Pokok mertajam menghasilkan warna buah yang menarik

Pokok Mertajam

Daun pokok mertajam seakan daun pokok rambutan. Akan tetapi, pokok ini berbeza kerana buahnya sering dimakan oleh kanak-kanak. Ia tidak merbahaya. Banyak khasiat yang diperolehi antaranya ialah meredakan demam panas dan campak, meredakan ruam tekak, merawat kayap dan juga untuk mengawal aras glukosa dalam darah.

Pokok Mertajam Baca selanjutnya»

Pokok ganja-ganja juga dikenali sebagai tongkat rasul

Pokok Ganja-Ganja

Namanya boleh mendatangkan kekeliruan disebabkan nama yang hampir sama dengan pokok ganja. Pokok yang mendatangkan ketagihan. Akan tetapi, pokok ganja-ganja ialah pokok herba yang mempunyai sangat banyak khasiat antaranya melegakan batuk, menjaga sistem pencernaan badan, asma, merawat diabetes dan mengatasi bengkak pada salur limfa

Pokok Ganja-Ganja Baca selanjutnya»

Pokok cemumarjuga mudah ditanam

Pokok Cemumar

Daun pokok cemumar mempunyai bau yang harum dan seakan-akan daun kari. Masyarakat melayu gemar menjadikannya ulaman. Rasanya sedikit pahit. Khasiat dari pokok cemumar antaranya dapat meredakan kembung perut, menurunkan kadar kolesterol dan melancarkan peredaran darah.

Pokok Cemumar Baca selanjutnya»

Bunga cempaka mempunyai bau wangi yang kuat

Pokok Cempaka

Sekiranya di sesuatu kawasan menghasilkan bau wangi yang kuat, ini lah pokoknya. Pokok cempaka memiliki kandungan bahan yang boleh dijadikan sebagai wangian. Bunganya dijadikan sebagai mandian bagi tujuan kesegaran badan..

Pokok Cempaka Baca selanjutnya»

Asam gelugor juga dikenali sebagai asam kandis

Pokok Asam Gelugor

Agak susah untuk tidak mengenali pokok asam gelugor kerana ia sering digunakan dalam banyak sajian masakan. Rasanya sedikit masam dan kandungan bagi khasiatnya sangat bagus untuk meredakan demam, meredakan sakit kepala dan merawat sakit kulit

Pokok Asam Gelugor Baca selanjutnya»

Pokok ribu-ribu mempunyai nilai ekonomi dan juga perubatan

Pokok Ribu-Ribu

Pokok ribu-ribu sejenis paku pakis di mana ia tumbuh melilit di pokok yang lain. Banyak penemuan hasil kajian menunjukkan ia boleh digunakan untuk merawat luka, masalah eczema dan juga untuk mengatasi masalah kesuburun. Ia turut mempunyai nilai ekonomi yang tinggi di mana pokok ribu-ribu sering digunakan untuk menghasilkan produk anyaman kraftangan.

Pokok Ribu-Ribu Baca selanjutnya»

Pokok rempah padang mudah tumbuh dicelah-celah kawasan rumput

Pokok Rempah Padang

Rempah padang sejenis pokok yang sangat mudah dikenali kerana ia mempunyai bunga yang menarik. Ia biasanya tumbuh dicelah-celah rumput. Juga dikenali sebagai jarum mas. Pokoknya renek dan berbatang lembut. Sering digunakan dalam rawatan awal secara tradisional bagi melegakan sakit perut, sakit kepala, merawat buasir.

Pokok Rempah Padang Baca selanjutnya»

Daun pokok kari banyak digunakan dalam masakan

Pokok Kari

Pokok kari sangat sinonim dalam masakan terutamanya masyarakat India. Penggunaannya turut mampu meningkatkan tahap kesihatan seseorang kerana kajian membuktikan pokok kari mempunyai banyak khasiat antaranya sebagai tonik, merawat sakit perut dan muntah.

Pokok Kari Baca selanjutnya»

Pokok bunga tahi ayam yang ditanam

Pokok Tahi Ayam

Nama pokoknya sahaja sudah unik didengari iaitu pokok tahi ayam dan ditambah dengan khasiat yang diperolehi dari penggunaannya menjadikan pokok ini berharga dalam rawatan tradisional. Antaranya ialah mengawal tekanan darah rendah dan melegakan sakit urat.

Pokok Tahi Ayam Baca selanjutnya»

Pokok Bismillah menjadi pilihan dalam perubatan tradisional

Pokok Bismillah

Pokok Bismillah mempunyai kemampuan yang tinggi bagi menurunkan tekanan darah tinggi dan juga aras gula. Ia juga dikenali sebagai pokok sabung nyawa di kalangan masyrakat tempatan. Pokok ini sangat pahit dan lebih sesuai diproses bagi mengurangkan kepahitannya.

Pokok Bismillah Baca selanjutnya»

Scroll to Top