya»

Senduduk bulu sinonim digunakan untuk menyembuhkan luka

Pokok Senduduk Bulu

Masuk sahaja hutan, mata biasanya akan tertumpu kepada spesies ini. Ia adalah pokok senduduk bulu. Nama senduduk ini dikenali disebabkan ia mempunyai hampir keseluruhan permukaan yang berbulu. Dan bulunya juga agak lebat. Dalam rawatan awal bagi luka, pokok senduduk ini dipercayai mampu dengan cepat untuk menyembuhkan luka. Di samping itu, ia turut digunakan bagi melegakan sakit kepala. Ia mempunyai nilai teraputik yang tinggi.

Pokok Senduduk Bulu Baca selanjutnya»

Pokok tahi ayam digunakan untuk menghalau serangga

Pokok Tahi Ayam

Sekali dengar, nama pokok ini agak mencuit hati. Bau pokok tahi ayam agak busuk. Ini mungkin menjadikan tumbuhan ini kurang digemari oleh serangga untuk dirosakkan. Apabila ia tidak dirosakkan, ia semakin mudah untuk tumbuh dan memenuhi kawasan. Selalunya, pokok ini digunakan untuk melegakan sakit urat, menjarakkan kehamilan dan juga bagi mengawal tekanan darah rendah.

Pokok Tahi Ayam Baca selanjutnya»

Daun dan buah manggis mempunyai banyak khasiat

pokok manggis

Ramai yang menggemari buah manggis. Rasanya manis sekali. Uniknya, sekalipun rasanya manis, salah satu khasiat utama buah manggis ialah dapat membantu menurunkan aras glukosa di dalam badan. Akan tetapi, pengambilan buah ini perlu lah berpada pada kerana ia sering dikaitkan dengan sakit urat pada badan sekiranya diambil secara berlebihan.

pokok manggis Baca selanjutnya»

Pokok Limau Kasturi menghasilkan banyak buah dalam satu pokok

Pokok Limau Kasturi

Buah dari pokok limau kasturi mudah diperolehi. Malah, pokoknya sering dijadikan sebagai tanaman di halaman rumah. Daun dan buahnya mempunyai banyak khasiat seperti mana yang dipercayai oleh masyarakat. Ia dapat melegakan batuk, merawat paru-paru berair dan juga mengawal tekanan darah tinggi. Rasanya masam menjadikan ia sebagai pilihan sebagai perasa dalam makanan dan minuman.

Pokok Limau Kasturi Baca selanjutnya»

Buah ceri yang masih muda dan belum masak

Pokok ceri

Pokok ceri agak besar saiznya berbanding tumbuhan herba yang lain. Ironinya, masyarakat sering menggunakan daun ceri untuk menurunkan aras glukosa di dalam darah. Air rebusan daun ceri banyak digunakan untuk merawat gout, kelesuan badan dan juga mengawal tekanan darah. Akan tetapi, buahnya juga boleh dimakan dan ia mampu menambahkan serat yang diperlukan oleh badan

Pokok ceri Baca selanjutnya»

Buah limau nipis ering dijadikan sebagai perasa dalam manakan dan minuman

pokok limau nipis

Dihidangkan bersama budu (makanan tradisi Kelantan dan Terangganu) menjadikan hidangan nampak menyelerakan. Banyak khasiat sama seperti buah limau lain seperti limau kasturi. Rasanya masam. Pokok limau nipis biasanya ditanam. Dalam rawatan tradisional, buah limau nipis selalunya digunakan untuk merawat patah bahagian badan, mengawal tekanan darah badan dan juga aras glukosa dalam badan.

pokok limau nipis Baca selanjutnya»

rizom daun cekur sangat berguna untuk merawat kudis

daun cekur

Daun cekur salah satu tumbuhan dari famili yang sama dengan halia (Zingiberaceae). Rizom dari pokok ini dipercayai mempunyai khasiat antaranya memudahkan proses kelahiran, membanyakkan susu badan. Ia juga digunakan untuk merawat gastrik dan juga luka dalaman. Kandungan bahan aktif dalam tumbuhan ini termasuklah provitamin, vitamin B dan C dan juga protein mineral.

daun cekur Baca selanjutnya»

Pokok durian dipercayai boleh merawat kanser

Pokok durian belanda

Durian belanda bukanlah dari durian yang sama yang sering menjadi dambaan masyarakat. Ia berbeza. Pokok durian belanda sering kali dikaitkan penggunaannya bagi mengatasi masalah kanser. Mudah sahaja untuk ditemui pokok ini. Malah, masyarakat sering menanamnya di halaman rumah. Daunnya juga dipercayai mempunyai khasiat seperti merawat demam dan sakit gigi.

Pokok durian belanda Baca selanjutnya»

Sekali pandang, daun pokok halban kelihatan seperti daun ketum

Pokok Halban

Pesakit diabetes menggunakan pokok halban bagi tujuan menurunkan kandungan gula dan juga paras kolesterol. Penggunaan tumbuhan halban sebagai alternatif kepada perubatan moden kerana ia mempunyai kandungan bahan aktif yang sesuai bagi rawatan tradisional seperti alkaloid dan flavonoids. Bahan ini boleh bertindak sebagai anti-oksidan bagi mencegah pembentukan kanser.

Pokok Halban Baca selanjutnya»

Scroll to Top