Pokok Gandarusa

Sering dijadikan sebagai tumbuhan hiasan. Pokok Gandarusa juga dikatakan mempunyai khasiat perubatan herba yang tersendiri. Antaranya ialah ia dikatakan dapat merawat bengkak yang terseliuh, merawat cacing, kembung perut dan muntah. Cara merawat kembung perut ialah daunnya dihancurkan bersama asam limau dan ditampalkan pada perut. Selain itu, ia turut digunakan untuk merawat lumpuh dan melegakan lenguh badan.

Pokok Gandarusa Baca selanjutnya»

pokok gandarusa digunakan untuk merawat cacing

Pokok Kapal Terbang

Pokok kapal terbang biasanya digunakan secara luaran sahaja bagi rawatan tradisional. Antaranya untuk merawat kayap, kudis, mengurangkan jerawat dan banyak lagi. Banyak yang percaya daun ini mampu untuk mengawal kencing manis dan juga mengawal tekanan darah tinggi. Akan tetapi, ia masih belum disokong oleh kajian secara saintifik kerana dipercayai daun ini boleh mendatangkan mual dan pening kepala sekiranya diambil secara oral dan berlebihan.

Pokok Kapal Terbang Baca selanjutnya»

pokok kapal terbang mudah ditemui di kawasan rendah

Pokok Dedukung Anak

Pokok dedukung anak hampir menyerupai daun semalu melainkan ciri daunnya berwarna hijau keseluruhan. Manakala daun semalu berwarna merah kehijauan. Banyak negara di Asia menggunakan pokok ini sebagai sumber rawatan alternatf seperti negara Taiwan, Brunei, Thailand dan banyak lagi. Ia menunjukkan dedukung anak mempunyai nilai teraputik yang tinggi. Antaranya ialah untuk melegakan demam, meredakan bengkak, merawat sakit mata dan juga mengawal tekanan darah tinggi.

Pokok Dedukung Anak Baca selanjutnya»

Pokok dedukung anak hampir menyamai pokok daun semalu

Pokok Halia Bara

Rizom pokok halia bara sering menjadi pilihan dalam masyarakat umum untuk merawat pelbagai masalah kesihatan. Antara kegunaannya ialah untuk melegakan lenguh badan, mengurangkan sakit sendi, membuang angin di dalam badan. Ia juga dikatakan mampu untuk mengawal tekanan darah tinggi di dalam badan. Pokok halia bara agak berbeza dengan halia yang sering digunakan dalam masakan. Ia mempunyai rizom yang agak kemerahan.

Pokok Halia Bara Baca selanjutnya»

Pokok Halia bara menjadi tanaman seri di kawasan perumahan

Temu Lawak

Sekali pandang, daun temu lawak boleh tertukar dengan daun kunyit. Hampir sama. Baunya agak wangi pada keseluruhan bahagian terutama rizomnya. Ia sangat popular dalam industri kosmetik dengan kebanyakan produk kecantikan banyak menggunakan kandungan temu lawak sebagai bahan utamanya. Initipatinya mampu melambatkan proses penuaan. Permintaan terhadap temu lawak masih kekal tinggi sehingga ke hari ini.

Temu Lawak Baca selanjutnya»

Daun temu lawak hampir menyamai dengan pokok kunyit

Pokok Serai Kayu

Dalam norma masyarakat Melayu, mereka gemar menggunakan pucuk pokok untuk dijadikan hidangan dalam makanan. Pokok serai kayu salah satu daripadnya. Ia digunakan dalam penyediaan nasi kerabu. Dalam menentukan khasiat tumbuhan ini, ia tidaklah susah kerana lazimnya pokok ini dipercayai mampu mengawal kencing manis, darah tinggi dan kolesterol.

Pokok Serai Kayu Baca selanjutnya»

pucuk serai kayu sangat lembut

Pokok Tebu Hitam

Gula proses yang dihasilkan industri mempunyai banyak keburukan. Satu daripada ialah kencing manis. Akan tetapi gula yang diperolehi daripada tebu hitam dikatakan mampu mengawal aras glukosa di dalam badan. Ia juga mampu untuk mengawal tekanan darah rendah. Masyarakat melayu suka menanam tebu hitam kerana ianya mampu menjana sumber ekonomi kerana permintaan yang tinggi.

Pokok Tebu Hitam Baca selanjutnya»

banyak khasiat tebu hitam antaranya mengawal tekanan darah rendah

Pokok Senduduk Bulu

Masuk sahaja hutan, mata biasanya akan tertumpu kepada spesies ini. Ia adalah pokok senduduk bulu. Nama senduduk ini dikenali disebabkan ia mempunyai hampir keseluruhan permukaan yang berbulu. Dan bulunya juga agak lebat. Dalam rawatan awal bagi luka, pokok senduduk ini dipercayai mampu dengan cepat untuk menyembuhkan luka. Di samping itu, ia turut digunakan bagi melegakan sakit kepala. Ia mempunyai nilai teraputik yang tinggi.

Pokok Senduduk Bulu Baca selanjutnya»

Senduduk bulu sinonim digunakan untuk menyembuhkan luka

Pokok Tahi Ayam

Sekali dengar, nama pokok ini agak mencuit hati. Bau pokok tahi ayam agak busuk. Ini mungkin menjadikan tumbuhan ini kurang digemari oleh serangga untuk dirosakkan. Apabila ia tidak dirosakkan, ia semakin mudah untuk tumbuh dan memenuhi kawasan. Selalunya, pokok ini digunakan untuk melegakan sakit urat, menjarakkan kehamilan dan juga bagi mengawal tekanan darah rendah.

Pokok Tahi Ayam Baca selanjutnya»

Pokok tahi ayam digunakan untuk menghalau serangga

pokok manggis

Ramai yang menggemari buah manggis. Rasanya manis sekali. Uniknya, sekalipun rasanya manis, salah satu khasiat utama buah manggis ialah dapat membantu menurunkan aras glukosa di dalam badan. Akan tetapi, pengambilan buah ini perlu lah berpada pada kerana ia sering dikaitkan dengan sakit urat pada badan sekiranya diambil secara berlebihan.

pokok manggis Baca selanjutnya»

Daun dan buah manggis mempunyai banyak khasiat

Pokok Limau Kasturi

Buah dari pokok limau kasturi mudah diperolehi. Malah, pokoknya sering dijadikan sebagai tanaman di halaman rumah. Daun dan buahnya mempunyai banyak khasiat seperti mana yang dipercayai oleh masyarakat. Ia dapat melegakan batuk, merawat paru-paru berair dan juga mengawal tekanan darah tinggi. Rasanya masam menjadikan ia sebagai pilihan sebagai perasa dalam makanan dan minuman.

Pokok Limau Kasturi Baca selanjutnya»

Pokok Limau Kasturi menghasilkan banyak buah dalam satu pokok

Pokok ceri

Pokok ceri agak besar saiznya berbanding tumbuhan herba yang lain. Ironinya, masyarakat sering menggunakan daun ceri untuk menurunkan aras glukosa di dalam darah. Air rebusan daun ceri banyak digunakan untuk merawat gout, kelesuan badan dan juga mengawal tekanan darah. Akan tetapi, buahnya juga boleh dimakan dan ia mampu menambahkan serat yang diperlukan oleh badan

Pokok ceri Baca selanjutnya»

Buah ceri yang masih muda dan belum masak
Scroll to Top